Movie Review | Ransomed (2023)

Sunday, 5 May 2024


Director: Kim Seong-hoon
Writers:  Kim Jeong-yeon, Yeo Mi-jeong
Cast: Ha Jung-woo, Ju Ji-hoon, Lim Hyung-guk, Kim Eung-Soo, Yoo Seung-Mok
Production Companies: Wind Up Film, Ynot Film 
Distributor: Showbox
Genre: Action / Drama
Running Time: 132 minutes
Release Date: 02 August 2023 
Trailer :


Berlatarkan tahun 1987, filem Ransomed mengisahkan tentang diplomat Lee Min-jun (Ha Jung-woo) bekerjasama dengan pemandu teksi bernama Kim Pan-su (Ju Ji-hoon) di Lubnan untuk menyelamatkan pegawai kedutaan yang sudah setahun 8 bulan hilang diculik ketika bertugas di sana. 

Kementerian Korea Selatan klasifikasikan operasi menyelamat tersebut sebagai operasi rahsia kerana info yang mereka dapat tersangatlah rendah peluangnya. Belum pasti juga jika Morse code yang dihantar melalui panggilan telefon tersebut adalah dari Oh Jae-seok (Lim Hyung-guk). Mereka juga pernah ditipu sebelumnya sehingga sejumlah wang tebusan yang besar amaunnya hilang dikebas dalam operasi tersebut.



‘Honestly, after the announcement of the direct election system, the president has been nervous about losing the presidential election. If we can somehow bring Secretary Oh back, the administration will use it to be in the media’s good graces. This would secure our position as well.’ – Lee Sang-Ok (Yoo Seung-Mok)

Semasa Kementerian Luar Negeri masih teragak-agak untuk melakukan operasi tersebut, Lee Min-jun menawarkan diri untuk pergi ke Lubnan. Tindakan dia agak berani di mata Menteri dan pegawai atasan tapi dia juga mempunyai rencana sendiri kerana menyimpan niat untuk bertugas di US. 


Untuk operasi rahsia tersebut Lee Min-jun perlu membawa 2.5 juta dollar dalam bentuk wang tunai ke lapangan terbang Beirut. 2.5 juta dollar lagi akan dipindahkan oleh Kementerian sebaik saja dia berjaya bertemu dengan Oh Jae-suk di Lubnan. Pertemuan dia dengan Kim Pan-su agak berbahaya kerana walaupun lelaki tersebut tahu selok-belok Lubnan dan fasih berbahasa Arab tapi dia juga terkenal dengan helah licik dan tamak. Berjayakah operasi Lee Min-jun untuk bawa pulang Oh Jae-Suk, kena tengok sendiri lah operasi tersebut dalam filem berdurasi 132 minit ni. 

Sebelum ni industri perfileman Korea pernah terbitkan Escape From Mogadishu (2021) yang berlatarkan perang saudara di Somalia, tahun 2023 pula menampilkan operasi rahsia yang berlatarkan perang saudara di Lubnan. Kedua-duanya menggambarkan ketegangan suasana di kawasan tersebut dengan cemerlang. 


Dalam beberapa babak aksi pertarungan antara pekerja Kementerian dengan pengganas yang dipaparkan oleh pengarah Kim Seong-hoon menunjukkan bahawa situasi tersebut antara hidup dan mati. Tak hairan lah ramai pegawai yang tak sanggup nak pergi untuk operasi tu. Siang menyorok dari tembakan rambang, malam pula meniarap atau tidur atas lantai untuk elakkan kaca tingkap kena badan. Sudah lah konflik di negara tu dah memang tegang, berjumpa pula dengan watak Kim Pan-su yang cuba cari jalan untuk curi duit tebusan. Tak senang duduk jadinya.

Tak banyak sangat fakta atau info yang didedahkan dalam filem Ransomed mengenai perang saudara Lubnan ataupun Pilihanraya Korea 1987 juga Sukan Olimpik 1988 pada masa tu tapi dapat lah tengok sedikit sebanyak tugas pegawai Kementerian Luar Negeri (MoFA) dan risiko bekerja dalam bidang tersebut. 


Berbeza dengan Battleship Island (2017) dan Escape From Mogadishu (2021), olahan filem Ransomed dibikin dalam template aksi komedi terutamanya dari watak Lee Min-jun yang hanya pegawai biasa tapi turun ke padang tanpa sebarang kemahiran atau seni pertahankan diri. 

Lakonan Ha Jung-woo betul-betul menghidupkan watak Lee Min-jun menerusi gaya badan dan ekspresi muka. Dinamik lakonan dengan Ju Ji-hoon buatkan beberapa babak komedi lebih menghiburkan walaupun dalam situasi cemas. Filem Ransomed lebih kurang sama vibe dia dengan filem A Hard Day (2014) sebab dapat sentuhan dari pengarah yang sama. 


Walaupun berlatarkan kawasan perang namun beberapa kawasan yang dipaparkan dalam Ransomed terlihat cantik panoramanya macam dalam babak Kim Pan-su pujuk Lee Min-joon guna khidmat dia sebagai pemandu teksi. Safe house kepunyaan Karim (Fehd Benchemsi) dan beberapa kawasan lain. Waktu penggambaran Ransomed dilakukan ketika pandemik jadi team production pilih Morocco untuk kawasan perang dan hanya beberapa kawasan lain di Lubnan. 


Filem Ransomed mendapat pencalonan dalam beberapa kategori teknikal di Grand Bell Awards dan Bui Film Awards. Mendapat tayangan secara perdana juga di Busan International Film Festival ke-28 so it’s a must watch movie for those yang suka filem genre action thriller. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

1 comment

  1. Ok saya nak nonton iniii 😍😍. Yg mogadishu itu saya dah lihat, memang bagus. Dan seru. Macam terasa ketegangannya.. Bertugas jadi diplomat di negara rawan konflik ini memang mencekam. Karena papa mertua saya juga diplomat, jadi banyak cerita ttg penugasan di negara konflik. Untungnya saat itu papa hanya sekali ditugaskan di negara konflik Korea Utara, itupun tidak separah di kawasan macam lubnan , mogadishu dan lainnya.

    Korea ini memang best kalo buat drama atau pun movie 👍

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.