Production Companies: Window Seat Films, Select Media Holdings LLP, Saregama
Distributor: Netflix
Genre: Musical / Biopic / Drama
Running Time: 146 minutes
Release Date: 8 April 2024 (Mumbai), 12 April 2024 (Netflix)
Trailer:
Naskhah biopic drama mengenai penyanyi kelahiran Punjab, India yang dilabel sebagai Elvis Presley India. Amar Singh Chamkila mempunyai bakat dalam menyanyi, menggubah lagu dan menulis lirik lalu dia bekerja sebagai penulis lirik dengan penyanyi Punjab terkenal bernama Jinda untuk capai impian dia sebagai penyanyi.
Karya dia sentiasa dicuri oleh Jinda yang lebih terkenal dan popular di Punjab pada ketika itu sehingga lah satu hari Chamkila dapat peluang untuk menyanyi atas pentas kerana Jinda lambat tiba di majlis sehingga penonton mula mengamuk. Dari situ Chamkila perkenalkan bakat dia kepada umum dan mula menjadi pujaan ramai.
Permintaan untuk Chamkila semakin tinggi hingga nama Jinda dan penyanyi lain tenggelam tapi tak bermakna poket Chamkila juga menebal. Dia tinggalkan kerja di kilang untuk membantu keluarga keluar dari status miskin melarat tapi upah yang dia dapat dari persembahan dan album juga tak banyak kerana pengurusnya, Kashmiri Lal (Ankit Sagar) bolot semua untung.
‘Just because I let you sit with me, you think we’ve become equals? Have you forgotten your place? I made Chamkila! Whenever I want, I can finish you. So whatever I throw at you, be happy with it.’ - Kashmiri Lal
Chamkila keluar dari syarikat tersebut dan bergerak solo dibantu oleh Kesar Singh Tiki (Anjum Batra). Tak ada masalah langsung untuk Chamkila dapat jemputan untuk buat persembahan sampaikan dia boleh sewa pejabat pengurusan. Yang menjadi masalah bila penyanyi perempuan tarik diri kerana lagu-lagu Chamkila adalah lagu duet. Ramai yang tak mampu catch up not tinggi dalam lagu yang digubah sehingga lah Chamkila bertemu dengan Amarjot Kaur (Parineeti Chopra).
Setelah kegagalan filem remake Love Aaj Kal 2 (2022), filem terbaru Imtiaz Ali yang ditayangkan khas di Netflix mendapat pujian ramai. Filem Amar Singh Chamkila sama seperti filem-filem Imtiaz Ali yang lain di mana watak utama mencari jati diri dan prinsip hidup. Sama macam Aditya Kashap dalam Jab We Met (2018), Jai dalam Love Aaj Kal (2009), Jordan dalam Rockstar (2011) ataupun Veera dalam Highway (2014), Amar Singh Chamkila pun mengalami beberapa episode dalam hidup sehingga dia sedar self-worth dan berpegang teguh dengan prinsip hidup dia.
Bezanya pengakhiran hidup Chamkila dan Amarjot dah diceritakan sejak awal filem lagi. Semua perjalanan hidup Chamkila diceritakan dari mulut orang sekeliling. Walaupun penceritaan Amar Singh Chamkila banyak bergantu kepada flashback tapi tetap menarik untuk ditonton sehingga selama 148 minit.
Chamkila tampak benar-benar hidup hasil lakonan Diljit Dosanjh, gaya dan cara nyanyian dia semuanya sama. Boleh tengok sendiri dalam filem ni sebab pengarah guna tiga teknik visual - lakonan, sketch dan footage asal penyanyi sebenar Chamkila yang popular pada zaman 80-an di Punjab, India. Diljit adalah pilihan yang tepat untuk watak Chamkila sebab dia bagus dalam bidang nyanyian dan juga berasal dari Punjab. Untuk terlihat sama seperti Chamkila, Diljit sanggup tanggalkan serban dia.
Berbeza dengan Parineeti yang melakonkan watak pasangan duet Chamkila dan juga isteri, lakonan dia agak malap. Banyak kali tenggelam dengan lakonan Diljit padahal screentime sama banyak dengan Diljit. Parineeti pun menyanyi guna suara asal juga macam Diljit. Chemistry tu tak ada masalah cuma individual screen presence lah tak setara.
Lagu-lagu dalam filem Amar Singh Chamkila hasil gubahan A. R. Rahman tak lah meninggalkan impak sangat kecuali lagu Vida Karo sebab lirik dia menusuk perasaan. Filem ni pun bukan family friendly sebab lagu-lagu Chamkila berunsur lucah dan itu juga punca dia selalu mendapat ugutan bunuh sebab dilabel sebagai perosak bangsa. Kalau Chamkila wujud pada zaman sekarang, mungkin tak ada masalah sebab ramai penyanyi guna lirik yang tak senonoh.
Overall, Amar Singh Chamkila is a good film from Imtiaz Ali.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Wah 8.8, boleh try tengok ni
ReplyDelete