Pengedar: Visinema Pictures, GSC Movies (Malaysia), Netflix
Genre: Aksi / Thriller
Durasi Tayangan: 143 minit
Tarikh Tayangan: 2 Disember 2023 (JAFF), 28 Disember 2023 (Indonesia), 8 Februari 2024 (Malaysia), 29 Januari 2024 (Festival Filem Antarabangsa Rotterdam)
Trailer :
Filem aksi yang menelan belanja paling besar pernah dihasilkan di Indonesia mengisahkan tentang serangan sekumpulan pengganas di kota Jakarta. Naskhah 13 Bom di Jakarta diangkat dari kisah nyata yang berlaku di Mall Alam Sutera pada tahun 2015 di mana pengasas INDODAX turut sama membantu Badan Kontra Terrorisme Indonesia (ICTA).
Kisah bermula dengan letupan bom yang pertama di dalam sebuah van yang membawa sejumlah wang tunai yang banyak. Emil (Ganindra Bimo), anggota special force mengesahkan kejadian tersebut sebagai tindakan pengganas kerana tiada wang yang dicuri walaupun 6 orang anggota pengawal keselamatan ditembak mati.
Emil lantas mempertikai kecekapan Badan Kontra Terrorisme Indonesia (ICTA) yang diselia oleh Karin Anjani (Putri Ayudya) kerana gagal mengesan sebarang rencana oleh pengganas. Sebolehnya Jenderal (Purn.) Damaskus Iryawan (Rukman Rosadi) enggan melaporkan sebagai serangan pengganas kerana banyak pihak akan terkesan dari klarifikasi tersebut.
Namun tak lama kemudia, sebuah video dikirim oleh Ibrahim Gani a.k.a Arok (Rio Dewanto) meminta 100 Bitcoin dipindahkan ke akaun mereka menerusi Indodax atau 13 bom di Jakarta akan meletup setiap 8 jam.
Emil ditugaskan untuk membawa pengasas Indodax - Oscar Darmawan (Chicco Kurniawan) dan William Sutanto (Ardhito Pramono) ke bilik siasatan Badan Kontra Terrorisme Indonesia (ICTA). Tak ada data yang mencurigakan dari syarikat Indodax kerana mereka merupakan start-up di Jakarta dan tidak tahu-menahu langsung tentang serangan pengganas juga Ibrahim Gani.
‘Pak, kami mahu jelaskan Indodax adalah online platform dan siapa-siapa aja bisa menggunakan platform kami untuk melakukan transaksi.’ - Oscar Darmawan
Naskhah 13 Bom di Jakarta menggunakan tema terrorism yang jarang berlaku di Indonesia dan mengetengahkan Bitcoin sebagai instrumen utama. Pada tahun 2014 hingga 2016, kewujudan Bitcoin masih lagu dan belum banyak undang-undang juga panduan yang digariskan oleh regulator. Jadi tak hairan lah kenapa Arok menggunakan Indodax supaya tidak mudah dikesan oleh pihak berkuasa.
Penceritaan 13 Bom di Jakarta menarik perhatian bukan saja kerana kisah nyata malah banyak momen yang mendebarkan baik dari ICTA ataupun Indodax yang tanpa sengaja menjadi kambing hitam. Kesian tengok Oscar dan William terpaksa pertahankan diri daripada dihukum sebagai pembelot negara.
Bila masuk second half, jalan cerita mula longgar sebab kita tak jelas dengan perjuangan Arok dan pengganas yang lain. Kalau dia dan yang lain mangsa kapitalisme, yang mangsa korban sebab serangan bom dia tu apa? Tak sepatutnya dia serang orang tak bersalah gara-gara gagal bayar pinjaman bank.
Masa watak Oscar dengan William lari dari ICTA sebab nak lawan Arok tu macam merepek juga sebab ICTA ada kelengkapan dan sekuriti. Kekurangan cuma kemahiran IT yang mana adalah kelebihan duo pengasas tersebut. Tak faham kenapa pengarah Angga Dwimas Sasongko nak pecahkan kepada 3 kumpulan sedangkan masalah boleh diselesaikan dengan perbalahan antara antagonis dan protagonis.
Watak Karin Anjani pun terlihat lemah sebagai ketua unit ICTA jadi tak hairan lah kalau Emil pertikai segala hasil kerja yang dia buat di jabatan tu. Memang patut juga Jenderal minta dia balik jaga anak sebab dia tak pernah turun padang jadi tak tahu betapa genting situasi masa tu. Masa tengok babak tu ingatkan Karin isteri Jenderal rupanya bukan sebab tona suara memujuk dia tu lembut sangat. Babak di ICTA pun kurang meyakinkan untuk menggambarkan situasi ibu negara diserang pengganas. Semua pun masih bertenang macam hari kerja biasa.
Kalau ikutkan naskhah 13 Bom di Jakarta tak lah ikut sepenuhnya peristiwa asal jadi tak faham kenapa penulis bunuh watak sekian sekian di penghujung cerita sedangkan pengasas Indodax yang sebenar bagitahu dia kagum dengan kecekapan anggota yang menangani kejadian tu.
Harapan Oscar supaya penonton belajar sedikit sebanyak mengenai kripto malangnya tak banyak pun pendedahan yang dimasukkan dalam filem 13 Bom di Jakarta. Alur cerita masih lagi mengikut template filem aksi yang sama dan menonjolkan badan berkuasa sebagai entiti yang lemah.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10
Cerita nyatanya padahal hanya ada 1 penjahat, dan bom yg di pasang hanya 4, yg meledak 2. JD memang dibuat lebih fantastis yaa alur cerita, sayangnya tak terlalu bagus. ðŸ¤
Saya belum nonton, tp memang tak tertarik dr awal. Ntah kenapa cerita bom seperti ini bikin saya takut Krn teringat ledakan di Sarinah dan jw Marriot. Salah satu nasabah bank saya meninggal Krn ledakan Marriot. Awalnya saya pikir film ini ttg ledakan di Marriot yg LBH memakan banyak korban jiwa, ternyata yg di mall alamsutra..
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Thanks for your review
ReplyDeleteCerita nyatanya padahal hanya ada 1 penjahat, dan bom yg di pasang hanya 4, yg meledak 2. JD memang dibuat lebih fantastis yaa alur cerita, sayangnya tak terlalu bagus. ðŸ¤
ReplyDeleteSaya belum nonton, tp memang tak tertarik dr awal. Ntah kenapa cerita bom seperti ini bikin saya takut Krn teringat ledakan di Sarinah dan jw Marriot. Salah satu nasabah bank saya meninggal Krn ledakan Marriot. Awalnya saya pikir film ini ttg ledakan di Marriot yg LBH memakan banyak korban jiwa, ternyata yg di mall alamsutra..
Filem aksi.. Menarik ini.. Kita masuk list dulu..
ReplyDelete