Movie Review | Following (2024)

Wednesday, 31 July 2024


Director: Kim Se-hwi
Writer: Kim Se-hwi
Cast: Byun Yo-han, Shin Hye-sun, Lee El
Production Company: Engine Film Inc. 
Distributors: Content Zio Inc., Artist Studio, Moving Pictures Co.
Genre: Mystery / Thriller
Running Time: 103 minutes
Release Date: 15 May 2024
Trailer:


Filem Following mengisahkan tentang ejen hartanah bernama Gu Jeong-tae (Byun Yo-han) yang suka mengintip gerak-geri pelanggannya. Setiap kali mangsa keluar dari rumah, Gu Jeong-tae akan masuk menggunakan kunci pendua yang dimiliki sebagai ejen. Menjadi satu tabiat untuk dia mengambil sesuatu barang dari tuan rumah untuk dijadikan koleksi di gudang rahsianya. 

Satu hari Gu Jeong-tae berminat untuk mengintai Han So-ra (Shin Hye-sun), selebriti pempengaruh media sosial yang terkenal di Seoul. Mempunyai rupa yang cantik dan imej yang bersih dari sebarang kontroversi menjadi punca dia mempunyai ramai pengikut di alam maya. Han So-ra juga selalu berkongsi gaya hidup mewah bersama pengikutnya. 


Perbuatan Han so-ra mencuri perhatian Gu Jeong-tae kerana dia tahu ada sesuatu yang disorok oleh wanita tersebut. Gu Jeong-tae cuba untuk curi masuk ke dalam rumah wanita tersebut namun tidak berjaya sehinggalah Han so-ra sendiri datang ke pejabatnya. Han So-ra ingin menjual rumah yang didiami sekarang dan pinjamkan kad akses kepada Gu Jeong-tae untuk periksa nilai pasaran rumah tersebut.

Tak ada apa-apa yang aneh ketika Gu Jeong-tae masuk buat pertama kali cuma kandungan gumpalan rambut dan kanta lekap dalam saluran sinki jadi tanda tanya. Namun kali kedua mengundang bala apabila mayat Han so-ra berlumuran darah berada di ruang tamu. Gu Jeong-tae mengelak untuk buat laporan polis dan hidupnya mula diganggu dengan kejadian-kejadian aneh hingga mengancam nyawanya. 


Naskhah misteri thriller arahan Kim Se-hwi mempunyai jalan cerita yang segar dan unik dengan mengangkat masalah stalking yang berleluasa di Korea Selatan selain isu mengikut secara membuta tuli individu di alam maya. Sepanjang first half rasa menyampah sangat dengan watak Gu Jeong-tae sebab perbuatan yang dia buat tu salah di sisi undang-undang. Makin bertambah rasa seram sebab ada orang yang guna bermacam cara untuk masuk dalam ruang kediaman. 

Watak Detektif Oh Young-joo (Lee El) mungkin tak dapat banyak screentime dalam ruang yang terhad dalam kisah Gu Jeong-tae dan Han So-ra tapi watak dia penting bila dia represent audience. Tindakan dan perasaan menyampah sebagai manusia normal tu sama. Walaupun terbatas pergerakan tapi satu perkara yang pasti, jenayah tetap jenayah meskipun keadaan meletakkan watak Gu Jeong-tae sebagai mangsa. 


Antara kekuatan filem Following yang diterbitkan oleh Engine Film Inc. terletak pada lakonan hebat dari Shin Hye-sun sebagai pempengaruh media sosial yang licik memperdayakan pengikutnya. Kalau sebelum ni dia menghidupkan dunia Soo-hyun yang menjadi mangsa stalking dalam filem Target: Don't Buy the Seller (2023), dalam Following pun sama cuma watak dia up lagi satu level. 

Nak dibandingkan antara dua-dua filem, personally I lagi suka Following sebab penulis bagi perhatian pada dua watak utama berkembang tanpa perlu masukkan perspektif pihak berkuasa. Watak tu ada tapi terbatas supaya kelemahan tu tersorok. Rasa berdebar nak tahu siapa dalang di sebalik kematian Han So-ra dan gangguan terhadap Gu Jeong-tae makin tinggi bila masuk ke second half movie. 


Lakonan Byun Yo-han sebagai watak utama juga tak kurang hebatnya dengan Shin Hye-sun bila watak dia ada character arc yang tersendiri. Penulis masukkan juga elemen komedi tapi sebab menyampah dengan watak stalker ni, kita pun ignore je elemen tu.  

Sinematografi dari Park Seong-ju dan Kim Ji-hoon menghidupkan lagi suasana misteri dan rasa saspen dalam setiap babak penting. Music score dari Lee Ji-su menambahkan lagi impak pada penceritaan Following yang menjadi naskhah debut kepada pengarah juga penulis Kim Se-hwi. Menarik juga bila tahu Kim Se-hwi baru debut dalam industri dan tampil dengan naskhah yang bagus. Of course, I look forward untuk naskhah misteri thriller dia akan datang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio 1+, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. Dah masuk dalam list saya, baca dari review, memang seru nampaknya. Genre begini yg saya suka memang. Apalagi pemerannya pun banyak yg dah punya nama 😍😍👍

    ReplyDelete
  2. Macam best.. Nantilah tengok.. tq tau review.. Berbaloi baca..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.