Minggu 9 The Hardest Singing Show (THSS): Aisha Retno ‘Comeback’ Raih Tempat Pertama di Minggu Separuh Akhir!

Wednesday, 10 July 2024

Minggu separuh akhir The Hardest Singing Show menyaksikan Aisha Retno di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 90.74%. Menyanyikan lagu Getaran Jiwa oleh penyanyi asal Tan Sri P. Ramlee dalam versinya sendiri, Aisha Retno berjaya kembali meraih markah tertinggi selepas hampir disingkirkan pada suku akhir. Ini diikuti oleh Ayda Jebat (89.90%) di tempat kedua dan Zizi Kirana (85.15%) di tempat ketiga. 

Selain itu, kesemua enam peserta berjaya mara ke minggu akhir. Peserta Stacy turut mengejutkan para penonton apabila sekali lagi mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa buat kali ketujuh, dan membawa pulang RM 5,000. Selain Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak, barisan juri pada minggu ‘Luar Limitasi’ ini dihiasi oleh pelakon dan penyanyi terkenal, Dato’ AC Mizal. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.


SENARAI LAGU

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam (Undur diri) yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.


Aepul Roza - In The End (Linkin Park)


Aisha Retno - Getaran Jiwa (Tan Sri P. Ramlee)

Ayda Jebat - Sedang Ingin Bercinta (Dewa 19)

Stacy - Peronda Jaket Biru (Wings)

Putera Muhammad - Hati Yang Kau Sakiti (Dato' Sri Rossa)

Zizi Kirana - Amboi (Altimet)




• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.