Cast: Vicky Kaushal, Sara Ali Khan, Inaamulhaq, Sharib Hashmi, Kanupriya Pandit, Rakesh Bedi, Neeraj Sood, Akash Khurana
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios
Distributor: Pen Marudhar Cine Entertainment, JioCinema
Genre: Romantic / Comedy
Running Time: 132 minutes
Release Dates: 2 June 2023, 17 May 2024 (JioCinema)
Trailer:
Menggunakan tema skim perumahan Kerajaan, filem Zara Hatke Zara Bachke mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Kapil (Vicky Kaushal) dan Somya Chawla Dubey (Sara Ali Khan) yang tinggal di daerah Indore, India.
Sejak 6 bulan selepas kedatangan ibu bapa saudara Kapil ke rumah orang tuanya, dia dan isteri tidak dapat ruang untuk tidur dan tinggal dengan selesa. Hampir setiap malam juga mereka terpaksa tidur bersama Sajjan (Vivan Shah) dan mengganggu waktu bersama mereka. Somya juga menyampah sentiasa dipandang rendah oleh mak cik Kapil (Kanupriya Pandit) hanya kerana perbezaan kaum.
Satu hari Somya dapat tahu rakan sekerjanya dapat sebuah rumah menerusi skim perumahan Kerajaan. Disebabkan Somya dan Kapil tinggal bersama keluarga di rumah kepunyaan orang tua maka mereka tidak layak mendaftar skim perumahan tersebut.
Kerani Bhagwan Das (Inaamulhaq) yang cuba mengaut keuntungan dari skim tersebut cadangkan supaya Somya dan Kapil bercerai sehingga permohonan diluluskan. Selain dari bercerai, mereka berdua juga perlu membayar Rs400,000 secara tunai kepada kerani tersebut supaya nama Somya dapat dimasukkan dalam pemilihan seterusnya.
Awalnya Kapil tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana dia sayangkan Somya sejak dari hari pertama mereka bercinta. Namun kerana desakan Somya dia terpaksa menurut saja agar mereka berdua selesa hidup di rumah baru tanpa perlu tidur di lantai ruang tamu.
Naskhah romantik komedi arahan Laxman Utekar mempunyai skrip yang sederhana dengan lakonan yang berlebihan terutamanya pelakon sampingan. Komedi yang dimasukkan dalam beberapa babak pun over macam babak di mahkamah bila Manoj Bhagel (Himanshu Kohli) sengaja tinggikan suara supaya Hakim setuju dengan permintaan dia. Sama juga bila ketua penjaga, Daroga (Sharib Hashmi) tanya banyak soalan bila penyewa atau pelawat masuk ke apartment yang dijaga.
Bukan pertama kali filem Bollywood menjadi medium untuk menceritakan perihal skim yang dibawa Kerajaan. Filem Toilet: Ek Prem Katha (2017) atau Sui Dhaaga (2018) antara filem yang menggunakan tema yang sama namun mempunyai jalan cerita dan olahan yang menarik. Berbeza dengan Zara Hatke Zara Bachke hanya fokus pada kekecohan dan komedi yang berlebihan. Tak diceritakan apa kriteria yang diperlukan untuk memiliki rumah di bawah Skim Perumahan Kerajaan dan ulas lebih lanjut tentang skim tersebut.
Jalan cerita Zara Hatke Zara Bachke juga boleh diagak apa konfliknya selepas mereka berdua berjaya bercerai di mahkamah. Sama juga jalan penyelesaian oleh Somya dan Kapil buatkan separuh masa kedua terlihat bosan. Plot twist yang dimasukkan untuk meningkatkan elemen dramatic juga tak membantu kerana perangai watak tersebut menyakitkan hati dan tak layak mendapat simpati pun.
Nasib baik lah filem terbitan Maddock Films dan Jio Studios mempunyai himpunan lagu yang mengasyikkan hasil gubahan komposer duo, Sachin–Jigar. Lagu Tere Vaaste, Phir Aur Kya Chahiye dan Sanjha mempunyai lirik romantis dari Amitabh Bhattacharya memberi impak pada kehidupan Somya dan Kapil.
Pertama kali Vicky Kaushal digandingkan bersama Sara Ali Khan yang lebih muda dan baru dalam dunia lakonan. Banyak yang Sara belajar dari Vicky and yes, lakonan Sara improved dalam filem Zara Hatke Zara Bachke. Mungkin juga Sara selesa dalam karakter yang lantang dan banyak bercakap macam Somya sebab watak dia dalam Atrangi Re (2022) juga lebih kurang sama karakternya.
Filem Zara Hatke Zara Bachke boleh jadi naskhah yang sarat dengan mesej sosial yang berkisar tentang hidup bersama extended family tapi sebab penulis beria sangat nak masukkan elemen komedi dengan music background yang berlebihan, pengalaman menonton tu jadi tak berapa nak syok. But still, it’s a good one-time watch.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 5.8 /10
Sayang bila filem yang berpotensi tak jadi hanya kerana nak fokus pada elemen komedi.. Nasib baik lagu-lagu dia best.. sha cari lagu-lagu dia je lah.. kikiki
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Sayang bila filem yang berpotensi tak jadi hanya kerana nak fokus pada elemen komedi.. Nasib baik lagu-lagu dia best.. sha cari lagu-lagu dia je lah.. kikiki
ReplyDelete