Drama Review | My Demon (2023)

Sunday, 16 June 2024


Directors: Kim Jang-han, Kwon Da-som
Writer: Choi Ah-il
Cast : Kim Yoo-jung, Song Kang, Lee Sang-yi, Kim Hae-sook, Jo Hye-joo, Heo Jeong-do, Seo Jeong-yeon, Cha Chung-wa, Kim Tae-hoon, Lee Yoon-ji, Jo Yeon-hee, Kang Seung-ho, Park Do-yoon, Kang Da-on
Production Companies: Studio S, Binge Works
Distributors: SBS TV, Netflix
Genre : Fantasy / Romantic comedy / Drama
Running Episodes: 16 episodes (66 minutes per episode)
Release Date: 24 November 2023 – 20 January 2024
Trailer :


Do Do-hee (Kim Yoo-jung) berjumpa dengan Jeong Gu-won (Song Kang) secara tak sengaja di sebuah restoran. Do-hee sangka Gu-won adalah lelaki yang diaturkan oleh penjaganya, Madam Ju (Kim Hae-sook) untuk blind date. Walaupun jejaka tersebut kacak dan maskulin tapi sombong dan kurang ajar. Do-hee cuma perlu bertahan selama 30 minit di situ supaya Madam Ju tak salahkan dia sekiranya blind date tersebut gagal. 

Madam Ju minta Do-hee segera mencari pasangan hidup sebelum dia meninggal akibat penyakit tua. Kerana kerjayanya sebagai CEO Mirae F&B, anak angkat chaebol Mirae Group tersebut tak punya banyak masa dan tak berminat untuk bercinta. Sehinggalah beberapa kali bertemu dengan Gu-won secara tak sengaja. Anehnya Gu-won juga selamatkan dia dari pelbagai ancaman luar dan Do-hee tebalkan muka melamar Gu-won. 


Awalnya Do-hee anggap Gu-won bergurau tentang identiti sebenar iaitu syaitan yang kehilangan kuasa tapi setelah beberapa kali perkara ajaib berlaku, Do-hee mula terima perkara tersebut. Dalam masa yang sama, sepupunya, Jeo Seok-hoon (Lee Sang-yi) yang menaruh perasaan kepada Do-hee cari jalan supaya Gu-won pergi dari hidup Do-hee. 

Naskhah romantik komedi My Demon arahan Kim Jang-han dan Kwon Da-som adalah drama tipikal percintaan dua makhluk yang mempunyai pertalian di masa silam dan bersatu kembali selepas 200 tahun kemudian. Jalan cerita My Demon lebih kurang sama dengan drama  Destined With You (2023) atau  See You in My 19th Life (2023). I tak petik Goblin sebab dah tak ingat jalan cerita macam mana tapi ada lah juga reference dari drama tu. 


Drama ni tipikal sebab tak ada apa yang istimewa pun bercinta dengan syaitan, keluar makan, pergi dating dekat Han River, decorate pokok Krismas, dapat bunga dan perkara tipikal yang lain. Dalam drama ni Gu-won menyampah dengan vampires tapi Damon Salvatore dengan Stefan Salvatore did pretty great job to convince us vampires are better than human. 

Tak ada masalah pun untuk watak Gu-won sombong, angkuh dan kurang ajar sebab dalam kitab memang syaitan adalah makhluk yang ego dan narsistik tapi Gu-won bukan seorang yang manipulatif dan suka memperdayakan manusia. Watak fiksyen Damon Salvatore jauh lebih bagus dalam permainkan emosi penonton untuk setia dengan dia selama 7 musim. Tak banyak hitam atau putih, semedang grey. 


