Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

Monday, 20 May 2024

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma | Nikmati Pemulangan ‘Ubah Fikiran’ dan Pelbagai Pilihan Cara Pemulangan untuk Kemudahan Maksimum

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan, baru-baru ini telah meningkatkan pengalaman pengguna dengan pelancaran program ‘15 Hari Pemulangan Percuma’. Inisiatif ini yang diperkenalkan pada 19 Mac 2024, menawarkan fleksibiliti maksimum dan menjana kepercayaan lebih baik tentang pembelian dalam talian. Dengan program ini, pengguna mempunyai kebebasan untuk memulangkan barangan yang layak dari seluruh kategori produk termasuk fesyen, gaya hidup, elektronik, dan FMCG. Pemulangan adalah percuma dan tanpa soal dalam waktu jaminan 15 hari untuk pengembalian wang sepenuhnya atas alasan ‘Ubah Fikiran’.



"Di Shopee, kami percaya pembelian dalam talian mestilah menyeronokkan dan mudah untuk semua.” kata Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. "Program 15 Hari Pemulangan Percuma adalah refleksi kepada komitmen ini. Kami faham bahawa keutamaan membeli-belah boleh berubah-ubah, dan program ini memperkasakan pengguna dengan membolehkan pemulangan dalam masa 15 Hari Jaminan Shopee, sama ada disebabkan oleh produk tidak seperti yang dijangkakan, keperluan yang berubah-ubah, atau ubah fikiran. Ini menyingkirkan kerisauan tentang kesesuaian produk dan memupuk persekitaran pembelian tanpa risiko, membolehkan pengguna untuk membeli-belah dengan yakin di Shopee.” 

Shopee faham kepentingan polisi pemulangan yang lancar adalah sama penting dengan harga penawaran kompetitif dan promosi menarik, sejajar dengan hasil tinjauan dari kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’**. Kajian ini mendapati  83% responden Gen Z mengutamakan nilai maksimum dalam pembelian mereka. Dalam kata lain, faktor seperti penghantaran percuma, harga kompetitif, dan promosi menarik adalah motivasi penting buat mereka. Dengan menawarkan pilihan pemulangan tanpa masalah bersama dengan ciri-ciri ini, Shopee memenuhi keperluan pembeli-belah yang mementingkan nilai dan memupuk pengalaman membeli-belah yang boleh dipercayai. 

Untuk memastikan kemudahan maksimum dengan program 15 Hari Pemulangan Percuma, Shopee menawarkan pilihan pemulangan tanpa kos ekstra. Pengguna boleh memilih untuk pemulangan ‘pick-up’ dari pintu rumah anda melalui kerjasama dengan rakan logistik Shopee di bawah Shopee Supported Logistics (SSL) atau memilih pemulangan ‘drop off’ ke mana-mana cawangan SPX Express, J&T dan Pos Laju seluruh negara. Tambahan lagi, program ini juga membolehkan pemulangan yang diatur sendiri pelanggan menggunakan khidmat kurier yang diingini, untuk fleksibiliti maksimum.

Layari https://spx.com.my/service-point Pusat Perkhidmatan SPX Express terdekat anda untuk memulangkan barangan Shopee dalam waktu 15 Hari Jaminan Shopee, Tanpa Soal*

Sejak pelaksanaannya pada 19 Mac 2024, program ini telah menjana maklum balas positif yang meluas dari pembeli dan penjual. Pengguna Shopee, dengan nama pengguna Dee Library, puji polisi pemulangan percuma ini, “Kemudahan polisi pemulangan percuma telah meningkatkan pengalaman membeli-belah saya dengan ketara. Sebelum ini, saya sering susah hati apabila barangan tidak mencapai jangkaan saya atau jika saya berubah fikiran, lalu menyebabkan saya menyesal membeli. Kini, ianya semudah dengan cuma memastikan pakej asal dibungkus baik dan memulangkan bungkusan di Pusat Perkhidmatan SPX Express. Tiada lagi penyesalan pembelian!”

Dengan sentimen yang sama, seorang Penstrim Langsung Affiliate Shopee, tulipindah93 (Nurul Amira), berkata, “Sebagai pembeli, kini saya boleh membeli-belah tanpa berfikir terlalu banyak - ianya amat mudah dan menyeronokkan! Walaupun saya terbeli saiz yang salah, saya tidak risau. Sebelum ini, saya perlu mencari pembeli lain untuk menjual barangan ‘preloved’ saya, tetapi kini saya tidak perlu lagi! Saya cuma perlu memulangkan barangan tanpa disoal, dan saya boleh dapat wang saya kembali. Seterusnya membeli barangan baharu yang lebih bersesuain dengan saya. Siapa yang tidak teruja dengan inisiatif ini? Sememangnya pengalaman membeli-belah yang selamat!”

Sementara itu, Mohd Shafrizal Bin Abdul Ghani, Pengarah Urusan Inhanna, jenama fesyen tempatan, mengalu-alukan polisi pemulangan yang ini dari sudut pandangan penjual, “Sebagai penjual, saya percaya apabila pelanggan berasa yakin dengan pembelian mereka, ianya bukan sahaja menggalakkan mereka untuk meneroka produk baharu kami tetapi juga memupuk kepercayaan terhadap kedai saya dan platform Shopee secara menyeluruh. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan dan menawarkan pemulangan, kami bukan sahaja meningkatkan keyakinan pengguna tetapi juga menanami kesetiaan pelanggan. Selanjutnya, ianya boleh memupuk persepsi jenama positif yang mampu meningkatkan pembelian berulang dan kejayaan berjangka panjang.” 

Untuk maklumat lanjut program  15 Hari Pemulangan Percuma - Tanpa Soal*, layari https://shopee.com.my/m/free-returns 

*Tertakluk terma & syarat.

** Kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ telah dijalankan oleh Bahagian Profil Kantar, dari 31 Januari ke 5 Februari 2024. Seramai 400 rakyat Malaysia mengambil bahagian secara suka rela. 

****************************
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
 
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
 
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.