Aidilfitri 2024 | Raya Kedua Di Perak

Sunday, 14 July 2024

Bila balik beraya dekat kampung, raya pertama dekat Kedah kemudian raya kedua beraya di Perak. Dari kecik lagi pakai sistem giliran ni sebab rumah nenek belah mak lagi jauh kan dari belah arwah abah. Ikutkan plan nak balik hari je sebab masing-masing dah besar, segan lah nak tidur dekat ruang tamu tapi tahun ni dah ada banyak bilik extra pakcik buatkan. Dari nak balik hari tukar kepada tidur bermalam. 

 


Dah alang-alang tidur bermalam tu semua berbunyi nak mandi sungai belah petang. Masa kitorang sampai dekat Batu Kurau, rumah opah tengah penuh sebab ramai saudara opah datang beraya. Dah surut sikit, lepas Asar macam tu, kitorang pergi ke Sungai Sempeneh. 

Cousin: Hampa nak pi mandia sungai ka? Nak ikut!
Us: Jom. Adik tunjuk jalan. 
Cousin: Kami tau jalan nak pi sungai. Dekat jaaaa
*berliku jalan yang dia bawak, takde maknanya dekat. Patutnya guna waze sebab jalan luar lagi senang*


Musim raya pun ramai orang dekat sini, mungkin sebab cuaca panas sangat kot. Sebab tu juga lah air sungai tak sejuk sangat. Kitorang pilih kawasan atas sikit sebab dekat bawah dah penuh dengan orang. Air tak dalam sangat, paras lutut kitorang je. Bukan nak mandi beria sangat pun, nak merasa rendam kaki je. Kononnya. 



Tak lama pun dekat sungai ni sebab tak berebut dengan orang lain, boleh lah mandi puas-puas. Dah masuk senja kitorang tukar baju dekat tandas atas. Dekat situ ada rumah buatkan tandas wakaf untuk salin baju. Ada kawasan untuk parking jugak so tak payah lah berjalan mengusung baju basah pergi bawah. Adik-adik bawak kereta naik atas je. 


Lepas solat Maghrib, dah tak larat dah nak beraktiviti so tak pergi beraya mana-mana. Kebetulan ada kawan arwah abah datang raya, itorang makan malam sama-sama je dekat rumah opah. Selesai makan, kitorang main bunga api sampai habis stok. Plan asal nak main awal lagi tapi ucu pesan suruh tunggu kawan dia sampai sebab anaknya nak join sekali. Laman tepi rumah opah ni boleh tahan lah ada ruang, okay lah sikit nak main bunga api. Merasa lah tengok dia kembang terpercik sana sini. 

Esok paginya dah janji nak beraya rumah Makndak pastu pot pet pot pet kena ajak makan tengahari sekali. Sebagai manusia yang rajin masuk dapur, kita pun tolong lah masak sekali. Sebelum memasak tu lepak dekat belakang dulu dekat kebun, ternampak buah keriang ataupun mata itik. 



MakNdak: Lega banyak lah hampa balik tahun ni. Haritu opah dah tanya bila cucu dia nak balik. Lama dah tak jumpa. Kalau kata hampa tak balik, kami nak ajak opah pi gadai barang kemas dia buat duit belanja pi ke KL tu. 

Tau dah perangai suka berdrama ni mai dari mana. Sejenis penyakit keturunan hshshs





Tak masak beria pun tapi bila makan ramai-ramai mula lah bertambah nasinya. Sebab ramai yang berkumpul dekat rumah Makndak tengahari tu, kitorang bahagikan kepada dua tempat. Yang budak kecik semua berkumpul makan dekat ruang tamu. Yang dah besar dan besar badannya pergi ke meja makan. 


Dekat rumah opah ni sama je dengan rumah tok dekat Kedah, ada banyak pokok durian dengan manggis. Tapi durian siapa lagi sedap tu tak tahu lah sebab dua-dua pun durian kampung. Dah kenyang makan, dah habis kemas barang, masa untuk balik rumah lah. Nak lama-lama sangat pun tak boleh, cuti tak banyak. Insya-allah nanti balik lagi sebab dah ada banyak kereta, mudah nak berjalan sana sini. 



Sebelum balik tu sempat menyinggah Tealive Batu Kurau. Saja nak rasmikan shoplot baru buka depan simpang rumah opah. Sebelum ni nak minum Tealive kena pergi pekan Taiping, sekarang keluar sikit je dah jumpa. Tapi menyesal jugak singgah sebab Tealive dia ceroi T.T

1 comment

  1. Senaaangnya bisa main sungai 😍😍😍. Saya kalo nak main sungai yg bersih begini, mestilah keluar jakarta 🤣. Tapi tempat begini pasti ramai ya kak saat perayaan atau musim liburan. Semua orang balik kampung biasanya 😄.

    Sayang sangat tealive nya tak sedap. Saya belum coba lagi tealive 😅, pdhl sering liat saat ke Malaysia.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.