Cast: Ajay Devgn, R. Madhavan, Jyothika, Janki Bodiwala, Anngad Raaj
Production Companies: Jio Studios, Devgn Films, Panorama Studios
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre: Horror / Thriller
Running Time: 132 minutes
Release Date: 08 March 2024
Trailer :
Kabir Rishi (Ajay Devgn) merupakan seorang akauntan yang tinggal di Dehradun, Uttarakhand bersama isterinya, Jyoti (Jyothika) juga dua orang anaknya – Janhvi (Janki Bodiwala) dan Dhruv (Anngad Raaj). Ketika dalam perjalanan ke farmhouse untuk bercuti pada hujung minggu di kawasan luar bandar, mereka sekeluarga bertemu dengan lelaki asing di kedai makan.
Awalnya Kabir cuba membalas budi baik yang ditawarkan kerana belanja mereka sekeluarga minum teh di situ. Tak sangka pula lelaki tersebut ada niat lain dan pukau Janhvi melalui laddoo yang dibawa bersama. Setiap kata-kata Vanraj (R. Madhavan) menjadi perintah yang perlu dilaksanakan oleh Janhvi.
Dhruv menjadi mangsa setiap kali Kabir dan Jyoti enggan beri kerjasama. Kehendak Vanraj mudah, dia cuma perlukan kebenaran dari Kabir dan Jyoti untuk lepaskan Janhvi supaya ikut dia pulang bersama.
Filem Shaitaan merupakan remake kepada filem Gujrat berjudul Vash (2023) arahan Krishnadev Yagnik. Pelakon Janki Bodiwala dibawa masuk untuk memegang watak yang sama, anak perempuan yang dipukau menggunakan ilmu hitam. Walaupun menggunakan penulis yang sama tapi ada perbezaan pada dua naskhah. Untuk filem Bollywood, Ajay Devgn dan R. Madhavan yang diketengahkan sebagai promo material tapi untuk Gujrat, Janki digunakan sebagai pull factor. Impak poster filem Vash lebih menggerunkan dan unik sementara Shaitaan masih stuck dalam poster tipikal Bollywood.
Sembang pasal jalan cerita, tak pasti kalau sepenuhnya sama dengan naskhah Vash tapi skrip Shaitaan agak longgar. First half kita memang rasa ngeri dengan kemunculan Vanraj yang inginkan Janhvi menjadi tawanan atau hamba. Tapi bila masuk second half dah mula tertanya-tanya apa yang dia nak sebenarnya sebab dia bukan mengejar harta. Kalau dia boleh pukau semua orang dengan mudah, kenapa dia perlukan perempuan sebagai hamba?
‘You thought you could buy me out, right? That’s the problem with you humans. When you don’t have money, you beg God for money. And when you finally have money, you think money is God. Wealth, lust, greed are petty desires of petty human beings.’ – Vanraj
Penulis tak jelaskan pula kenapa Vanraj pilih malam Umbra sebagai malam dia korbankan 100 orang gadis yang diculik. Ada apa dengan Umbra? Ritual apa yang dia buat di ‘rumah’ dia pun tak diceritakan. Lagi banyak kita tengok, lagi banyak soalan yang keluar dan lebih menghairankan tak ada watak yang mempersoalkan pun tujuan Vanraj.
Benda-benda ilmu hitam ni mesti lah ada rujukan dia, kalau bukan Vanraj, mungkin akan muncul orang lain mahukan benda yang sama. Kenapa Kabir tak rasa macam nak hapuskan punca tapi jadi yang sebaliknya pula di hujung cerita? Tak boleh nak cerita sebab nanti jadi spoiler.
Jalan cerita Shaitaan agak perlahan dengan beberapa plot yang lemah macam Dhruv yang lari bersembunyi tapi tak tolong parents dia. Watak Kabir dengan Jyoti pun macam tak banyak melawan sebab terlampau terkejut mungkin dengan tindakan Janhvi. Jadi tak balance lah dekat situ sebab watak antagonis terlampau kuat untuk protagonis lawan.
Tak hairan lah kalau filem Vash dapat kutipan tinggi sebab lakonan Janki Bodiwala cemerlang dan meninggalkan impak walaupun ada 3 orang pelakon senior dalam filem Shaitaan. Seram tengok babak dia main buaian dengan Dhruv, bila dia menangis meraung bila Vanraj suruh ataupun bila dia mencangkung atas tong gas di dapur. Macam mana Kabir seram tengok anak perempuan dia gelak macam orang histeria, macam tu lah juga I meremang bulu roma tengok beberapa babak dalam Shaitaan.
Sinematografi dari Sudhakar Reddy Yakkanti mengukuhkan lagi suasana seram untuk naskhah Shaitaan tanpa penggunaan CGI. Filem Shaitaan tak ada kehadiran hantu pun sebab elemen seram yang dimasukkan adalah melalui watak Vanraj yang tak mempunyai belas kasihan untuk capai hasrat dia dapatkan kebenaran untuk bawa pulang Janhvi. Music album Shaitaan mendapat sentuhan Amit Trivedi and Shaitaan title track is my favorite!
Mesej sosial yang dibawakan dari filem Shaitaan atau Vasha terlihat kuat dengan mengangkat pesanan orang tua-tua menerusi babak Janhvi yang tanpa fikir panjang makan laddoo kepunyaan Vanraj. Orang tua selalu pesan jangan makan sembarangan tapi makin lama nasihat ni makin dilupakan. Moden macam mana pun dunia sekarang, ilmu hitam tak pernah hilang.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.2/10
Saya masih ragu nak nonton 🤣. Sepertinya bagus, tapi memang mau cari tau spoiler dulu kak.
Saya tuh justru suka membaca spoiler. Karena dari situ saya jadi tahu film ini akan saya tonton atau tak. Kalo ending tak bagus, confirm saya tak nonton. Nanti kalo saya dah dapat spoiler ending film ini, baru lah saya putuskan tonton atau tak ☺️
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Saya masih ragu nak nonton 🤣. Sepertinya bagus, tapi memang mau cari tau spoiler dulu kak.
ReplyDeleteSaya tuh justru suka membaca spoiler. Karena dari situ saya jadi tahu film ini akan saya tonton atau tak. Kalo ending tak bagus, confirm saya tak nonton. Nanti kalo saya dah dapat spoiler ending film ini, baru lah saya putuskan tonton atau tak ☺️