Filem SHERIFF terus melakar sejarahnya dalam industri perfileman negara dengan meraih kutipan RM35.3 juta dalam tempoh 11 hari tayangan rasmi, dan sekali gus menjadikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw sebagai filem No 1 kutipan tertinggi bagi tahun 2024 di Malaysia. Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.
Pengarah, Cerita Asal dan Lakon Layar filem Sheriff, Syafiq Yusof berkata, “Alhamdullilah, Sheriff masih mendapat sambutan menggalakkan di pawagam meskipun telah memasuki hari ke 11. Saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yang menerima Sheriff, serta pihak media dan pihak pemamer yang banyak memberi sokongan pada Sheriff sejak mula lagi sehingga filem ini berjaya menjadi filem nombor satu kutipan tertinggi tahun ini.”
Filem Sheriff di Tangga Pertama Carta Kutipan Tahun Ini |
Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.
Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 27 dan 28 April. Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan X. Gunakan tanda pagar #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle untuk kongsikan keterujaan dan pengalaman anda menonton Sheriff.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.