Hujung bulan Mei lepas agak sibuk dengan urusan keluarga dan salah satunya uruskan adik yang dah dapat keputusan SPM. Antara urusannya ialah hadir ke seminar Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS) di PPAS Sabak Bernam. Sebelum seminar ni dah bagi semua dokumen yang diperlukan via Google Form dan Whatsapp. I wakil penjaga sebab mak belum balik dari kampung lagi.
Dalam pengumuman Whatsapp tu diberitahu seminar akan diadakan pada 2 Jun 2024 di Perpustakaan Awam Sabak Bernam jam 10 pagi. Ikutkan plan nak balik ke Sabak Bernam petang Sabtu tapi hujan lebat pulak. Tak nak redah hujan dan traffic jam punya pasal, kitorang balik lepas Subuh. Jam 8.30 pagi sampai dekat Sabak, habis breakfast jam 9 pagi lepastu ambil few documents dekat rumah lepastu terus gerak pergi PPAS Sabak.
Kitorang yang pertama lah sampai dekat situ tapi macam aneh ye sebab pintu berkunci. Tanya cleaner dekat situ dia kata hari ni cuti. Tak ada apa-apa program. Ikutkan betul la tu public holiday. Takkan kena scam? Bila dah ramai yang tunggu dekat situ baru dapat tahu bukan PPAS Sabak tapi PPAS Sungai Besar. Pihak iCEPS salah letak alamat.
Kalau bukan orang Sabak memang selalu confuse pekan Sabak dengan daerah Sabak Bernam. Sekinchan tu pun diorang kata Sabak Bernam padahal bawah daerah Sabak Bernam ada Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan. Tapi paling parah yang kata Tanjung Karang dengan Kuala Selangor tu Sabak Bernam T.T
Dah sampai dekat PPAS Sungai Besar, nampak staff iCEPS minta maaf sebab tersalah bagi alamat.
Staff iCEPS: Adik datang untuk seminar kan? Masuk sini belok kanan lepastu naik tingkat atas ye
Me: Ehhh saya penjaga lah.
Dah settle registration dapat borang untuk pilih kos pra-diploma dan diploma yang ditawarkan oleh iCEPS. Ada 6 pilihan di bawah iCEPS - Pra Perdagangan (BA003), Diploma Pengajian Perniagaan (BA111), Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat (BA118), Diploma Pengajian Perbankan (BA119) dan Diploma Pengurusan Hotel (HM110).
Adik I pilih Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat sebab dia dah buat internship dekat office so ada lah pengalaman sikit dekat dalam bidang tu. Lepas selesai isi borang, tak lama lepastu seminar pun bermula. Lambat la sikit dari yang dijadualkan sebab isu tersalah alamat tu. Seminar tu cuma nak bagi penerangan tentang iCEPS, tempat belajar, tempat kediaman dan proses pembelajaran dekat sana.
First time tahu pasal program iCEPS ni walaupun I alumni UiTM. Syllabus pengajian sama dengan UiTM, surat tawaran pun dari UiTM even majlis grad pun dekat UiTM cuma tempat pengajian je dekat Seremban. Tak besar pun sebab ambil rumah kedai jadi kampus. Sebab tu juga la kot ada 6 kos sahaja yang iCEPS tawarkan.
Masa sesi soal jawab tu kitorang dapat tahu bila habis Diploma di iCEPS boleh buat transfer credit bila nak sambung Degree dekat UiTM. Kira macam okay lah sebab masih lagi di bawah UiTM even kampus dekat Seremban pun terletak dekat kawasan bandar. Tak susah lah kalau nak pergi melawat ataupun adik nak balik kampung.
A bit worried jugak masa tu sebab adik gagal subjek Math tapi pihak iCEPS kata boleh buat pra-Diploma dulu selama 6 bulan lepastu sambung Diploma yang dia nak. Dah selesai daftar dan bayar wang deposit, kitorang pun nak balik.
Tapi lepas 15 minit macam tu kena panggil balik sebab iCEPS tak lepas kelayakan untuk daftar masuk padahal awal tadi dah angguk beria kata boleh. Nasib baik lah iCEPS pulangkan wang deposit jadi tak ada lah rasa nak marah sangat walaupun dari awal pagi dah buang masa kitorang untuk rehat waktu cuti. Beria kesana kemari sudahnya tak dapat apa.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.