Bulan Jun ni memang mencabar keimanan dan menguji kesabaran sangat. Lepas raya haritu rumah tingkat atas buat renovation berskala besar sampai dia angkut roro bin letak dekat parking dia. Hari-hari bising satu hal, weekend apatah lagi, sisa buangan dalam roro bin dia pun merisaukan satu hal lagi.
Kereta I dekat sebelah haruslah menjadi mangsa sebab dekat sangat dengan roro bin tu. Ada sekali tu comot dengan plaster sebab angin kuat terbang sampai kena kereta. Lepastu bila dia tukar roro bin kecil banyak pula sampah makanan dekat dalam roro bin tu. Busuk sebab lalat hinggap dekat situ. Paling tak seronok bila tayar kereta terkena skru panjang. Habis pancit tayar kereta.
Bayangkan lah pagi-pagi masa nak pergi kerja, baru keluar dari parking kereta bergegar pastu dengar bunyi besi bergesel rupanya flat dah tayar kereta ni haaa.
Walaupun tahu JMB tak ambik port dengan masalah kereta tapi try je lah pergi mintak tolong. Nak pergi bengkel pun kena tunggu pukul 10 baru nak bukak. I ada spanar dengan tayar spare tapi nak tukar tu lah tak mampu. Masa tu tak sure jek kereta ada ke tak sebab last tukar tayar manually masa 2016.
Awal tu JMB gelakkan juga lah tapi nasib baik pekerja dia boleh tolong cuma jadi lambat sebab mencari jek gunting tu. Masa buka bonet baru perasan ada jek tapi melekat teruk dah so sama jugak lah kena guna jek lain. Nasib baik dia dah cari siap-siap.
Part yang paling susah dan buat lama sampai sejam lebih tu sebab skru dekat tayar tu ketat sangat. Guna tukul tak bergerak sampai dia kena cari cangkul lengkung untuk support spanar empat hala tu. Sebelum tukar tayar ke tayar spare tu dia pam dulu sikit sebab angin dalam tayar spare pun dah kurang. Dah settle apa semua, I offer untuk bayar sebagai upah dia tolong tukarkan tapi dia tak nak. Dah lah susah nak tukar lepastu panas pulak pagi tu, rasa berat hati pulak bila dia tak nak.
Dah settle tukar slow slow je lah drive pergi ke bengkel untuk tukar tayar. Bengkel tak jauh pun dari rumah tapi sebab tayar dah flat cenggitu memang kena tukar jugak lah kepada tayar simpanan. Nasib baik tak payah tukar tayar, tampal je. Tayar tu baru lagi sebenarnya sebab masa balik raya haritu dah tukar.
Dekat kedai ni dalam 10 minit dah siap sebab dia pakai jek hidraulik dengan electric wrench tu. zup zap dah siap, jadi lama pun sebab nak tampal tayar. Settle satu masalah tapi masalah roro bin tu tak settle lagi. Bila balik mata melilau takut ada skru jatuh lagi. Ada sekali tu masa balik sampah dah jatuh ke kawasan parkir kereta. Terpaksa keluar kutip dulu lepastu baru park kereta.
Jadi tuan rumah patutnya dia monitor lah sampah dia. Ini tidak, main lepas tangan macam tu je. Kereta I kena macam ni pun, dah masuk dalam group pun dia buat tak tahu je. Kita faham lah kekangan dia tapi kalau buat diam macam tu lagi bertambah geram jadinya. Sakit hati sakit jiwa dapat jiran macam ni T.T
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.