Pelakon: Eyka Farhana, Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Sissy Imann, Joey Daud, Amyza Aznan, Amirul Haswendy, Fara Mendoza, Wanns Ahmad
Syarikat Produksi: Pencil Pictures & Records
Pengedar: Astro Shaw, Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 95 minit
Tarikh Tayangan: 24 Mac 2022 (Malaysia)
Trailer:
Filem Autumn in Wales mengisahkan tentang Aira (Eyka Farhana) yang pergi ke Wales, United Kingdom untuk mencari tunangnya, Darwish (Keith Foo). Aira ingin tahu apa alasan Darswish putuskan pertunangan sekaligus membatalkan perkahwinan yang bakal berlangsung tak lama lagi. Aira percaya tunangnya ada masalah kewangan ataupun masalah lain yang tak dapat dielakkan sehingga tak mampu pulang ke Malaysia pada tarikh tersebut.
Aira cuma pergi ke sana seorang diri berbekalkan poskad yang pernah dikirim oleh Darwish. Hari kedua di sana Aira berjaya menemukan jejak Darwish di kafe tempat Jaka a.k.a Jejaka Kacak (Jaa Suzuran) bekerja sebagai pelayan. Malangnya Darwish yang terkejut dengan kehadiran Aira segera menghalau perempuan tersebut kerana tak mahu Marissa (Wanna Ali) salah sangka.
Aira yang bingung dengan perbuatan Darwish tak putus asa untuk cari tahu kenapa pertunangan mereka dibatalkan. Jaka yang menjadi peneman setia Aira selama dia di sana kerana Jaka juga mempunyai nasib yang sama apabila pertunangan dia bersama Ina Karina (Fara Mendoza) terpaksa diputuskan beberapa minggu sebelum perkahwinan mereka berlangsung. Kerana sedih dan malu, Jaka bawa diri ke Wales.
Naskhah romantik komedi Autumn in Wales arahan Rahila Ali mempunyai penceritaan yang bersifat straightforward, santai dan menghiburkan. Pace penceritaan juga dibikin laju namun ada beberapa plot dan watak yang tidak dikembangkan walhal ada potensi untuk jadi babak yang kelakar. Macam watak duo ayah (Joey Daud) dan ibu (Amyza Aznan) Aira yang sentiasa bersama. Ada saja perangai mereka berdua setiap kali muncul walaupun ruang dan dialog yang terhad. Bila tengok perangai ayah dan ibu Aira, boleh faham lah kenapa senang sangat Aira rapat dengan Jaka.
Tak hairan lah kalau Jaa Suzuran boleh menang Young Promising Actor untuk watak Jaka sebab karakter dia yang kelakar ditambah dengan dialek Pantai timur yang pekat. Patutnya penulis tambah lagi babak perang bos Filipina (Amirul Haswendy) dan Jaka Mat Kelantan sebab dua-dua pun ada mulut yang riuh. Babak Jaka confront Ina Karina adalah babak yang paling kelakar dalam filem Autumn in Wales sampai trending dekat TikTok dua tahun lepas.
Lakonan Eyka Farhana sebagai Aira pada awalnya agak cringe bila setiap masa menjerit Cinta dan deliver watak Aira yang gedik dan manja. Tapi bila watak Aira berjumpa dengan Jaka rasa semakin tertarik untuk tengok persahabatan dua watak ni. Chemistry Eyka dengan Jaa Suzuran menyerlah sampaikan rasa sedih bila Jaka nampak Darwish berjumpa dengan Aira di hotel tempat Aira tinggal.
Sementara lakonan Keith Foo dan Wanna Ali terlihat lemah dengan dialog tipikal yang dilontarkan setiap kali keluar berdua. Chemistry pun macam tak berapa nak ada sebab Keith dengan Wanna nampak kekok. Vibe diorang berdua nampak lebih kepada kawan dan bukannya bercinta.
Kekuatan utama filem Autumn in Wales terletak pada sinematografi yang bergantung berat pada keindahan landskap kota Wales. Masa tengok kafe tempat Jaka bekerja tu teringat dekat filem Aku Bukan Gila (2020) rupanya memang tempat yang sama sebab pengarah dan penulis pun orang yang sama. Banyak tempat menarik di Wales yang dimasukkan dalam Autumn in Wales sebab pengarah memang jatuh cinta dengan kota Wales.
Walaupun visual cantik, music score pula agak lemah sebab lagu Wanna Ali - Pandu Lalu yang menjadi latar tak berjaya menarik perhatian. Kalau lagu yang romantik lagi seronok lah kot nak layan sebab ada babak Jaka berangan menari atas bukit dengan Aira.
Sama macam Aku Bukan Gila, naskhah Autumn in Wales yang menggunakan team production yang lebih kurang sama perlu dibaiki lagi walaupun genre romantik komedi terlihat ringan. But it’s a good one-time-watch.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 6.7/10
Suka sebenernya dengan movie yg mengambil lokasi shooting di luar negri. Apalagi ke negara2 yg cantik seperti ini. Sayang tak bisa saya tonton . Tapi dari review kakak, terbayang sikit lah akan seperti apa alurnya
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Suka sebenernya dengan movie yg mengambil lokasi shooting di luar negri. Apalagi ke negara2 yg cantik seperti ini. Sayang tak bisa saya tonton . Tapi dari review kakak, terbayang sikit lah akan seperti apa alurnya
ReplyDeleteCerita lama eh..
ReplyDelete