Pelakon: Meerqeen, Mimi Lana, Sangeetha, Ram RAAGA, Riz Amin, Zamarul Hisyam, Khir Rahman, Nam Ron, Ka Hoe
Syarikat Produksi: Independent Pictures Sdn Bhd
Penyiaran: Astro Shaw Sdn Bhd
Genre: Sci-fi / Penyiasatan / Drama
Jumlah Episod: 8 Episod (45 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan :
Trailer :
Framed bermula apabila seorang wartawan bernama Lia (Mimi Lana) menemui sebuah kamera polaroid milik mamanya yang mencetak tragedi masa depan. Mamanya, Maisara Rashid (Vanidah Imran) sudah 10 tahun hilang selepas terlibat dalam kemalangan. Anehnya dalam salah satu gambar tersebut menggambarkan nasib CEO lama ARC Sdn Bhd, Kamarul (Rahim Omar) yang bakal dibebaskan dari penjara setelah disabitkan bersalah atas kecuaian kejadian jambatan runtuh yang mengorbankan ramai mangsa.
Lia cuba menyiasat kebenaran gambar tersebut dengan pergi ke rumah Kamarul dan menyamar sebagai wartawan yang akan menemubual. Malangnya, Kamarul dibunuh sama seperti dalam gambar yang dicetak. Lia meminta bantuan Inspektor Navin (Ram RAAGA) untuk turut menyiasat kes tersebut kerana dia tahu ARC ada jawapan ke mana mamanya menghilang dan siapa yang berada di dalam kereta dengan kesan luka tembakan di bahagian perut bersama mamanya pada malam itu.
Kerana kes ARC juga, Lia bertemu dengan Edi Putra (Merqeen), seorang aktivis alam sekitar dalam kumpulan EcoJuang yang sering mengganggu aktiviti CEO Gibran Razak (Riz Amin). Bersama-sama, mereka berdua menemui konspirasi yang lebih besar mengenai bandar hantu Krung Merah.
Naskhah misteri arahan Sein Qudsi bersulamkan sains fiksyen dengan kehadiran sebuah kamera polaroid yang menceritakan momen tragedi yang bakal berlaku kepada beberapa individu terlibat terlihat menarik sebagai pendukung kepada isu jenayah yang berlaku dalam Framed.
Penceritaan Framed mempunyai tiga latar masa iaitu masa lampau (10 tahun selepas tragedi jambatan runtuh), masa sekarang dan juga masa depan. Walaupun latar masa depan cuma muncul dalam bentuk gambar polaroid dan beberapa babak di hujung drama tapi penggunaan latar masa berbeza dalam satu jalan cerita berdurasi 8 episod cukup untuk buat kita fokus cari jalan untuk ubah takdir kesemua watak.
Pertama kali Mimi Lana digandingkan dengan Merqeen yang masih baru dalam genre misteri. Bukan avatar yang baru pun untuk Merqeen sebab dah pernah tengok lakonan dia dalam drama Nenek Bongkok Tiga (2023) dengan karakter yang lebih kurang sama cuma watak Edi tak agresif macam Adi. Tapi tetap tinggalkan impak pada beberapa babak bila muncul bersama Lia. Babak jam dekat rumah Edi is my favourite scene.
Their chemistry is strong especially in Episode 8. Mungkin lepas ni ada pengarah yang boleh cast them together in a romantic comedy genre ataupun romantic drama. Dekat Episod 1 je lah Merqeen nampak canggung sikit tapi semakin cerita bergerak semakin nampak watak dia berkembang dan selesa dalam karakter Edi.
Gandingan yang tepat juga untuk watak Inspektor Navin dan Inspektor Rita dengan lakonan yang bersahaja sebagai sepasang suami isteri yang dilanda konflik setelah anak perempuan mereka meninggal.
Kudos to Sein yang teliti dengan minor details macam casting sebab bukan saja Lia muda (Airiezara Jasmin) ada iras Mimi Lana even karakter pun sama. Mimi dengan Vanidah Imran nampak meyakinkan sebagai ibu dan anak dalam drama Framed ni. Perangai Lia pun sama macam Maisara macam dalam scene Maisara marah Edi sebab tak jumpa footage cctv yang dia minta. Cara dia push sama macam Lia push. Both are dominants in their family sebab tu lah Hamzah (Rusdi Ramli) dengan Edi lebih chill so it creates balance. I love when Sara and Lia wears blue in reconcile scene.
Sinematografi yang dipaparkan dalam Framed menyuntik elemen drama dengan cemerlang. Banyak teknik close-up yang Sein guna untuk dapatkan reaksi dan body language dari beberapa watak. Tapi sama macam Black 2 (2021), tak berapa gemar dengan close up pada stunt action sebab penglihatan terbatas padahal banyak stunt yang cantik and unexpected. Masa babak Yani (June Lojong) dengan Lia pergi ke Klinik Kesihatan Krung tu tak pasti lah Sein nak tunjuk waktu petang hampir senja sampai terlebih pula filter tona kuning. Dekat luar kuning kemain, bila masuk dalam bilik Dr. Gaya okay je.
Watak antagonis lakonan Riz Amin sebagai Gibran tak bertembung sangat dengan pihak protagonis sebab kerja kotor dia banyak dilakukan oleh Hassan (Khir Rahman). Tak ada banyak pun yang Riz Amin boleh tonjolkan dalam Framed but still his performance is good alongwith the rest. Masa part Rita (Sangeetha) dan Ka Hong (Ka Hoe) jumpa dia di galeri tu antara babak yang menarik dalam Framed bila Riz conquered scene dengan dialog yang cuba lari dari ketegangan konflik yang dibawa oleh dua watak inspektor.
Tak ambil masa yang lama pun untuk habiskan satu drama dalam satu hari sebab jalan cerita yang sarat dengan misteri dan olahan Sein yang mengukuhkan lagi skrip dari Kyle Ezra Goonting. Some parts nampak macam biasa tapi teknik kamera dia banyak mainkan peranan untuk wujudkan visual language yang padu sekaligus mengangkat screenplay supaya dunia di Krung Merah tampak hidup. Ada beberapa twist yang boleh dibaca tapi macam I cakap lah, olahan Sein buatkan kita enjoy layan sampai cerita tu reveal sendiri.
Lagu tema Framed berjudul Udara hasil gubahan Iqie Hugh, Shazeriq Azeman dan Omar K, nyanyian Nadira Zaini antara kekuatan naskhah yang diterbitkan eklusif oleh Astro Shaw bila mengangkat mesej menjaga alam sekitar yang dipaparkan dalam drama. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Baca review ini buat kita nak tengok drama ini.. Nantilah try tengok..
ReplyDelete