PEMINAT CIPTA REKOD MENONTON THE EXPERTS 9 KALI DI PAWAGAM DALAM TEMPOH 4 HARI!

Monday, 27 May 2024

PEMINAT CIPTA REKOD MENONTON THE EXPERTS 9 KALI DI PAWAGAM DALAM TEMPOH 4 HARI! GILIRAN FILEM THE EXPERTS KUASAI BOX OFFICE MALAYSIA | Kebangkitan Filem Tempatan Kuasai Kutipan Box Office

Filem aksi heist yang hangat diperkatakan setanding karya luar negara, The Experts terus menjadi pilihan utama penonton di pawagam seluruh negara dan kini berada di tangga nombor satu carta Top 10 GSC. Lebih mengujakan, penonton dan peminat setia filem tempatan, Chee Chi Wai, 55 tahun telah menyaksikan filem The Experts sebanyak 9 kali di pawagam dalam tempoh 4 hari. 

Penonton The Experts 9 Kali, Chee Chi Wai yang bertugas sebagai pelukis pelan di Seremban, Negeri Sembilan mengakui sudah sembilan kali menonton filem The Experts. “Saya berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw. Filem ini bagus, jalan ceritanya menarik, tak klise, suntingan pun cantik. Saya yakin teknologi yang digunakan untuk menghasilkan filem ini pun setanding dengan filem-filem antarabangsa. Biasanya saya akan terus ke panggung wayang untuk menonton filem dan pada hujung minggu pula saya meluangkan masa pada pagi dan malam untuk menonton filem yang sama. Saya target nak tengok 24 kali sama seperti filem Sheriff. Tapi sistem belum buka untuk pembelian tiket minggu akan datang. Sudah semestinya saya akan sokong filem-filem tempatan kita.”

Ini menyaksikan kebangkitan filem tempatan dalam mendominasi pawagam tanah air bermula dengan filem  Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada tahun 2022, Polis Evo 3 (2023) dan bulan lalu filem Sheriff telah ditayangkan dan meraih kutipan luar biasa RM 62 juta. Kini momentum baik tersebut diteruskan oleh filem The Experts. The Experts mencatat kutipan RM1 juta pada tayangan awal lalu pada 21 Mei. Ini membuktikan penonton kembali percaya terhadap filem Malaysia. 

Carta GSC Top 10 pada 26 Mei 2024

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini kini ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. 

‘The Experts’ diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang. 

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

2 comments

  1. Banyak betul masa dia. Tapi ok lah support filem tempatan.

    ReplyDelete
  2. Teringat pula mereka berdua tu tak jadi kahwin

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.