Filem SHERIFF terus mencatat kejayaan cemerlang apabila bejaya meraih kutipan RM16.3 juta selepas empat hari tayangan dan satu hari tayangan awal sejak 18 April lalu. Sheriff arahan Syafiq Yusof, membariskan pelakon hebat Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi serta membabitkan dua penerbit terkemuka iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw.
Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif Bersama Sheriff, Datuk Yusof Haslam berkata, “Syukur Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan filem Sheriff. Pihak kami bersama barisan pelakon ada mengunjungi pawagam-pawagam di sekitar Lembah Klang pada hujung minggu lalu, dan rasa amat teruja serta terharu melihat reaksi luar jangkaan penonton dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang. Meskipun rakan-rakan media serta peminat mula berteka-teki mengenai sejauh mana kutipan Sheriff, namun masih terlalu awal untuk meletak harapan tinggi dan kami sentiasa bersyukur dengan momentum positif ini. Terima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini.”
Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.
oo cerita action ye. aritu anak sedara pi tengok tak tanya pula best ke tak. mesti best sebab dpt sambutan
ReplyDeleteDasyat.. Semakin cemerlang.. Banyak peminat nie..
ReplyDelete