Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu

Thursday 27 June 2024

Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu | Menerokai Sisi Gelap Godaan Dan Tahap Keinginan Manusia

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW melancarkan Viu Original terbaharu Nafsu yang dibarisi oleh barisan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal dan Nia Atasha. Drama bersiri 8 episod terbitan Infinitus Productions ini merupakan siri Viu Original yang ke-26 ditayangkan di Malaysia dan akan mula ditayangkan pada 27 Jun dengan episod baru pada setiap hari Khamis.

Nafsu menyingkap kisah di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur dan lelaki bernama Sam yang menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Bersama-sama rakannya, Suria, mereka mengaut duit golongan atasan yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam. Namun hakikatnya, Sam memang mempunyai deria keenam dan pernah diajar ilmu Ruqyah semasa kecil, tetapi Sam menolak keupayaan itu kerana suatu tragedi. Apabila Dina, bekas kekasih Sam datang meminta pertolongan mencari Alia, adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam cuba menerima anugerahnya bagi membantu Dina. Kehilangan Alia cumalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti. Disertai Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan perkara-perkara di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.

Pengurus Negara Viu Malaysia, Kingsley Warner berkata “Setelah kejayaan menghasilkan naskah berbentuk thriller seperti Hilang dan Nenek Bongkok Tiga, kami sangat teruja untuk membawakan sebuah lagi naskah buat peminat yang gemarkan siri bergenre ini. Dengan jalan cerita yang memukau, elemen mendebarkan serta watak-watak yang ditonjolkan menjadikan Nafsu adalah pilihan tepat untuk ditambahkan dalam senarai siri Viu Original kami.”

“Para pelakon kami, Kamal Adli, Azira Shafinaz dan Aqasha merupakan nama yang sinonim dengan siri Viu Original. Sebelum ini mereka pernah membintangi Viu Original Black S1 & S2, Ijab Kabut dan Hilang. Nafsu merupakan gandingan pertama mereka bertiga di dalam siri yang berbentuk supernatural dan thriller. Pengalaman dan variasi kemahiran lakonan tersendiri mereka pastinya akan memberikan penonton pengalaman menonton yang lebih tulen dan menarik,” tambah Kingsley.

Nafsu menjanjikan sebuah pengalaman menonton yang tidak akan dilupakan, berlatarbelakangkan lokasi menarik dan bersejarah di Malaysia, hiruk-pikuk jalan di kota metropolitan Kuala Lumpur, Janda Baik dan Batu Cave. Garapan sinematografi yang banyak bermain dengan cahaya di dalam siri ini akan membangkitkan mood seram dan mendebarkan serta memberi pengalaman menonton yang berbeza. Bukan itu sahaja, tenaga produksi berusaha keras bagi mengekalkan keaslian lokasi dan menggambarkan hakikat kawasan kejiranan dalam siri ini.

Diarahkan oleh Sein Qudsi, ini merupakan naskah ketiga arahannya bagi Viu Original. Bersama Ghaz Abu Bakar, Sein telah mengarah musim kedua Viu Original Black (2021), sebuah adaptasi drama Korea dengan tajuk yang sama. Karya mereka telah menobatkan mereka anugerah kebangsaan untuk Pengarah Terbaik (Fiksyen) di Asian Academy Creative Awards 2021.

Sein turut menggubah lagu tema Viu Original Nafsu ini berjudul “Kala Tiba” yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Marsha Milan. Penonton boleh menonton Viu Original Nafsu di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta di laman web www.viu.com.

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau layari www.viu.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.

***************************************

Tentang Viu

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka PCCW, terdapat di 16 buah negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika Selatan, dengan lebih 62 juta pengguna aktif bulanan (“MAU”) sehingga Disember 2023. Pada Julai 2023, PCCW dan CANAL+ membentuk perkongsian strategik untuk mempercepatkan pertumbuhan Viu, menjadikan CANAL+ pemegang saham minoriti dalam Viu.

Perkhidmatan Viu tersedia secara percuma dengan sokongan iklan dan juga langganan premium yang terdiri daripada beberapa pilihan langganan.

Viu menawarkan siri TV, filem terbaharu dan program gaya hidup dalam bahasa tempatan dan serantau beserta sarikata daripada pembekal kandungan terkemuka, serta produksi di bawah jenama “Viu Original”. Viu juga menawarkan fungsi penstriman dan ciri muat turun kandungan yang mesra pengguna, dan boleh disambungkan ke pelbagai peranti. Viu juga membekalkan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira peranti atau rangkaian internet.

Perkhidmatan penstriman ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (secara percuma di App Store dan Google Play) pada telefon pintar dan tablet, TV pintar, serta di laman web www.viu.com

Selain itu, Viu Scream Dates pula merupakan acara bertemu peminat yang ditawarkan oleh Viu di seluruh pasarannya. Viu Scream Dates diadakan bertujuan untuk memperluaskan pengalaman Viu di luar skrin dengan mendekatkan para selebriti dengan peminat mereka melalui acara dan pengalaman langsung. Viu International Limited, melalui anak syarikatnya Moov (Hong Kong) Limited, turut mengendalikan MOOV, penstriman muzik digital popular dan perkhidmatan konsert muzik secara langsung di Hong Kong.

Tentang PCCW Limited

PCCW Limited (SEHK: 0008) ialah syarikat telekomunikasi, media, solusi IT, pembangunan dan pelaburan hartanah serta perniagaan lain antarabangsa yang berpusat di Hong Kong.

Syarikat ini memegang saham majoriti HKT Trust and HKT Limited, pembekal perkhidmatan telekomunikasi terulung di Hong Kong dan juga pengendali terkemuka talian tetap, jalur lebar, komunikasi mudah alih dan perkhidmatan hiburan media. HKT membekalkan solusi berintegrasi menggunakan teknologi baru untuk membantu perusahaan dalam menambah baik perniagaan mereka. HKT juga telah membina ekosistem digital berintegrasi dengan program kesetiaan, e-dagang, pelancongan, insurans, Analisis Data Besar, teknologi kewangan dan perkhidmatan teknologi kesihatan untuk mengeratkan hubungannya dengan pelanggan.

PCCW memiliki kumpulan multimedia dan hiburan bersepadu di Hong Kong yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan video over-the-top (“OTT”) secara tempatan dan serantau, penghasilan kandungan, pengurusan artis dan pengurusan acara.

Melalui HK Television Entertainment Company Limited, PCCW juga mengendalikan perkhidmatan TV percuma domestik di Hong Kong.

Selain itu, PCCW juga memegang kepentingan dalam Pacific Century Premium Developments Limited dan pelaburan luar negara lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PCCW, sila layari www.pccw.com.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.