Last Day Chambering & Birthday Yun

Sunday, 9 June 2024


Yun antara chambee yang dapat retain offer dekat RRM so sebelum dia start sebagai legal associate dekat sini, dia apply cuti 3 minggu. Awal tu nak minta dua minggu je tapi sebab Raya Haji bakal menyusul, dia minta cuti panjang sikit lah. 

Kitorang tak plan nak buat makan-makan pun tapi Yun insist nak bawa nasi dagang dari Bahau sebagai tanda terima kasih untuk semua yang bantu dia masa chambering. Dah ada makan-makan takkan lah tak ada desserts kan? 




Kak Ida order pavlova dari kawan dia dekat Setapak, Rina dengan Atie beli kek coklat dekat bakery. Kek coklat style ni pernah viral dulu kan? Yang jenis tuang coklat sampai melimpah tu. Ada Nutella Chocolate Pod jugak. 



Banyak jugak lah Nasi Dagang yang Yun bawak ni tapi lambat lah dapat makan sebab dia menyinggah ke mahkamah dulu. Kuah masak lemak ikan tu sedap tapi sikit pulak so dapat sikit je. Datuk tak dapat join masa ni sebab dia ada meeting tapi dia minta simpankan sikit untuk dia rasa. 




Lepas dah kenyang makan nasi, semua dah ready nak makan kek birthday Yun sebab chocolate dia menggoda. Yang makan dah berkumpul depan kek, yang nak potong tu tak ready lagi sebab busy dengan discussion. 





Sebab semua dah tak menyabar, Rina tolong tuangkan untuk birthday girl. Bukan Yun je first time makan chocolate cake melimpah macam ni, I pun tak pernah lagi so kita biar yang pakar je setup semua benda.






Lama jugak lah nak potong keknya sebab ada banyak videographer majlis. Masa makan kek tu semua diam, senyap sunyi. Bila tanya kenapa rupanya kek tu rasa sabun. Mungkin ada ingredients yang dekat dengan sabun so dia absorp rasa tu? Entahlah yang pastinya semua bagi testimoni rasa sabun. 


Ada satu lagi dessert yang bakery bagi free dekat Rina masa tu tapi tak ingat nama dia apa. Sedap lah tapi I tak berapa gemar dengan cream cheese. Dia letak banyak nak mampuih, satu bite pun dah cukup supaya tekak tak kembang.

Anyway, happy birthday Yun! Terima kasih bawa Nasi Dagang dari Bahau and terima kasih juga belanja kitorang makan. Get enough rest sebelum gear up sebagai legal associate nanti. Have a fun holiday with fam!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.