MyKasih Sertai Inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk untuk Berkongsi Kebaikan

Friday, 24 May 2024

MyKasih Sertai Inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk untuk Berkongsi Kebaikan | Menyatukan para wanita berpendapatan rendah untuk membuat kuih dan menyebarkan keceriaan Aidilfitri kepada komuniti kurang berkemampuan 

Bagi menjadikan sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna dan lebih meriah, para wanita dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang dan Seri Pantai telah melancarkan inisiatif pembuatan kuih amal. Dedikasi mereka telah menghasilkan kuih lazat bagi membawa keceriaan kepada komuniti yang memerlukan.



Wanita-wanita tabah ini merupakan penerima Yayasan MyKasih (MyKasih), sebuah organisasi bukan untung yang terkemuka. Mereka terdiri daripada usahawan kecil-kecilan yang pandai membuat kuih, dan dipilih daripada komuniti yang terlibat dalam program bantuan makanan bukan tunai. Dedikasi dan kepakaran mereka menjadikan mereka rakan kongsi yang ideal untuk inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk, sejajar dengan misi syarikat untuk menyokong dan meningkatkan taraf kehidupan bakat dan komuniti tempatan.


Kesungguhan para pembuat kuih ini telah berjaya menghasilkan 150,000 biji kuih dalam hanya dua minggu. Kebanyakan mereka berasal dari isi rumah berpendapatan rendah, atau merupakan ibu tunggal berpendapatan rendah atau tiada pendapatan, Bagaimanapun, mereka memiliki keazaman tinggi untuk mengubah dan menambah baik kehidupan mereka sendiri serta keluarga mereka yang tersayang.

Kolaborasi itu telah memberi kesempatan kepada wanita-wanita ini untuk meningkatkan pendapatan mereka menjelang sambutan Aidilfitri, sambil menyumbang kepada golongan yang memerlukan. Mereka telah menghasilkan 2,000 botol kuih Raya, termasuk Tart Coklat Cadbury dan Tart Keju Cadbury yang enak. Semua kuih ini telah dibeli oleh Cadbury Dairy Milk Malaysia untuk disalurkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti yang kurang berkemampuan menerusi sokongan Food Aid Foundation.


“Kerjasama kami dengan MyKasih telah menonjolkan kemurahan hati Cadbury Dairy Milk untuk menyokong komuniti tempatan melalui cara yang luar biasa. Kami sangat terinspirasi oleh wanita-wanita hebat ini yang bekerja tanpa lelah untuk menambah pendapatan keluarga mereka. Semoga edisi ‘Kuih Raya Dari Hati’ ini akan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk bekerjasama dan saling membantu,” kata Ketua Pemasaran Malaysia dan Singapura, Mondelēz International, See Mei Sin.

Sejak dilancarkan pada 2021, kempen ‘Kuih Raya Dari Hati’ telah memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi air tangan sendiri bersempena Ramadan dan Raya. Pada awalnya, ia bertujuan menyokong gerai-gerai kuih kecil semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Namun hari ini, ia telah berkembang dan termasuk pembuatan kuih amal. Kempen itu mengangkat tradisi pemberian kuih Raya dan telah menjadi acara tahunan yang membudayakan semangat kemurahan hati dan sokongan komuniti.


Nur Sharzi Bashar, 41 yang mengetuai pasukan pembuat kuih wanita di PPR Lembah Subang, berkongsi keterujaannya menjadi sebahagian daripada inisiatif itu. “Dua tahun lalu, saya mula ‘baking’ kerana ia adalah impian arwah kakak dan saya untuk membuka kafe kami sendiri. Dia sentiasa mahukan saya gembira dan berjaya. Jadi, membuat kuih bersama Cadbury Dairy Milk dan MyKasih telah memberikan saya peluang untuk merealisasikan impian kami. Ia bukan sekadar menjana pendapatan; setiap kuih yang kami hasilkan mengingatkan saya tentang semua kehidupan yang mampu kami santuni,” kongsi beliau.

MyKasih membantu rakyat Malaysia keluar daripada kemiskinan dengan menyokong lebih daripada 750,000 keluarga berpendapatan rendah di Malaysia melalui pelbagai inisiatif. Selain bantuan makanan dan sokongan pendidikan, MyKasih turut menyediakan latihan kemahiran komuniti dan keusahawanan, dengan menawarkan peluang untuk membuat kuih, menjahit dan menghasilkan kraf tangan bagi menjana pendapatan tambahan dan menyara kehidupan mereka.

Inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ tahun ini merupakan lanjutan daripada #MDLZPrihatin, iaitu kerjasama jangka panjang antara Mondelēz International (Malaysia) dan MyKasih yang terjalin pada Mac 2024 untuk memperkasakan keluarga dan masyarakat terpinggir. Ia merangkumi rancangan untuk menawarkan bantuan bersasaran merentasi pelbagai keperluan seperti bantuan makanan, pendidikan, pembangunan kemahiran, pemerkasaan wanita, dan keusahawanan.

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.