Walaupun namanya open house Raya Aidilfitri tapi kejadian open house ni bukan pada sebulan raya ye. Dah habis raya baru tuan rumah dapat buka rumah sebab ada waktu senggang. Ni semua bermula dari Atie dengan Rina yang nak sangat pergi rumah baru Ain. Kira 2 in 1 lah ni, sambil beraya sambil housewarming party.
Selalunya housewarming party tetamu yang bawa makanan kan tapi yang ni semua Ain yang masak dari pukul 6 pagi sampai tengahari. Ain dah whatsapp pepagi suruh datang lepas pukul 12 tengahari sebab takut lauk tak sempat hidang lagi. I okay je kalau sampai awal pun boleh tolong-tolong sekali tapi kita hormat lah permintaan tuan rumah, mesti lah tak nak tunjuk rumah bersepah. Lagipun adik-adik-adik Ain ada juga nak tolong prepare semua.
Pukul 1 baru kitorang gerak keluar rumah sebab terlajak layan drama China sampai tak sedar dah rembang. Zohor siap-siap dekat rumah lepastu baru gerak. I redho je sampai lambat sebab jarak rumah kitorang jauh jugak. Nasib baik lah tak sesak sangat jalan. Bila sampai rupanya kitorang group pertama yang sampai. I macam ehhhhh?
Seronok jadi yang awal sebab boleh rasmikan menu yang kita suka dulu. Ain masak daging asam pedas, siput sedut masak lemak, rendang ayam, ayam bakar dan bihun sup. Roti jala, brownies chocolate, cream puff dengan aiskrim Malaysia dia tempah dekat orang. Meriah eh makanan.
I dah selesai makan baru sampai group kedua - Yun, Teha dan Syu. Tak lama lepas tu Atie, Rina dan En. Fendy. Wife En. Fendy bawa kek coklat sempena Mother's Day. Makin banyak makanan atas meja padahal yang dtaang semuanya tong kecik. Syu bawak buah harum manis sebab keluarga marka dia bawak dari Sungai Petani.
Practice makes perfect... |
I really should stop doing that heart pose. Jinjja... |
Meriah bila penuh dgn aktivti ketika raya :D
ReplyDeleteBy the way pakai hp apa.. camera ambil gmbr clear sungguh hahaha :D
tak ingat pakai hp siapa masa ni tapi iphone sebab lepas bergambar masa tu iphone user buat airdrop session hahaha
DeletePaliiing suka kalo dapat berkumpul ramai seperti ini 😍😍. Baiiik sangat tuan rumah nak memasak semuanya, lalu memesan menu dari luar juga ❤️👍. Sedap2 kliatannya kak. 😍
ReplyDeleteOpen house yang ohsem.. Dasyat juga lauk yang dia masak..
ReplyDeletesyok berkul ramai-ramai macam ini..