Drama Review | Lovely Runner (2024)

Thursday, 27 June 2024


Directors:  Yoon Jong-ho, Kim Tae-yeop
Writer: Lee Shi-eun
Cast: Byeon Woo-seok, Kim Hye-yoon, Song Geon-hee, Lee Seung-hyub, Jung Young-joo, Song Ji-ho, Seo Hye-won, Han Chang-hyun, Kim Won-hae, Heo Hyeong-gyu, Moon Xion, Yang Hyuk, Ahn Sang-woo, Park Yoon-hee, Kim Soo-Oh
Production Company: Bon Factory
Distributors: tvN, VIU, TVING, Vidio (Indonesia), U-NEXT (Japan), Viki
Genre: Drama / Romance / Science Fiction
Episodes: 16 episodes (70 minutes per episode) 
Release Date: 8 April 2024 – 28 May 2024
Trailer : 


Drama yang diadaptasikan dari webtoon berjudul Tomorrow's Best hasil karya ilustrasi Doong Doong mengisahkan tentang Im Sol (Kim Hye-yoon) yang diberi peluang untuk kembali ke masa lalu untuk menyelamatkan vokalis band Eclipse yang terkenal, Ryu sun-jae (Byeon Woo-seok). 

Sun-jae bukanlah orang asing dalam hidup Sol tapi disebabkan zaman remaja dia banyak dihabiskan kepada Kim Tae-sung (Song Geon-hee), kehadiran Sun-jae tak pernah diendahkan pun walhal berjiran. Gara-gara insiden dilanggar oleh sebuah teksi hingga tercampak ke dalam sungai, Sol disahkan lumpuh lalu hidup dalam kemurungan. 


Banyak benda yang Sol dapat ubah bila dia pulang ke masa lalu. Dari situ baru dia tahu yang Sun-jae sudah lama simpan perasaan terhadap Sol. Dia juga tahu tentang pembunuh bersiri yang menjadi punca kemalangan dia 15 tahun lepas. 

Berbeza dari naskhah time-travel yang lain, Sol tak dibenarkan bercerita tentang masa depan. Setiap kali dia bagitahu tentang fakta atau peristiwa di masa depan, masa akan berhenti. Sebolehnya Sol guna hints supaya pihak polis atau orang sekeliling percaya dengan cerita dia. 


Drama Lovely Runner menampilkan Byeon Woo-seok sebagai pelakon utama dan pemilihan tersebut mencuri tumpuan ramai selepas sad ending dalam drama Strong Girl Nam-soon (2023). I absolutely love the pairing sebab chemistry Kim Hye-yoon dengan Byeon Woo-seok menjadi. Nampak comel sangat bila masuk babak romantik diorang berdua. Vibe drama ni pun sama macam Extraordinary You (2019), jenis yang dreamy dan romantik jadi mudah sangat untuk masuk dalam dunia Im sol. 

Selain sinematografi yang mengasyikkan dari Yoon Dae-young, Jeon Hyun-suk, Shin Gi-chang dan Park Min-hyun, himpunan lagu romantik dari Kim Jung-ha dan Choi In-young menguatkan lagi sutradara pengarah untuk mencipta suasana romantis percintaan remaja. Dalam drama ni tak lah cringe sangat sebab masing-masing ada hala tuju dalam hidup. Watak Im Sol pun datang dalam usia yang matang jadi babak percintaan tu terasa macam comfort scenes. 


Memandangkan Lovely Runner menggunakan dua latar masa yang berbeza, setting untuk tahun 2008 banyak menggunakan props pada zaman tu. Penggunaan warna pada musim panas juga banyak memainkan peranan untuk wujudkan visual language yang cemerlang. Sama mcam A Time Called You yang guna pemain kaset, Lovely Runner pun guna jam tangan Casio sebagai perantara. Babak payung kuning sebagai simbolik kebahagiaan dalam hidup Sun-jae dan Im Sol. Lepas ni kalau nampak payung kuning memang akan teringat Lovely Runner dan Sudden Shower. 

Tak payah tanya lah lagu mana yang paling best sebab top tier mesti lah Sudden Shower, nak pula bila Byeon Woo-seok sendiri yang nyanyi lagu tu. Lirik membuai perasaan, tepat dengan situasi Sun-jae dengan Im Sol. My second favourite is Run Run sebab teknik nyanyian Byeon Woo-seok ada guna vibrato dekat pre-chorus. I memang mudah cair ye kalau penyanyi guna vibrato ni tapi tengok jugak lah suara macam mana hshshs



Now let’s talk about why I would give a low rating for Lovely Runner. No hate for the cast because they have done a wonderful job especially Byeon Woo-seok. Jalan cerita Lovely Runner arahan Yoon Jong-ho dan Kim Tae-yeop fokus pada genre romantik, komedi dan sampingan pada genre thriller dan misteri dengan kehadiran pembunuh bersiri. 

Plot balik ke masa lepas untuk selamatkan orang tersayang dari dibunuh pembunuh bersiri sama macam plot dalam drama A Time Called You (2019). Bezanya, olahan drama tu lebih bagus dari Lovely Runner. Faham bila penulis tak nak fokus sangat dengan elemen misteri tapi tak faham kenapa Im Sol tak mampu jadi bijak. 


Dua kali dia dapat peluang untuk selamatkan Sun-jae tapi Sol tetap buat keputusan bodoh terutamanya dekat Busan. Merepek sangat bila dia tunggu pembunuh datang sedangkan dah dapat bayangan tempat, masa dan macam mana pembunuh akan serang. Dia nak tangkap pembunuh pun tak ada strategi, semata bergantung harap jadikan diri sebagai umpan dan menjerit panggil Detektif Kim (Park Yoon-hee). Katakan lah Detektif Kim meninggal dalam operasi tu, dia tak rasa bersalah ke dengan Kim Tae-sung?
 
Im Sol ada kelebihan hentikan masa bila kembali ke masa lalu tapi kenapa dia tak guna kuasa dia bila kena serang dengan pembunuh bersiri? Perlu ke dia tunggu Sun-jae datang selamatkan? Misi dia nak selamatkan Sun-jae dari bahaya tapi dia selalu letak diri dia dan Sun-jae dalam bahaya. Jadi sasaran untuk pembunuh bersiri pun tak inform keluarga sampai ahli keluarga mudah sangat bagi alamat dekat orang asing. 


Tak pasti lah penulis Lovely Runner adalah penulis muda ataupun amatur tapi dia tak kembangkan pun watak-watak polis. Kenapa Detektif Kim percaya dengan cerita Im Sol sampai bagi maklumat tanpa report ke balai dulu. Polis nampak lemah sangat dalam drama ni sebab bergerak mengikut tahap pemikiran Im Sol. Dekat Ep 9 tu cerita dah mula longgar sampai dah tak seronok nak tengok. Plot pun berulang gara-gara nak penuhkan kuota 16 episod. 

Dalam drama Lovely Runner ada banyak watak sampingan tapi kebanyakannya tak dapat screentime yang mencukupi untuk menyokong plot utama. Jangankan watak detektif, band Eclipse sendiri pun tak diperkenalkan. At least masukkan lah juga life Eclipse sejak zaman debut sampai popular sebab lagu-lagu band tu pun banyak yang best. 


Anyway, drama Lovely Runner not bad lah untuk tontonan santai atau jamah mata tengok Byeon Woo-seok.

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.4 = 5.9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.