Filem thriller arahan Park Hee-kon mengisahkan tentang Soo-hyun (Shin Hae-sun) yang diancam bahaya setelah membeli barangan terpakai di platform atas talian. Soo-hyun berasa berang setelah mesin basuh yang dibelinya tidak boleh dipakai. Dia mencari penjual barang tersebut setelah akaun ditutup dan usahanya berhasil. Setelah meninggalkan beberapa komen kepada pembeli lain supaya tidak tertipu dengan scammer tersebut, Soo-hyun mula diganggu di alam nyata.
Setiap hari Soo-hyun akan diganggu oleh nombor tak dikenali sehingga menganggu rutin hariannya. Soo-hyun malah mendapat tempahan makanan yang dipesan menggunakan namanya. Rumahnya juga dilawat oleh lelaki miang yang perlukan khidmat pelacur di tengah malam. Sehingga lah individu tersebut mula memeras ugut dengan jumlah wang yang besar.
Soo-hyun melakukan laporan polis namun pihak polis tidak dapat membantu banyak selain minta Soo-hyun untuk bertenang sehingga keadaan reda. Sebarang provokasi dari Soo-hyun cuma akan meningkatkan lagi gangguan kerana tiada sebarang maklumat yang jelas tentang individu tersebut.
‘They pull these tricks. They do this to make you give up. Why do you incite him instead of waiting?’ - Detective Na
Tanpa pengetahuan Soo-hyun pemilik akaun tersebut merupakan pembunuh psiko yang pecah masuk ke rumah mangsa dan bunuh tanpa belas. Detektif Joo Cheol-ho (Kim sung-kyun) dan Detektif Na Seung-hyun (Kang Tae-oh) ditugaskan untuk menangkap pembunuh tersebut.
Filem thriller yang ditulis oleh Park Hee-Kon dan Kim Dong-Hoo benar-benar mengerikan dari cara pembunuh menganggu mangsa atau membunuh. Tak banyak screentime atau ruang yang diberikan pada antagonis tapi kreatifnya pengarah berikan fokus kepada watak Soo-hyun yang mulanya berani dan baran hingga bertukar risau akan keselamatan diri. Perubahan karakter yang terjadi pada Soo-hyun relatable juga lah dengan kehidupan seharian kita, sebab tu mudah untuk rasa takut bila watak Soo-hyun mula diserang.
Platform jual beli barang terpakai bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan kita jadi bila penulis masukkan risiko dan bahaya dari kaedah pembelian ni buatkan kita berfikir banyak kali untuk pilih barang terpakai. Kalau sebelum ni banyak dari genre seram, kali ni genre thriller pula. Tapi kalau ikutkan pun, barang elektronik tak payah lah beli second hand sebab material dia tak tahan lama pun. Macam dalam filem Target: Don’t Buy the Seller ni, mesin basuh senang sangat rosak sebab jangka hayat motor pun pendek, lebih kurang dalam 5 tahun. Kalau rajin guna lagi cepat dia rosak. Di zaman kapitalis, tak ada barang yang boleh tahan lama sebab memang kualiti dibikin berdasarkan sistem keuntungan bukannya dari perspektif pengguna.
Filem Target: Don’t Buy the Seller terbitan Studio Pieona menggunakan khidmat sinematografi dari Baek Yoon-Seok yang menggunakan teknik kamera dengan bagus. Close-up dipilih untuk menggambarkan riak muka Soo-hyun setiap kali diganggu dan hampir dibunuh oleh watak antagonis. Baek Yoon-seok juga kreatif menggunakan pencahayaan dan medium melalui props untuk menggambarkan situasi dengan cemerlang.
Naskhah yang diadaptsikan secara longgar dari kes jenayah yang berlaku di Korea Selatan dan pernah ditayangkan dalam siasatan jurnalis dalam ‘Unanswered Questions” mempunyai pace yang sederhana untuk beri ruang kepada elemen saspens dan thriller menggerakkan cerita dengan baik. Tak banyak sangat screentime yang diberikan kepada pihak luar seperti dua detektif yang menyiasat kes Soo-hyun sebab pengarah nak penonton hidup dalam dunia mangsa.
Walaupun ada beberapa kelemahan dalam filem Target: Don’t Buy the Seller yang berdurasi selama 101 minit tapi boleh tahan lah sebagai naskhah thriller yang menggerunkan.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.9/10
Tak mampu lagi nak tengok.. huhuhu..
ReplyDelete