Penulis Skrip: Bene Dion Rajagukguk, Sigit Sulistyo
Pelakon: Clara Bernadeth, Oka Antara, Baskara Mahendra, Josephine Firmstone
Syarikat Produksi: MD Pictures
Pengedar:
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 124 minit
Tarikh Tayangan: 28 Jun 2023
Trailer:
Ganjil Genap mengisahkan tentang sepasih kekasih, Gala (Clara Bernadeth) dan Bara (Baskara Mahendra) yang bercinta selama 8 tahun sejak zaman kuliah. Gala patah hati selepas Bara minta putus atas alasan dia sudah tawar hati dengan perhubungan mereka. Dia cuba mencari penjelasan di sebalik perpisahan tersebut tapi sikap Bara yang menghindar buatkan dia tertanya-tanya di mana silap dia.
Bagi Bara pula, Gala lebih mementingkan kerjaya dari dirinya lantas dia bertemu dengan Risty (Josephine Firmstone), rakan sekerja yang sudah lama ada perasaan terhadapnya. Tak ambil masa yang lama pun untuk Bara melamar Risty kerana sikap wanita tersebut yang selalu meluangkan masa dengannya. Berbeza dengan Gala yang bahagikan masa untuk kerjaya, Bara dan teman-temannya.
Nandi (Joshua Suherman) dan Sydney (Nadine Alexandra) pujuk Gala untuk mencari teman lelaki supaya dia boleh cepat move on dari Bara. Namun ternyata sukar kerana setiap lelaki yang datang ke blind date tak mampu menandingi kelebihan Bara. Sampai lah satu hari tanpa sengaja Gala berjumpa dengan Dr. Aiman (Oka Antara) di dalam pawagam.
Mudah sangat untuk mereka berdua mesra dan rapat sebab Dr. Aiman suka karakter Gala yang kelakar dan bersahaja. Mereka juga sentiasa terserempak di kota Jakarta dan mempunyai minat yang sama. Ketika Gala yakin Dr. Aiman akan jadi pengganti Bara, Dr. Aiman pula mengundur dari komited dalam perhubungan kerana mempunyai trauma sejak kecil.
Naskhah romantik komedi Ganjil Genap merupakan adaptasi dari novel ketiga penulis Almira Bastari yang diterbitkan pada tahun 2020. Kalau ikutkan pada cerita asal, Gala dan Bara bercinta selama 13 tahun lalu putus pada tahun ke-13 yang ganjil. Gala juga mempunyai adik yang bakal berkahwin dan akan membuatkan keluarga mereka jadi bilangan ganjil. For me, konflik yang dialami oleh Gala di dalam novel lebih mendalam berbanding dengan filem arahan dan penulisan Bene Dion Rajagukguk.
But still filem Ganjil Genap seronok untuk ditonton sebab jalan ceritanya yang unik kerana penggunaan konsep ganjil dan genap sepanjang 124 minit bersiaran. Cuma pelik lah sebab kita tak diterangkan kenapa dunia kesemua watak ni berpaksikan bilangan ganjil dan genap. Penggunaan konsep ni ekstrem juga sebab Gala hampir disaman oleh pihak polis kerana mulakan perjalanan sebelum jam 9 malam yang bersifat ganjil.
Personally I tak berapa gemar dengan Oka sebab watak yang dia selalu lakonkan bernada serious dan muka dia juga nampak berusia untuk digandingkan dengan Clara. Tapi tak sangka dengan mudah dia lakonkan babak kelakar sampai kita yang tengok juga terhibur. Macam tak percaya filem Ganjil Genap adalah filem romcom pertama Oka. Berbeza pula dengan Bara yang lebih kacak dan boyfriend material tapi minta putus dengan Gala hanya sebab dia dapat mimpi berkahwin dengan perempuan lain.
