‘Pahabaq, Kedah!’, Sepahtu Reunion Live Tour Kembali Berjenaka

Friday 28 June 2024

‘Pahabaq, Kedah!’, Sepahtu Reunion Live Tour Kembali Berjenaka | Berlangsung pada 5 dan 6 Julai ini di Stadium Sultan Abdul Halim

Astro kembali menjelajah bersama Sepahtu, kumpulan pelawak popular kegemaran Malaysia, ke Alor Setar, Kedah dalam Sepahtu Reunion Live Tour 2024 pada 5 dan 6 Julai ini di Stadium Sultan Abdul Halim.

Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus telah berkecimpung dalam dunia komedi selama hampir sedekad sebagai Sepahtu dan sering menggegarkan industri ini di mana-mana sahaja mereka berada. Kejayaan penjelajahan mereka sebelum ini telah mendapat sorakan yang kuat serta reaksi yang memuaskan, sekaligus mencipta kumpulan peminat tegar yang sentiasa menantikan ketibaan mereka dengan sketsa yang baharu.

Menyahut permintaan para peminat yang ingin melihat mereka beraksi sekali lagi, Astro kini menyambung penjelajahan ini buat tahun yang ketiga selama dua hari bersama-sama dengan warga Kedah. Jelajah kali ini membawa tema dan jalan cerita baharu untuk menghiburkan para peminat di Kedah yang sentiasa memberi sokongan luar biasa, di samping mengekalkan elemen-elemen yang kelakar dan menyeronokkan.

Keistimewaan Sepahtu Reunion Live Tour adalah elemen interactive yang diterapkan bersama para penonton di lokasi, serta kehadiran rakan-rakan selebriti dan tetamu undangan misteri yang menjadi penantian para penonton pada setiap tahun. Namun pada penjelajahan kali ini, para penonton turut boleh meluangkan masa di acara Hello! Kedah Astro yang akan berlangsung di luar stadium pada 5 Julai dengan pelbagai keseronokan yang disediakan seperti Food Truck, persembahan Wayang Pacak, permainan dan banyak lagi sebelum rancangan Sepahtu Reunion Live bermula.

Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, berkata, “Setiap kali kami melakukan Sepahtu Reunion Live Tour, sorakan dan tepukan yang kami terima amat memberangsangkan. Reaksi sebegini sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama para peminat yang sentiasa menyokongSepahtu. Pada tahun ini, kami sekali lagi menyambung penjelahan ini untuk memberi peluang kepada para peminat di Kedah berjumpa dengan pelawak kegemaran mereka.

Berlangsung selama dua hari, kami ingin memberi peluang yang secukupnya kepada semua peminat untuk menyaksikan persembahan mereka yang penuh gelak tawa. Kami berharap para peminat teruja dengan sketsa-sketsa yang bakal dipersembahkan oleh mereka, serta penjelajahan-penjelajahan lain yang pastinya akan diumumkan kemudian di platform kami. Akhir kata, kami tidak sabar untuk berjumpa dengan anda semua di Kedah pada Julai ini”, tambah Norzeha. 

Para peminat yang ingin menonton Sepahtu secara LIVE di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my dengan harga diskaun eksklusif untuk kesemua Zon. Tiket VIP telah berjaya dijual habis dan tiket untuk zon lain sedang dijual dengan pantas (selling fast). Dapatkan tiket berserta diskaun ekslusif sementara masih ada!

Hello Kedah! Bersama Sepahtu

Sempena Sepahtu Reunion Live Tour 2024, Sepahtu juga akan membuat penampilan istimewa di acara Hello! Kedah yang akan berlangsung pada 5 Julai 2024 di lokasi yang sama. Melalui Hello Kedah!, para tetamu boleh bertemu dan berinteraksi dengan watak TV kegemaran mereka termasuk Sepahtu serta menikmati tawaran kandungan Astro yang meluas dan produk terkini Astro termasuk Ultra Box, Astro Fibre dan Astro GO secara langsung.

Sepahtu Reunion Live Tour 2024 turut akan ditayangkan secara langsung di Astro Warna (saluran 107) pada hari dan masa yang sama, serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.