Movie Review | Crew (2024)

Sunday, 16 June 2024


Director: Rajesh A Krishnan
Writers: Nidhi Mehra, Mehul Suri
Cast: Tabu, Kareena Kapoor Khan, Kriti Sanon, Diljit Dosanjh, Kapil Sharma, Kulbhushan Kharbanda, Rajesh Sharma
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Anil Kapoor Films & Communication Network
Distributor: Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 118 minutes
Release Date: 29 March 2024
Trailer :


Geeta Sethi (Tabu), Jasmine Kohli (Kareena Kapoor Khan) dan Divya Rana (Kriti Sanon) merupakan pramugari Kohinoor Airlines di Mumbai, India. Sudah beberapa bulan majikan mereka tidak membayar gaji kerana masalah kewangan yang menyebabkan syarikat tersebut hampir muflis. Semua pekerja bertahan kerana elaun penerbangan yang masih lagi berjalan setiap kali mereka melakukan penerbangan luar negara. 

Geeta memerlukan wang kerana adik lelaki dan isterinya tidak bekerja sementara suaminya cuma mengendalikan bisnes luncbox secara kecil-kecilan. Jasmine pula mempunyai tabiat suka berbelanja mewah sehinggakan sanggup menggunakan barang tiruan untuk nampak mewah di mata orang. Divya pula terpaksa menipu keluarganya kerana tiada kekosongan untuk jawatan juruterbang. 


Satu hari ketua pramugara, Rajvanshi meninggal ketika bertugas kerana sakit jantung. Mereka bertiga yang panik semakin terkejut bila dapat tahu di bahagian badan lelaki tua tersebut mempunyai banyak jongkong emas yang cuba diseludup ke negara Al Burj yang terletak di Timur Tengah. 

Jasmine dapat tahu rutin Rajvanshi yang disimpan melalui telefon bimbitnya. Dari situ mereka dapat tahu siapa yang mengarahkan Rajvanshi menyeludup emas ke Dubai lalu mereka juga approach untuk dapat job yang sama. Kehidupan mereka bertukar sepenuhnya setelah terlibat dalam kegiatan menyeludup emas ke luar negara. 


Filem Crew arahan Rajesh A Krishnan diterbitkan di bawah kerjasama ekta Kapoor, Rhea Kapoor dan Anil Kapoor mempunyai plot utama yang diadaptasi secara longgar dari kes jenayah sebenar yang berlaku pada Kingfisher Airlines kepunyaan Vijay Mallya pada tahun 2012. Vijay Mallya antara business tycoon di India, anak dia, Siddharth Mallya pernah bercinta dengan Deepika Padukone, salah seorang model dan duta untuk Kingfisher. 

Jalan cerita Crew mengangkat cabaran dalam kerjaya sebagai pramugari selain terlihat cantik dan elegan sepanjang penerbangan. Masalah sexual harassment juga dimasukkan supaya kerjaya pramugari terlihat mempunyai risikonya tersendiri. Jalan cerita semakin menarik bila trio ni terlibat dalam aktiviti penyeludupan. 


Pertama kali dapat tengok barisan pelakon yang menggabungkan pelakon wanita berusia 50 tahun, 40 tahun dan juga 30 tahun sebagai watak utama. Filem yang diadun dalam template komedi juga menghiburkan dan bersahaja. Kebanyakan masanya gelagat Tabu dan Bebo yang banyak mainkan peranan sementara Kriti Sanon cuma jadi cantik dari awal hingga ke hujung filem. Chemistry Kriti dengan Diljit pun sekadar melengkapkan kehedak cerita saja. 

Uniknya Tabu berlakon sebagai isteri kepada Kapil Sharma yang 10 tahun lagi muda dari dia tapi dalam filem ni nampak mereka berdua serasi bersama. Mungkin juga sebab Kapil berjambang dan ada perwatakan lelaki berusia untuk watak Arun Sethi. 


Sembang pasal filem Rhea Kapoor memang tak akan lari jauh dengan fashion style yang menggugat. Walaupun mempunyai pelakon-pelakon yang berusia tapi tak menghalang Tabu dan Bebo terlihat cantik onscreen dalam persalinan yang ranggi dan stylish. Lagu Naina dan Choli Ke Peeche dari Diljit Dosanjh dan Badshah menguatkan lagi impak lakonan mereka bertiga. 



Ada beberapa babak yang relatable dengan kehidupan marhaen macam babak Geeta minum kopi dekat hotel semasa mengintip Manoj Mittal (Rajesh Sharma) dan Vijay Walia (Saswata Chatterjee) di Dubai. Ada juga babak komedi yang terlihat hambar. Babak heist di hujung cerita pun nampak too good to be true juga. Kalau pengarah tak masukkan unsur komedi sangat mungkin lagi seronok untuk ditonton tapi kalau cerita asal pun tak ada harapan, baik masukkan unsur fiksyen kan?

Filem Crew ni one time watch je tapi berbaloi lah untuk tontonan santai seisi keluarga. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 7.7/10

2 comments

  1. Lepas baca review Farhana ni, rasa macam nak tgk pula filem ini.. tq review farhana..

    ReplyDelete
  2. Saya memang dah niat nak nonton ini 😄. Lihat trailer nya pun menarik. Sukaaa dengan cerita2 yg bertema cabin crew begini

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.