Movie Review | Siksa Neraka (2023)

Tuesday, 28 May 2024


Pengarah: Anggy Umbara
Penulis Skrip: Lele Laila, Dheeraj Kalwani
Pelakon: Ratu Sofya, Slamet Rahardjo, Kiesha Alvaro, Ariyo Wahab, Nayla D. Purnama
Rizky Fachrel, Astri Nurdin
Syarikat Produksi: Dee Company, Umbara Brothers Film
Pengedar: Antenna Entertainments, Netflix 
Genre: Seram / Slasher 
Durasi Tayangan: 98 minit
Tarikh Tayangan: 14 Disember 2023 
Trailer:


Tyas (Ratu Sofya) sejak kecil dapat melihat roh yang berada di alam lain dan pertama kali dia melihat roh yang disiksa di neraka apabila dia melawat jenazah penduduk kampung di situ. Ibunya (Astri Nurdin) percaya dengan apa yang diceritakan oleh Tyas kerana dia juga mempunyai kelebihan yang sama. Suaminya pula, Ustaz Syakir (Ariyo Wahab) tidak gemar dengan sikap Tyas dan sering menganggap Tyas mereka cerita supaya tidak dipaksa untuk belajar. 

Anak kebanggaan Ustaz Syakir adalah si sulungnya, Saleh (Rizky Fachrel) yang sedang belajar di universiti. Saleh juga rajin bekerja dan sering membawa pulang hadiah kepada keluarga. Satu hari, Saleh mengajak adik-adiknya ke bandar menggunakan pertandingan nyanyian Azizah (Nayla D. Purnama) sebagai alasan. Fajar (Kiesha Alvaro) pula teruja untuk ke bandar kerana ingin bertemu dengan teman wanitanya.
 
Tyas pula membantah kerana hujan lebat pada malam tersebut. Namun Saleh tetap bertegas kerana dia mempunyai agenda tersendiri. Sepanjang perjalanan juga Tyas tak sedap hati kerana jalan sungai sudah mula ditenggelami air. Dalam perjalanan mereka bertemu dengan Pak Harjo (Slamet Rahardjo) yang bertanyakan tentang Saleh kemudiannya menasihatkan supaya mereka berempat pulang saja ke rumah tapi nasihat tersebut diendahkan. Kerana berdegil, akibatnya mereka semua hanyut dibawa arus deras. 

Naskhah arahan Anggy Umbara merupakan adaptasi komik yang popular pada tahun 1980-an hasil ilustrasi MB Rahimsyah AA dan Irsyadul Anam yang diterbitkan oleh CV Pustaka Agung Harapan, Surabaya. Jalan cerita Siksa Neraka agak longgar di mana diadun dalam pace yang sangat perlahan. First half pengarah paparkan bagaimana keluarga imam di kawasan tersebut. Bagaimana didikan terhadap anak-anaknya, larangan dalam rumah tersebut dan bagaimana outcome dari didikan tersebut. 

Pada second half filem Siksa Neraka terbitan Dee Company dan Umbara Brothers Film pula menceritakan bagaimana dosa-dosa besar setiap watak utama dijadikan punca mereka mendapat siksaan di neraka. Kerana perbuatan mereka, beberapa siksaan diberikan tanpa henti. Sudah hancur badan, akan bercantum semula kemudiannya disiksa berulang kali. 

Untuk penganut agama Islam, mungkin Siksa Neraka dianggap sebagai peringatan kepada penonton yang masih hidup dan sedikit sebanyak menjentik hati supaya bertaubat sebelum terlambat gara-gara ajal yang tak pernah kita tahu bila akan tiba. Tapi kalau ikutkan cerita dia agak mengelirukan sebab perjalanan roh setelah mati bukan terus ke neraka dulu. 

Jalan cerita Siksa Neraka bersilih ganti antara dunia dengan neraka di mana keluarga terlibat dalam proses mencari mayat sementara roh anak-anak mereka sedang disiksa di neraka. Tak ada proses hisab, tak ada syafaat atau pengampunan, semuanya terus dihukum seolah-olah watak-watak tersebut tak ada kebaikan langsung. 

Character development tak ada atau kenapa Ustaz Syakir pilih kasih pun tak diceritakan. Kalau tengok pada plot utama, Siksa Neraka boleh jadi filem pendek sebab kebanyakan babak kena stretch tanpa pengisian penting. Untuk apa watak Tyas ada kelebihan kalau dia cuma jadi watak penakut dan bukannya watak penting dalam cerita. Tapi tengok pada genre, tepat lah masuk dalam kategori slasher sebab tak ada apa sangat pun, siksaan dekat neraka tu saja yang jadi highlight utama filem ni. 

Sinematografi dari Enggar Budiono menghidupkan suasana ngeri di neraka dengan menggunakan XR extended reality virtual screen, yang tampak lebih realistik berbanding CGI lalu didukung oleh BGM bernada melodrama dan ngeri dari AL. Ada beberapa babak agak gelap untuk ditonton tapi okay lah gelap sebab kembang tekak sebenarnya tengok babak-babak di neraka especially part makan daging busuk tu. Terbayang pula dosa diri sendiri yang suka membawang. Eh…

Walaupun filem Siksa Neraka tak lah begitu menarik tapi meninggalkan impak juga lah sebab tak sangka babak orang kampung mengumpat Ustaz Syakir tentang kematian anak-anaknya nampak macam merepek tapi sebenarnya banyak kes dalam realiti masyarakat kita. Satu simbolik juga kepada dunia sebenar bila manusia susah untuk ambil iktibar walaupun berada dekat dengan kematian. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 5.7/10

2 comments

  1. Haisssh kakak, saya tak beranj nonton film ini 😂😂😂. Tapi teman2 juga bilang , tak baguus langsung jalan ceritanya. Kemarin itu pas raya ada juga film siksa kubur. Yg main Reza Rahadian. Naah katanya baguuuus. Katanya lah. Saya tak berani juga nonton 😅

    Tp mungkin kalo nanti masuk Netflix saya coba lihat. Cuma memang seram lah, langsung teringat dosa.

    Macam tak siap nak nonton 😅

    ReplyDelete
  2. 5 ek rating dia. Ok kena consider balik nak tengok atau tak huhu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.