Cast: Choi Min-sik, Kim Go-eun, Yoo Hae-jin, Lee Do-hyun
Production Companies: Showbox, Pinetown Productions, MCMC
Distributor: Showbox
Genre: Horror / Mystery
Running Time: 134 minutes
Release Date: 16 February 2024 (Berlinale), 22 February 2024 (South Korea)
Trailer:
Hwa-rim (Kim Go-eun) adalah dukun terkenal di kota Seoul dan dibantu oleh protegenya, Bong-gil (Lee Do-hyun). Kisah bermula apabila mereka berdua mendapat panggilan untuk membantu keluarga kaya kacukan Korea-Amerika. Anak mereka yang baru saja lahir sering menangis dan mempunyai penyakit misteri.
Setelah bertemu dengan bayi tersebut di Los Angeles, Hwa-rim dan Bong-gil segera berbincang dengan Kim Sang-deok (Choi Min-sik), pakar Feng shui dan juga Yeong-geun (Yoo Hae-jin), pakar pengebumian di Seoul. Kes terbaru ni melibatkan sumpahan keturunan yang dipanggil Exhuma, di mana roh moyang yang berdendam dengan seluruh ahli keluarga. Mereka semua pergi melawat kubur moyang Park Ji-yong (Kim Jae-cheol) yang terletak di gunung di sempadan Korea Utara.
Kim Sang-deok enggan mengambil kes tersebut kerana sumpahan yang dialami keluarga Park Ji-yong boleh mengancam nyawa mereka berempat malah nyawa ahli keluarga masing-masing juga. Ada sebab kenapa mayat moyang keluarga tersebut ditanam di atas bukit tanpa nisan. Hwa-rim pula mencadangkan supaya mereka melakukan ritual semasa menggali kubur tersebut. Mustahil untuk dia lepaskan kes tersebut kerana bayaran dari keluarga Park Ji-yong sangat tinggi tawarannya.
Tak ada masalah langsung sepanjang ritual tersebut berjalan, urusan mereka juga berjalan lancar seperti yang dirancang. Namun kerana kecuaian seorang pekerja dan ketamakan orang lain, mereka semua ditimpa nasib malang. Kim Sang-deok mencari tahu sejarah kubur moyang Park Ji-yong dan kenapa dia ditanam di kawasan terpencil tersebut.
Naskhah seram misteri yang mendapat tayangan perdana di Berlin International Film Festival ke-74 ni menggunakan gabungan hantu negara Korea dan juga negara Jepun kemudiannya diadun dalam elemen sejarah yang berlatarkan zaman kolonial. Pada zaman tersebut, sekitar 1960-an setelah tentera Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua, rakyat Korea yang bersepakat dengan Jepun digelar sebagai pembelot negara. Sama juga dengan moyang Park Ji-yong yang menjual tanah negara kepada Jepun lalu diasingkan kuburnya di atas gunung tanpa nisan.
Menarik lah idea dan input yang dimasukkan dalam jalan cerita bila dosa silam boleh bagi kesan kepada keturunan sendiri sampai bertahun lamanya. Rasa seram yang dialami oleh keluarga Park Jin-young menguatkan lagi mood penceritaan. Sesuatu yang susah untuk diterima akal fikiran dan buntu mencari jalan keluar. Tona suara yang digunakan untuk watak roh moyang antara bonus point sebab low tone yang dia guna buatkan rasa seram mencanak setiap kali dia berjumpa dengan ahli-ahli keluarga.
Dekat first half kita dah tertarik dengan cara kerja dukun yang menjaga kesejahteraan manusia dengan alam mistik, sama juga dengan pakar feng shui dan pakar pengebumian. Seronok tengok ritual dekat kubur tu sebab ketegangan yang dimasukkan menggunakan ekspresi, lenggok badan para pelakon dan juga suasana alam sekitar. Ketegangan yang wujud dari pergerakan awan, hujan dan bunyi deruan angin di kawasan kubur menghidupkan lagi momen dalam babak tu.
Ada beberapa ritual lain yang dimasukkan dalam Exhuma tapi tak diceritakan dengan lanjut. Menariknya, execution tetap cemerlang tanpa perlu menggunakan kewujudan hantu yang menakutkan. Dari setiap ritual yang dilakukan, kita boleh nampak semua watak terlibat dengan sesuatu yang berbahaya. Lakonan Lee Do-hyun menyerlah dalam babak dirasuk oleh roh lain ataupun masa dia diganggu oleh hantu masa tidur.
Masuk second half Exhuma, kita didedahkan pula dengan roh jahat panglima tentera Jepun yang dikatakan lebih kuat dan jahat dari roh Korea. Kalau sembang cerita seram dekat asrama pun, semua seram sejuk bila dengar cerita askar Jepun yang berkawad di padang ataupun hilang kepala. Bezanya dalam Exhuma, roh panglima Jepun ni mencari hati manusia.
For me, Exhuma adalah filem seram Korea yang bagus untuk tahun 2024. Mungkin ada yang tak suka sebab pace perlahan dan keluar dari filem tipikal seram yang sarat dengan jumpscares tapi olahan, lakonan, idea, jalan cerita, teknikal semuanya mantap.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Memang saya nak nonton lah ini. Sayangnya saat masih di bioskop, tak sempat mau lihat. Padahal semua teman bilang film ini memang bagus sangat. 👍. Seram tapi bukan Krn hantu. Lebih kepada ritualnya kan.
Waah tinggi sangat rating kakak kasih yaa. 😍😍. Dah lah, pasti baguuus sangaat memang movie ini 😄
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Memang saya nak nonton lah ini. Sayangnya saat masih di bioskop, tak sempat mau lihat. Padahal semua teman bilang film ini memang bagus sangat. 👍. Seram tapi bukan Krn hantu. Lebih kepada ritualnya kan.
ReplyDeleteWaah tinggi sangat rating kakak kasih yaa. 😍😍. Dah lah, pasti baguuus sangaat memang movie ini 😄