Aidilfitri 2024 | Rumah Terbuka Yayasan Nurjiwa

Monday, 15 July 2024

Sama macam tahun lepas, Aidilfitri 2024 pun Ram Reza & Muhammad dapat jemputan ke rumah terbuka anjuran CTDK. Bezanya tahun ni Yayasan Nurjiwa terlibat sekali. Rumah terbuka Yayasan Nurjiwa ada satu lagi majlis yang dijalankan serentak di mana Dato K dan Dato Sri Siti Nurhaliza celebrate birthday Aafiyah dan Afwa. 


Masa sampai dekat Royale Chulan Kuala Lumpur baru tahu ada majlis hari jadi tu jadi tak sempat lah nak join sekali. Masa kitorang sampai kek dah habis potong dah pun. Afwa dah main aci ligan dengan cousins dia dah. Majlis mula dari jam 4 petang sampai 8 malam tak silap. Kitorang berjanji nak sampai dekat sana jam 5 petang, sebab Syu ada kelas sebelum tu. Tak nak lah datang asing-asing sebab kitorang tak ramai pun. Tak kenal sangat pun tetamu lain sebab ramai tetamu korporat. Segan pun ye jugak nak bergaul dengan Datuk Datin T.T 


Ni first time I jejak kaki ke Royale Chulan Kuala Lumpur, selama ni I tengok dari luar je bangunan coklat depan Pavillion ni. 

Me: Yun, tahu tak Royale Chulan Kuala Lumpur dekat mana?
Yun: Tahu, dekat dengan bank apa entah. Abang I selalu pergi sana. 
Me: Ye ke? Apa landmark lain hotel tu?
Yun: I pun tak sure. 

Bila dah sampai lahhhhh bangunan sebelah Pavi ni rupanya. Sebelum ni kalau ternampak mesti ingat bangunan coklat ni muzium kebudayaan sebab atap dia berseni. You guys akan nampak random pictures dalam entry ni sebab hotel ni cantik. Chandelier dia cantik teruk.

Masa sampai tu staff Yayasan Nurjiwa ambil kehadiran lepastu jemput makan. 










Tak banyak pun makanan dekat open house ni sebab minggu tu ada banyak open house jadi yang datang ke sini pun memenuhi jemputan tuan rumah. Kitorang makan pun tak banyak sebab perut kenyang lagi. Pergi situ sebab nak dapatkan social media content. 



Sebelum buat kerja, makan lah dulu sikit tapi terjatuh cinta pula dengan air katira Royale Chulan ni sebab sedap. Penuh pulak tu dengan bahan. Masa tengah makan ni nampak lah geng media tengah main game atas stage. I kenal la few faces sebab pernah terjumpa dekat event lain. Game dia tak susah pun tapi tak ingat dah hadiah apa diorang dapat kalau menang. 




Tahun lepas terpilih pergi ke open house CTDK sebab nasib je, tahun ni pun sebab nasib jugak since semua ada hal masing-masing. Yun dengan Syu dapat pergi sebab team social media and both of them ada handle few file Tokti and Dato K. 

Me: Syu, kalau nak ambik video Tokti nanti you kena berdiri dekat depan stage tu tau. 
Syu: I malu la kak anaaaaaa

Tak payah teka lah siapa ambil video terpaling depan stage hshs




Lepas game dengan pihak media tu ada ucapan perasmian dari Dato Seri Siti Nurhaliza sekaligus merasmikan majlis rumah terbuka Yayasan Nurjiwa. Panjang-panjang Tokti bagi ucapan tu I tak dengar pun apa dia cakap sebab cantik betul Tokti masa tu. Maybe sebab dia pakai warna krim, compliment skin tone dia kot. 


Lepas ucapan ada persembahan dari Tokti dan tetamu yang datang. Sementara tengah persembahan, kitorang pergi berjumpa dengan Kak Rozi, Saidah dengan Izara sebab nak perkenalkan diri lah. Sebelum ni sembang dekat telefon je, belum pernah join meeting sama-sama lagi. Tya dengan Azief je lah pernah jumpa sebab diorang datang ke office. 


