Drama Review | Connection (2024)

Monday 8 July 2024


Director: Kim Mun-kyo
Writer: Lee Hyun
Cast: Ji Sung, Jeon Mi-do, Kwon Yul, Kim Kyung-nam
Production Companies: Studio S, Good Harvest, Soul Pictures
Distributor: SBS TV (Korea), Wavve (Korea), Coupang Play (Korea), Kocowa (US), Vidio (Indonesia)
Genre: Crime / Thriller / Mystery 
Running Episodes: 14 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 24 May– 6 July 2024
Trailer:


Kisah bermula dengan kejayaan Jabatan Narkotik pasukan Jang Jae-kyung (Ji Sung) memberkas 5 kumpulan keldai dadah di daerah Anhyeon. Kerana kejayaan tersebut dia dinaikkan pangkat kepada Kapten Jang Jae-kyung. Seusai majlis, rakan sekolahnya, Park Jun-seo (Yoon Na-moo) datang berjumpa untuk minta maaf atas apa yang terjadi 20 tahun lepas sehingga Jae-kyung terpaksa pindah sekolah. 

4 hari kemudian Park Jun-seo ditemui mati di tapak pembinaan Pilo-dong dan disahkan membunuh diri kerana kasutnya yang ditinggalkan di tingkat 9. Jae-kyung syak Jun-seo dibunuh kerana malam keesokan harinya dia dapat mesej dari ‘Doctor’ menggunakan kod SOS yang hanya Jae-kyung dan Jun-seo tahu. Kerana mesej tersebut Jae-kyung diculik dan diberi dadah Lemon Mulberry sehingga ketagih kemudian dibebaskan di stesen Anhyeon City Hall. 


Jae-kyung cuba pujuk isteri mendiang, Choi Ji-yeon (Jung Yoo-min) untuk lakukan autopsi tapi dihalang oleh Won Jong-soo (Kim Kyung-nam), Park Tae-jin (Kwon Yul), Oh Chi-yun (Cha Yup) dan Jeong Yun-ho (Lee Gang-wook). Mereka berempat merupakan rakan baik Jun-seo yang terlibat dengan kes 20 tahun lepas dan mendapat panggilan untuk berjumpa di tapak pembinaan Pilo-dong pada jam 11.30 malam, 10 minit sebelum Jun-seo jatuh dari tingkat 9. 

Bukan saja Detektif Jae-kyung perlu cari tahu punca kematian Park Jun-seo, dia juga perlu mencari siapa dalang di sebalik ketagihan dadah jenis baru – Lemon Mulberry dalam drama jenayah terbaru arahan Kim Mun-kyo. 


Naskhah penyiasatan yang ditulis oleh Lee Hyun mempunyai jalan cerita yang menarik, mendebarkan dan sarat dengan plot twist yang sukar dijangka sepanjang 14 episod ditayangkan. Pace penceritaan juga laju dengan latar masa sekarang juga 20 tahun lepas. Boleh kata tak ada babak yang dirasakan tidak perlu dalam drama Connection yang diterbitkan oleh Studio S. Pengarah juga beri perhatian kepada perkara yang kecil untuk support main plot. Kudos to casting director sebab berjaya cari pelakon remaja yang ada iras dengan pelakon dewasa dalam drama ni. Of course, benda ni kecil je tapi membantu kita kenal bila cerita berpatah balik ke zaman sekolah. 


Sebelum Connection, Ji Sung berlakon dalam Adamas (2022) yang mempunyai genre yang lebih kurang sama jadi tak hairan lah kalau dia boleh perform dengan cemerlang dalam watak Detektif Jung Jae-kyung. Menariknya dalam drama Connection, Detektif Jae-kyung tak boleh bergerak seorang diri seperti watak-watak Ji Sung yang pernah dilakonkan sebelum ni. Sesuai lah dengan tema persahabatan yang menjadi esen drama Connection. 


Penulis pecahkan kesemua watak dalam 4 kumpulan yang berbeza – Team Detektif Jae-kyung, Team Kawan Baik Jun-seo, Team Tokan Dadah CEO Yoon dan juga ‘Doctor’. Setiap watak dari keempat-empat kumpulan ni mempunyai ruang yang cukup untuk menyumbang kepada perjalanan cerita. Sedikit demi sedikit pertalian mereka diceritakan oleh penulis dengan kemas dan timing yang cantik. 

Walaupun banyak watak yang terlibat dan banyak juga konflik yang dimasukkan namun pengarah tahu bila masa untuk konflik dimasukkan dan bila masanya untuk tempoh bertenang. Di permulaan setiap episod akan muncul tajuk drama dalam dua warna berbeza – merah dan kuning. Merah bila konflik muncul dan kuning ialah untuk tempoh bertenang. Sama juga dengan mind map, notes dan rajah yang dilakukan oleh watak-watak utama untuk bantu jelaskan situasi yang berlaku. A simple act from team production but it helps a lot for audience to understand the story. Sekaligus tarik minat penonton yang suka genre penyiasatan macam I sebab feel included untuk selesaikan misteri yang ada. 


Selain mesej sosial yang dipamerkan tentang jenayah dan dosa silam, penulis juga masukkan elemen psikologi di mana watak Won Joong Soo dan Park Tae-jin yang tak mampu selesaikan masalah dengan saluran yang betul walaupun mereka menjadi mangsa keadaan yang dicipta oleh watak lain. Penulis juga ketengahkan perbezaan antara hubungan yang sihat dan obsesi terhadap seseorang. Bila tahu apa motif Doctor ni rasa geram dengan perangai parasit yang suka jatuhkan orang lain untuk naik ke atas walaupun orang yang dijatuhkan tu tak ada dosa pun dengan dia. Another psychological issue yang penulis masukkan juga dalam drama ni. 


Banyak konflik dan pengajaran dalam drama ni tapi puas bila tengok ending. Dengan mudah juga boleh kata drama Connection ialah drama penyiasatan terbaik untuk tahun 2024. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought + = 10/10

3 comments

  1. Argh.. Nak kena tengok sebab Farhana kata Recommended!..

    ReplyDelete
  2. Suami saya dah bilang juga, Drakor ini wajiiiib Tonton 😄😄. Dia bilang baguuus sangaaat. Makanya saya dah masukkan dlm list saya juga kak ❤️. Paling suka memang Drakor dengan tema thriller

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.