Production Companies: Pooja Entertainment, AAZ Films
Distributors: PVR Inox Pictures (India), Yash Raj Films (International), Netflix
Genre: Action / Science Fiction
Running Time: 164 minutes
Release Date: 11 April 2024
Trailer:
Naskhah Bade Miyan Chote Miyan bermula dengan konvoi askar India diserang oleh identity bertopeng dan mencuri pakej yang dibawa. Kapten Misha (Manushi Chhillar) yang berada di Shanghai juga mendapat mesej dari informer bahawa sesuatu akan berlaku pada negara India. Misha cuba mengejar individu yang membunuh informer tersebut tapi anehnya serangan yang dibuat tak beri kesan. Luka juga sembuh dengan sendiri lantas menghilangkan jejak dari Misha.
Sebaik saja pulang ke India, Misha bertemu dengan Kolonel Azad (Ronit Roy) untuk maklumkan berkenaan kejadian tersebut. Kolonel Azad minta Misha berjumpa dengan dua orang bekas anggota terbaik yang pernah berkhidmat iaitu Freddy (Akshay Kumar) dan Rocky (Tiger J. Shroff) untuk turut serta dalam misi rahsia. Mereka berdua menggunakan kod nama Bade Miyan (Freddy) dan juga Chote Miyan (Rocky) seperti dalam filem Bollywood lama.
Malangnya hanya Rocky saja yang setuju untuk tolong kerana Freddie masih terasa hati dengan layanan Kerajaan India. Di London mereka berjumpa Paminder "Pam" Bawa (Alaya F) untuk mulakan operasi membuka peti besi yang terletak di terowong bawah tanah. Sama macam di Shanghai, Rocky juga berjumpa dengan individu bertopeng yang mempunyai kuasa untuk sembuh sendiri. Sementara Pam decode kunci keselamatan peti besi tersebut, Rocky dan Misha bertarung dengan individu bertopeng misteri.
Filem aksi baharu arahan Ali Abbas Zafar menggunakan tema ketenteraan yang bergabung dengan teknologi sains. Kalau dalam filem Attack: Part 1 (2022) teknologi digunakan untuk tentera yang lumpuh kerana perang, Dr. Kabir (Prithviraj Sukumaran) pula mewujudkan Soldier X di mana pegawai tentera terbaik seperti Rocky dan Freddy mempunyai klon bukan hanya satu malah 100 klon yang akan menurut segala perintah pegawai atasan.
Selain dari kehadiran Soldier X, drive yang boleh disuntik ke dalam otak manusia juga diwujudkan untuk kembangkan watak Kapten Priya Dixit (Sonakshi Sinha) dan juga kuasa untuk pulih menggunakan EMP. All ideas look sucks due to weak scriptwriting and execution.
Sejak dari dulu lagi tak berapa berkenan dengan filem-filem arahan Ali Abbas Zafar sebab skrip ke laut dan plot yang tipikal. Filem berdurasi 2 jam 44 minit tapi tak ada jalan cerita yang kuat memang rasa moody nak habiskan. Ada banyak elemen komedi dimasukkan tapi nampak syok sendiri sangat. Ada few jokes yang tak difahami sebab reference untuk filem/situasi di India.
Watak Pam pula cringe sebab try hard nak jadi sarkastik dan genius. Manushi struggle dalam screentime yang terhad dan chemistry yang tak kelihatan bila digandingkan dengan Akshay. Dia nampak canggung dan tak selesa dalam lagu Rang Ishq Ka. Prithviraj okayish, Ronit Roy pun sama. Kecewa juga lah masa layan Bade Miyan Chote Miyan sebab ini kali pertama Akshay Kumar dan Tiger Shroff digandingkan bersama. Both give their best tapi sebab skrip teruk, cerita pun jadi teruk.
Sinematografi dari Marcin Laskawiec terlihat cantik untuk kebanyakan babak stunt dan penggunaan CGI untuk semua teknologi yang digunakan juga cantik dan canggih. Music album Bade Miyan Chote Miyan yang digubah oleh komposer Vishal Mishra tak lah menghiburkan sangat sebab title track je yang best, itupun remake dari filem asal. Music score dari Julius Packiam pula okayish lah untuk filem aksi.
Filem Bade Miyan Chote Miyan terbitan Pooja Entertainment ada cita-cita yang besar untuk jadi filem aksi terhebat untuk tahun 2024 sebab nak kalahkan filem Fighter tapi sudahnya jadi filem aksi paling teruk. Biar lah filem ni jadi pengajaran untuk Ali Abbas Zafar supaya tak dengki dengan kejayaan Sid Anand untuk franchise film YRF Spy Universe dan Fighter (2024). Tak semestinya pelakon tembak bazooka dan buat stunts sendiri akan menjanjikan filem yang menarik. Stunts tak juga terhad dengan aksi fizikal pelakon.
p/s: Harapnya semua pihak yang terlibat dengan filem Bade Miyan Chote Miyan ni dapat bayaran seperti yang dijanjikan dari Pooja Entertainment.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.8/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Aduh!! boleh pula buat filem sebab dengki.. Nasib baik baca review ini.. Tak yah buang masa nak tengok..
ReplyDelete