Merepek juga lah bila Gu-won clueless nak cari mangsa untuk strike deal supaya dia tak terbakar dekat neraka gara-gara tak cukup mangsa. Bandar Seoul ada ramai orang yang putus asa dengan hidup sebab suicide rate tinggi, kalau setakat nak tampak hero di mata Do-hee pergi je lah kelab malam Wild Dogs, dekat situ bersepah taik judi dan kaki mabuk. Setakat nak trade nyawa dengan hidup kaya selama 10 tahun tu tak ada masalah langsung. Kalau Seoul tak ada, dekat Lembah Klang pun banyak. Apooooo!

Episod-episod awal seronok juga la nak layan sebab ada misteri dengan kehadiran pembunuh upahan yang sakit jiwa tapi bila dah menuju ke hujung drama, plot My Demon semakin longgar. Bila Tuhan (Cha Chung-wa) muncul pun tak membantu. Boleh pulak Tuhan terkejut syaitan dengan iblis boleh ubah nasib bersama. Kau dah kenapa? Patutnya tak payah ada pun tak apa watak ni. 


Makin bertambah merepek plot My Demon bila Do Do-hee terkejut tengok cara suami dia bekerja. Dia ingat syaitan baik ke? Lepastu dia masuk dalam fasa kemurungan kemudiannya bertambah murung bila Gu-won pilih untuk jauhkan diri supaya Do-hee tak bertambah sakit. Watak Do-hee sama dengan Elena, annoying. 

Tak cukup dengan tu, penulis masukkan pula plot Do-hee selamatkan Gu-won daripada kena tembak dengan antagonis. I faham cinta buatkan manusia jadi bodoh tapi jangan lah bodoh sangat sebab suami dia ada superpower. Patutnya Gu-won protect Do-hee sebab tubuh manusia ni fragile, kena peluru boleh bawa maut. Dah bertambah satu episod lagi Do-hee murung padahal tengok drama ni sebab Song Kang.


Watak Gu-won bukan saja ada superpower, dia juga ada manual DEMON supaya dia tak lupa rules sebagai syaitan. Kelakarnya dia simpan dalam peti besi yang password boleh diteka oleh pengurus dia, Mr. Park Bok-gyu (Heo Jeong-do). Manual tu juga dicuri oleh pembunuh sebab sesiapa pun boleh masuk dalam bilik syaitan. Walaupun manual ni tebal tapi tak ada pun info tentang kuasa syaitan berpindah kepada manusia. Tuhan pun clueless. Paderi Michael (Seo Sang-won) yang holier than thou pun tak tahu. 

Anyway, I berjaya habiskan My Demon sebab SONG KANG kacak teruk dalam drama ni. Dia serve visual je dari awal sampai habis. Chemistry Song Kang dengan Kim Yoo-jung pun awwdorable juga sebab tu lah babak romantik menjadi. Bersyukur juga lah Song Kang berlakon dalam My Demon sebab dalam naskhah ni je nampak Song Kang bahagia sampai berseri muka dari jauh. 



OST drama My Demon ada himpunan lagu yang menghantui juga macam True dan Whenever, Wherever untuk jadi sinergi kukuh kepada sinematografi yang menggunakan panorama indah. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.3/10

4 comments

  1. Banyak je lagi movie yang belum sempat nak tengok. Alaaa. Taksempat laaa. Hihi

    ReplyDelete
  2. Song Kang nampak hensem sangat dalam drama ni tapi i tak berjaya habiskan citer ni..hahaha

    ReplyDelete
  3. masih tak mampu nak tengok drama ini walaupun song kang handsome.. kikikiki..

    ReplyDelete
  4. Saya dah selesai juga nonton ini. Terbantu Krn song kang, kalo tak, mungkin tak akan habis 😅. Yg tak paham, di cerita disebut demon akan terbakar kalo dia membunuh manusia. Tapi kenapa saat guwon menembak penjahat tu dan tak sampai membunuh si penjahat, dia tetap terbakar ya? Kan tak mati lagi.

    Memang banyak alur lemah di cerita ini. Tapi dahlaah.. memang jenis tontonan yg tak payah pikir, kita nikmati saja ketampanan wajah song kang 😄😄

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.