Alur cerita yang bersifat straightforward dan senang difahami membuatkan naskhah Ganjil Genap tampak kuat dalam genre romantik komedi. Sinematografi dari Padri Nadeak juga buatkan suasana kota Jakarta nampak indah dalam dunia Gala-Bara-Dr. Aiman diiringi dengan music score yang tepat untuk beberapa babak.
Filem terbitan MD Pictures mempunyai mesej self love di mana memaparkan perubahan Gala selepas putus cinta dengan Bara dan perkenalan dia bersama Dr. Aiman. Kalau dekat awal dia kelihatan seperti watak yang lemah tanpa Bara, di second half pula dia lebih yakin dan berani sebagai wanita bujang. Pendek kata filem Ganjil Genap adalah filem wajib tonton untuk peminat genre romantik komedi.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10
Hahahahahah ganjil genap ini Krn di jakarta ada sistem lalu lintas ganjil genap kak.
Jadi utk mencegah traffic jam, ada beberapa ruas jalan yg hanya boleh dilalui mobil(kereta) ber plat ganjil atau genap sesuai tanggal.
Jadi semisal tgl 2 April, berarti yg boleh melintasi jalan2 tertentu hanya mobil ber plat genap. Mobil saya plat nya 1866, saya boleh lewat di jalan2 itu tiap tgl genap.
Sementara kalo tanggal ganjil, hanya mobil berplat ganjil yg bisa lewat.
Kalo nekat, ya disaman 😅🤣. Ada banyak polisi dan cctv yg mengawasi 😄
wahhhhh pelik juga cara polis jaga lalu lintas dekat sana ye. First time jumpa budaya carakerja macam ni. Ingatkan cuma sengaja dicipta oleh pengarah/penulis. No wonder lah dalam filem ni polis tak jadi saman Gala sebab terkurang satu minit hahaha terima kasih explain dengan jelas
Oh saya lupa, dan ganjil genap ini ada jam2 nya. Biasa dari jam 6 pagi sampai jam 10 pagi, lalu lanjut lagi jam 4 sore sampai 9 malam. Jadi kalo plat mobil tak sesuai di tanggal itu dan jam yg ditetapkan, pasti kena Saman ðŸ¤. Makanya tokoh di film menunggu sampai jam 9 malam baru bisa jalan 😄
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
bercinta sampai lapan tahun memang barai la kalau tiba-tiba putus. lagi susah nak cari pengganti bila still tak boleh nak move on.
ReplyDeleteMacam nak cari novel dia.. menarik pula..
ReplyDeleteHahahahahah ganjil genap ini Krn di jakarta ada sistem lalu lintas ganjil genap kak.
ReplyDeleteJadi utk mencegah traffic jam, ada beberapa ruas jalan yg hanya boleh dilalui mobil(kereta) ber plat ganjil atau genap sesuai tanggal.
Jadi semisal tgl 2 April, berarti yg boleh melintasi jalan2 tertentu hanya mobil ber plat genap. Mobil saya plat nya 1866, saya boleh lewat di jalan2 itu tiap tgl genap.
Sementara kalo tanggal ganjil, hanya mobil berplat ganjil yg bisa lewat.
Kalo nekat, ya disaman 😅🤣. Ada banyak polisi dan cctv yg mengawasi 😄
wahhhhh pelik juga cara polis jaga lalu lintas dekat sana ye. First time jumpa budaya carakerja macam ni. Ingatkan cuma sengaja dicipta oleh pengarah/penulis. No wonder lah dalam filem ni polis tak jadi saman Gala sebab terkurang satu minit hahaha terima kasih explain dengan jelas
DeleteOh saya lupa, dan ganjil genap ini ada jam2 nya. Biasa dari jam 6 pagi sampai jam 10 pagi, lalu lanjut lagi jam 4 sore sampai 9 malam. Jadi kalo plat mobil tak sesuai di tanggal itu dan jam yg ditetapkan, pasti kena Saman ðŸ¤. Makanya tokoh di film menunggu sampai jam 9 malam baru bisa jalan 😄
ReplyDelete