Movie Review | Yesterday Once More (2023)

Wednesday, 26 June 2024


Director: Lin Hsiao Chien (also known as Gavin Lin)
Writers: Lv Anxian, Chen Peiwen
Cast: Chen Feiyu, Zhou Ye, Zhao Xiaotang, Sun Tianyu, Fu Bohan
Production Company: Wanda Pictures (Qingdao)
Distributor: CMC Pictures, Amazon Prime Video
Genre: Romance / Fantasy
Running Time: 99 minutes
Release Dates: 28 April 2023, 5 May 2023 (United States), 11 May 2023 (Singapore)
Trailer :


Gu Yuxuan (Fu Bohan) sambut ulangtahun seorang diri di kawasan belakang rumah kemudian dihampiri oleh seorang budak perempuan yang sebaya dengannya. Walaupun cuma sekejap sudah cukup untuk buat Yuxuan bahagia kerana dia sunyi setelah kematian ibunya (Sui Jin) akibat sakit kronik. Ayahnya (Yang Zihua) pula bertukar abusive dan kaki mabuk. Tak lama kemudian budak perempuan tersebut pindah tanpa sebarang pesan. 

Menginjak ke usia 20 tahun, Yuxuan (Chen Feiyu) menjadi pengapit untuk rakan baiknya, Teddy (Sun Tianyu) yang bakal mendirikan rumah tangan dengan influencer cantik bernama Olivia (Zhao Xiaotang). Sebelum majlis bermula, dia diminta untuk menolong pembuat kek baiki keknya yang rosak. Yuxuan syak wanita tersebut adalah budak perempuan yang muncul 15 tahun lepas dan sangkaannya tepat. 


Tak ambil masa yang lama untuk Yuxuan melamar Shuyan (Zhou Ye) menjadi teman wanita dan tinggal bersama. Bukan saja serasi malah ada banyak persamaan antara mereka berdua buatkan Yuxuan berani ambil keputusan tersebut secara drastik. 

Namun ujian menimpa pasangan tersebut bila Shuyuan kemalangan lalu meninggal dunia. Sebelum kemalangan tersebut Shuyuan berjumpa dengan diri dia dari masa hadapan dalam keadaan yang muram dan kemurungan kerana hidup tanpa Shuyuan di sisi. Pulang ke rumah, Yuxuan nyalakan lilin dan buat permintaan supaya dapat berjumpa dengan Shuyuan. Keesokan harinya, dia terjaga dari tidur dan hidup dalam hari yang sama dengan semalamnya. 


Naskhah time travel arahan Gavin Lin tidak banyak beza dengan naskhah time travel yang lain namun malangnya takdir yang telah ditetapkan tak dapat diubah kerana ajal Shuyuan tetap sama. Masa perjumpaan dengan Yuxuan dari masa hadapan pun dia dah bagitahu Yuxuan cuma dapat ubah cara dia layan Shuyuan sementara ada peluang. 

“Maybe what will happen was destined earlier.” - Yuxuan


Walaupun filem Yesterday Once More menggunakan genre romantik drama tapi pace filem bergerak dengan laju dengan jalan cerita yang mudah difahami. Sinematografi dari Liu Fan menjadikan kebanyakan babak romantik tampah hidup di samping kekuatan chemistry Chen Feiyu dan Zhou Ye. Warna dan grading tone yang tepat dengan menggunakan elemen warm tone untuk menaikkan rasa selesa dan hangat walaupun berlatarkan musim sejuk. 

Sembang bab lakonan kedua-dua pelakon utama deliver watak dengan baik walaupun perlukan improvement untuk babak dramatik. Tak lah teruk mana sebab filem Yesterday Once More pun bersifat santai dan mempunyai faktor lain untuk mengukuhkan penceritaan. Watak-watak sampingan seperti Olivia dan Teddy tak banyak membantu watak utama sebab tak diberi ruang yang banyak. 


First half filem Yesterday Once More terbitan Wanda Pictures bergerak dengan bagus sebab kita baru nak tahu tentang time travel yang dialami oleh Yuxuan dan macam mana dia nak ubah nasib Shuyuan. Harapan untuk happy ending tu kuat sangat tapi bila masuk peluang ketiga dah mula geram sebab kemalangan tu boleh dielak. 

Kalau ikutkan mesej sosial yang dimasukkan oleh penulis agak kuat sebenarnya untuk buatkan naskhah ni lebih padu bila menceritakan bagaimana membesar dalam persekitaran teruk akan beri kesan bila dewasa terutamanya relationship. Tapi itu lah, penulis tak kembangkan sangat dan buat watak Yuxuan nampak pasif sedangkan dia takut hubungan dengan Shuyuan rosak gara-gara dosa bapa dia.

 
Apa pun, naskhah romantik Yesterday Once More ni layak ditonton walaupun sekali untuk peminat kisah romantik yang bertemakan time travel. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.