Movie Review | Panggonan Wingit (2023)

Sunday, 5 May 2024


Pengarah: Guntur Soeharjanto
Penulis Skrip: Riheam Junianti
Pelakon: Luna Maya, Christian Sugiono, Bianca Hello
Syarikat Produksi: Hitmaker Studios, Legacy Pictures
Pengedar: GSC Movies, Netflix
Genre: Seram / Drama
Durasi Tayangan: 110 minit
Tarikh Tayangan: 30 November 2023
Trailer:


Panggonan Wingit atau Tempat Angker mengisahkan tentang sepasang adik-beradik iaitu Raina (Luna Maya) dan Fey (Bianca Hello) berpindah ke Semarang setelah kematian ayah mereka. Di sana, Suktini (Oce Permatasari) dan Garinto (Budi Ros), nenek dan datuk mereka mengendalikan hotel warisan bernama Hotel Ambar Mangun. 

Suktini dan Garinto menerima kedatangan cucu-cucu mereka dengan hati terbuka kerana Raina mempunyai kelulusan ijazah dalam Pengurusan Hotel. Tinggi harapan dia supaya Raina mengambil alih perniagaan tersebut dari dibiarkan terabai setelah Baskara (Rafael Adwel) meninggal. Pesan mereka cuma satu, jangan sekali-kali naik ke tingkat tiga kerana projek pengubahsuaian sedang dilakukan jadi agak berbahaya. 

Kebetulan pekerja mereka baru sahaja meninggal selepas naik ke tingkat tiga. Kerana kematian tersebut juga, Ardo (Christian Sugiono), seorang wartawan muda dihantar ke sana. Ardo merupakan bekas kekasih Raina dan kedatangan jejaka tersebut membuka kembali kisah lama. Perpisahan mereka juga belum diterima sepenuhnya oleh Ardo kerana ditinggalkan tanpa alsan wajar dari Raina. 

Suatu malam, Raina yang sedang mengelamun terdengar tangisan seorang perempuan yang sayu datang dari tingkat tiga Hotel Ambar Manggun. Raina juga terlihat cahaya lampu dari salah satu bilik di tingkat tersebut. Sesampainya di sana, dalam sebuah kamar yang tidak mempunyai nombor, Raina bertemu dengan perempuan berambut panjang berwarna putih. Hanya sepatah perkataan diucapkan – “Telung dino, tengah wengi” yang bermaksud tiga hari, tengah malam.

Suktini dan Garinto resah memikirkan nasib cucu mereka lantas mencari sebarang klu atau bantuan mengenai wanita misteri tersebut. Dari pencarian tersebut mereka kenal siapa roh yang mengganggu dan juga rahsia hitam Baskara di masa lalu. 

Filem Panggonan Wingit diambil dari cerita penduduk kawasan setempat yang berlaku pada tahun 1970-an di Semarang. Hotel yang diceritakan bermula dengan huruf S. Tak pasti kalau bangunan hotel tersebut masih lagi wujud pada masa sekarang. Tak jauh beza latar masa yang diceritakan dalam filem arahan Guntur Soeharjanto di mana mereka hidup pada awal tahun 1980-an di Semarang. 

Penceritaan filem Panggonan Wingit agak perlahan dan terbatas kerana tak banyak yang diceritakan oleh penulis mengenai watak-watak yang terlibat. Jalan cerita pun questionable juga sebab kita tak tahu macam mana Suktini dan Garinto sedar ada sesuatu yang pelik di tingkat tiga. Macam mana mereka boleh bertahan tanpa terkena sumpahan tiga hari tersebut. Cara mereka larang pekerja dan cucu dari naik ke atas pun tak beria. Kalau melibatkan nyawa mestilah kita bersungguh melarang kan? Bukan setakat kunci, letak shutter terus supaya tak ada yang terkorban. 

Kalau tengok naskhah-naskhah seram dari Rocky Soraya memang dah set layan secara santai tapi geram pula tengok Panggonan Wingit sebab hantu dia berdendam benar. Memang lah orang sekeliling buli tapi siapa yang beria siat kulit sendiri? Lepastu nak bunuh orang tak bersalah ikut suka dia. 

Sinematografi Panggonan Wingit dibikin sesuai mengikut suasana seram di kawasan hotel tersebut. Ada beberapa babak buatkan kita rasa berdebar dan seram sejuk terutamanya dalam babak Raina dan Fey masuk ke dalam bilik di tingkat tiga untuk mencari tahu identiti roh tersebut. VFX yang digunakan juga mengukuhkan lagi screenplay filem Panggonan Wingit. 

Lakonan kesemua pelakon utama tak ada masalah pun sepanjang 110 minit tayangan cuma watak yang dimasukkan tampak lemah akibat penulisan yang terhad. Watak Ardo sebagai wartawan pun cuma state the obvious bukannya bijak sikit padahal bidang kerjaya dia patutnya ada sifat ingin tahu yang tinggi. Semuanya berharap watak Raina yang tolong itu ini. First half not bad lah, masuk second half dah mula lemau. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.7/10

2 comments

  1. bila tahu punca hantu tu berdendam serius tak boleh brain kenapa dia nak bunuh org tak bersalah kejam sangat, pergilah cari orang kampung yang buli dia tu. ending dia sadis, sakit hati pula bila Ardo pun jadi mangsa juga.

    ReplyDelete
  2. Saya pun belum nonton film ini. Krn memang baca banyak review tak terlalu bagus. Tapi tadi penasaran mau tahu ttg hotel yg dimaksud, ternyata namanya hotel Siranda. Tapi memang pembangunan hotel ini tak dilanjutkan Krn kisah mistis yg banyak terjadi. Jadi terbengkalai sampai sekarang.

    Semarang ini memang terkenal dengan kota tua nya kak. Ada banyak bangunan tua bekas Belanda yg masih dibuka untuk publik, tapi memang ceritanya banyak seram.

    Seperti gedung Lawang Sewu. Bagi yg bisa melihat makhluk halus, banyak yg bilang di bagian penjara bawah tanah dan toiletnya juga angker. Saya tak bisa melihat hal2 macam itu, jadi tak berani klaim pula 😅

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.