Aidilfitri 2024 | Tokwan Meninggal

Monday, 15 July 2024


Seminggu lepas balik dari beraya di kampung, I dapat call Tokwan accident dekat area kampung lain. Dia nak pergi hantar air tebu dekat rumah kawan dia tapi belok mengejut kemudian kena langgar dengan kereta belakang. Orang kampung situ tolong panggilkan ambulans kemudian hantar ke hospital. 




Mak I balik kampung dengan adik untuk tengok Tokwan dekat hospital. Cousin dari Penang pun balik ke Baling ambil Tok bawa ke hospital. Injury dekat kepala yang teruk sekali sebab dia tak pakai helmet masa tu. Bila doktor tanya Tokwan kata dia okay je, dia nak balik rumah, tak suka duduk hospital. Dua hari lepas tu doktor bagi discharge tapi Tokwan tak boleh berjalan lepas accident tu.


My mom stay dekat Kedah jaga Tokwan sampai dia okay balik tapi makin lama makin teruk. Dia dah mula meracau bercakap dengan orang tapi tak ada siapa pun. Sebelum dia nazak tu, dia ada bercakap dengan 'orang' yang dia nak mesin air tebu untuk cucu-cucu dia. Lepastu kalau nak ambik dia ambik lah tapi 'orang' tu tak bagi then Tokwan kata tak apa lah kalau tak boleh. 

Bila dapat call dengar cerita macam tu kita dah tahu lah masa dia dah dekat sangat. I apply emergency leave dua hari lepastu balik ke Baling tengahari Ahad. Singgah dekat Tanjung Malim ambil adik lelaki dekat sana lepastu gerak. 

Maghrib tu kitorang dah dekat Gerik tapi sebab hujan lebat terpaksa bawa perlahan. Masa solat Maghrib dekat surau Petronas I doa supaya sempat balik sebelum Tokwan meninggal tapi habis je solat dapat call yang Tokwan dah meninggal. 


Kitorang sampai lepas Isyak macam tu lah, masa tu dah ramai dekat rumah Tokwan. Mintak tumpang park kereta dekat rumah jiran sebab ruang sana dah penuh. Lepas mandikan Tokwan malam tu, semua orang balik sebab kebumi esok pagi. Tengah tunggu Pak Lang dengan Maksu dari Melaka sampai juga sebab diorang baru gerak.


Subuh tu dah ramai mula datang ziarah sebelum kebumi sementara yang dekat rumah baca yasiin. Habis baca tu kena cari daun bidara dengan daun pandan, nak racik letak dalam kain kapan. 



Sementara yang perempuan sibuk dekat dapur, yang lelaki mandikan arwah Tokwan kemudian kapankan. Imam minta waris lelaki yang mandikan Tokwan. Nasib baik air laju masa mandikan sebab air putus-putus masa raya. 

Sebelum dibawa ke masjid untuk solat jenazah, semua anak cucu boleh cium Tokwan untuk kali terakhir. Masa ni ramai yang dah bengkak mata, mana yang rapat dengan Tokwan tu tak boleh nak berdiri pun. 










Jenazah Tokwan kebumi dekat Tanah Perkuburan Parit Panjang, Baling. Dari masjid kitorang berjalan kaki ke perkuburan sebab berhadapan je dengan masjid. 









Lepas bacaan talkin, semua beransur balik ke rumah. Ada saudara-mara minta untuk balik ke rumah masing-masing, masa tu bertegur sapa macam tu je lah sebab tak sempat pun nak sembang banyak. Ada yang kena ambil anak dari sekolah. Bersyukur juga lah ramai yang datang tolong sampai selesai pengkebumian. Semua berjalan lancar tanpa masalah pun. 

Malam tu buat tahlil dekat masjid dengan dekat rumah Tokwan, termenung lah juga sebelum tidur sebab ada beberapa benda perlu fikirkan. Siapa yang nak jaga Tok, siapa yang nak ambik alih kebun tebu Tokwan dekat belakang tu. Rezeki kitorang lah satu keluarga dapat balik beraya dengan Tokwan tahun ni. Dapat merasa air tebu terakhir dia lepastu dapat tengok dia senyum dapat duit raya. 

Semoga roh Tokwan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.