Kak Rozi: You guys dah makan dah? 
Us: Dahhh. Ni nak bergambar dengan Tokti. 
Kak Rozi: Ehhh dia lama lagi tu. Kalau dah jumpa mic memang sampai ke habis majlis baru habis menyanyi tu. Kalau lapar makan je lagi tau. 




Betul lah Kak Rozi kata tu, lepas habis performance, Tokti sambung lagi nyanyi berduet dengan penyanyi jemputan. I tak ingat nama dia tapi suara dia sedap jugak. Masa ni Tokti nyanyi lagu Nazam Lebaran. 


Habis menyanyi lagu dengan penyanyi keroncong ni, Tokti nampak Nabila Razali sampai. Terus dia panggil Bella naik atas stage nyanyi lagu Raya Mana sebab tu lagu favorite Aafiyah. Tokti kata dia dah ajar Aafiyah balik Kuala Lipis setiap kali raya tapi percubaan Tokti gagal sebab Aafiyah malu atas stage. 




Sepanjang lagu tu Aafiyah berkepit dengan mak dia sebab malu punya pasal. Bella turun stage pergi makan terus dia berkepit dengan Bella. Nak bergambar dengan Bella pun takut sebab tak nak mengganggu quality time dengan Aafiyah punya pasal hshshs









Benda paling happy dalam hidup ialah bila dapat bergambar dengan orang yang kita nak bergambar dan tudung kau on point. I macam takut nak bergambar atas kerusi tu sebab gaya macam tak mampu nak menampung berat tapi Alhamdulillah everything went well. 

Tokti: Kita bergambar kena duduk ye, biar nampak tulisan Yayasan Nurjiwa tu. 
Me: I ermmmm..... haaaa... okay....

Nasib baik tukang ambik gambar berjaya juga ambil macam Tokti nak padahal dia tak dengar pun Tokti cakap cenggitu. 



Dah settle bergambar dengan semua yang kitorang nak, mesti lah melebar je senyum masing-masing. Ambil gambar kitorang sikit lepastu Syu dengan boyfriend dia gerak ke open house lain. 


Masa sambung minum katira yang kedua, baru nampak si Afwa tengah berlari dekat area meja ni. Banyak betul energy dia sampai dua jam main tak berhenti. Muka Afwa dah macam muka abang dia, Asyraf.


10 minit lepas tu kitorang gerak balik jugak sebab takut nanti lewat sangat sampai rumah. Nasib baik jugak keluar awal sebab jalan sesak ye dekat KL. Sebelum naik lif, I kena interview dengan media mana entah tanya pasal isu Tokti dapat gelaran Biduanita Negara. Sah-sah lah I cakap I sokong dia dapat gelaran tu sebab I baru je balik dari open house Tokti kot, takkan lah nak support Z pulak. 


I jawab interview sambil pegang air katira ni sebab sedap. That was my third cup? Entahlah, yang penting happy sebab sedap. Tak tahu dekat mana diorang publish jawapan I, gambar yang diorang ambil entah cantik entah tidak. Yang pastinya lif Royale Culan Kuala Lumpur ni cantik. 


Rupanya kitorang salah ambil lif sebab lif untuk turun ke B3 tak sama dengan tingkat-tingkat atas. Sudahnya berjalan kaki sahaja ke kereta. Tak jauh pun tapi kelakar lah memasing brain for tak ingat lif mana ambil masa datang tu. Anyway, it's such a sweet memory lah. Tahun depan tak tahu lah dapat pergi lagi ke tak. Kalau dapat jugak, I memang berjodoh dengan Tokti. Tibehhhhhh.

1 comment

  1. Beruntung dpt pergi even tok ti.. kita pun tak pernah jumpa tok ti depan2.. majlis meriah.. nampak ada beberapa nama lain juga hadir.. meriah meriah :D

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.