Movie Review | Maharaj (2024)

Sunday, 30 June 2024


Director: Malhotra P. Siddharth
Writers: Sneha Desai, Vipul Mehta, Kausar Munir
Cast: Junaid Khan, Sharvari Wagh, Jaideep Ahlawat, Shalini Pandey
Production Companies: Safe Passage Pictures, Yash Raj Films
Distributor: Netflix
Genre: Drama
Running Time: 131 minutes
Release Dates: 21 June 2024
Trailer:


Filem Maharaj mengisahkan tentang Karsan Das Mulji (Junaid Khan) yang baru saja pulang dari Bombay setelah tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang guru. Minatnya dalam bidang penulisan digunakan untuk mengutarakan masalah-masalah sosial yang berlaku di Gujrat pada ketika itu. Awalnya Karsan menulis untuk sebuah syarikat akhbar namun apabila artikel tentang penganiyaan yang dilakukan oleh Jadunathji Brijratanji Maharaj (Jaideep Ahlawat) ditolak, Karsan memilih untuk buka syarikat akhbar sendiri iaitu Satya Prakash.

Jadunath a.k.a JJ memperdaya kaum wanita yang dihantar oleh keluarga dengan meniduri mereka atas alasan mendapatkan rahmat dari Dewa Krishna. Masyarakat di situ percaya sekiranya ritual tersebut dilakukan, keluarga mereka akan terjamin di dunia dan akhirat. JJ bukan saja dikhabarkan mempunyai keturunan dewa malah dengan pemeritahannya, daerah tersebut semakin maju dan berkembang. JJ juga mempunyai hubungan diplomatic yang erat dengan pihak British.


‘I’m responsible for maintaining the balance and harmony in society. Anyone disturbing that balance needs to be punished. Otherwise, every commoner will treat Haveli as a spittoon to be spat in.’ - JJ

Karsan Das cuma seorang manusia biasa dan lahir dari kasta rendah. Kerana ilmu yang dipelajari, dia cuba mengubah pemikiran dan gaya hidup masyarakat di situ. Karsan Das yang berfikiran liberal dan sakit hati dengan kerelaan tunangnya, Kishori (Shalini Pandey) bertindak untuk putuskan pertunangan mereka. Akibatnya, dia dibuang oleh keluarga. 


Namun perjuangan dia disokong oleh Saurabhji (Viraf Patel) dan Viraaj (Sharvari Wagh). Pelbagai cara yang dilakukan oleh Karsan Das dihalang oleh JJ sehingga notis tuntutan saman dikeluarkan lalu dibicarakan di mahkamah. 

Filem terbitan Yash Raj Films menjadi debut platform kepada anak sulung Aamir Khan, Junaid Khan. Sebelum ni Junaid fokus dengan lakonan teater tapi tak sangka pula dia minat untuk berlakon filem. Nampak ketara perubahan dia bila turun berat untuk lakonkan watak Karsan Das. Lakonan Junaid tak lah cemerlang tapi tak juga teruk kalau nak dibandingkan dengan pelakon baru yang lain. Ada beberapa babak dia nampak tenggelam dengan Sharvari Wagh dan Shalini Pandey tapi kebanyakan masanya dia deliver watak Karsan yang lantang bersuara, berani dan bijaksana dengan bagus tanpa rasa kekok. 


Kalau nepo babies yang lain pilih untuk berlakon dalam filem aksi dan romantik, Junaid bagi impression yang bagus dengan berlakon dalam filem drama bersejarah yang diadaptasikan dari kisah benar sepertimana tercatit di dalam novel karya nukilan Saurabh Shah. Junaid rendah diri bagitahu media yang dia tak sesuai berlakon dalam romantic movies tapi babak romantik Karsan Das dengan Kishori atau Viraaj terlihat menjadi. Bukan fizikal yang jadi taruhan dalam filem romantik tapi chemistry dan skrip yang bagus. Muka Junaid bila dah kurus pun ada iras Sunny Singh. Kalau Sunny boleh dapat movie offer yang banyak, Junaid pun boleh la kan?

Sinematografi dari Rajeev Ravi menggambarkan keadaan kota Gujrat pada kurun ke-19 dengan baik walaupun ada beberapa latar tempat terlihat seperti di dalam studio. Haveli yang menjadi tempat masyarakat di situ beribadah digambarkan secara mewah sesuai dengan karakter JJ. Lakonan Jaideep Ahlawat sebagai JJ tak kurang hebat juga dalam Maharaj cuma dia tak dapat banyak dialog yang kuat. Pertembungan antara JJ dan Karsan Das pun tak banyak terutamanya babak di kamar mahkamah. 


Memandangkan filem Maharaj bergenre drama jadi perbicaraan mereka tak ambil banyak screentime tapi penulis dan pengarah lebih fokus pada dialog preachy Karsan Das untuk selamatkan masyarakat di situ. Template film Maharaj tak lari jauh dari filem sosial yang diterbitkan di Bollywood tapi not bad lah untuk ambil tahu bagaimana masyarakat dimanipulasi oleh susuk figura yang dihormati. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.2/10

2 comments

  1. Tengah tgk. Baca sinopsis mcmenarik

    ReplyDelete
  2. Selalu je masyarakat dimanipulasi.. Mana yang terpengaruh memang nayalah..
    Menarik juga tema filem ini..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.