Syarikat Produksi: Screenplay Films, Rapi Films, IFI Sinema
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 106 minit
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2023
Trailer:
Widi (Cut Mini) dan teman baiknya, Ira (Sarah Sechan) masing-masing tidak berkenan dengan pasangan anak-anak mereka. Sedang mereka mengeluh tentang calon menantu, mereka dapat idea menarik di mana mereka berdua menjadi besan. Satya (Jefri Nichol) dan Mel (Syifa Hadju) tak ada masalah dengan idea tersebut kerana mereka juga sudah kenal sejak kecil.
Widi dan suaminya Arief (Kiki Narendra) senang melihat anak perempuan mereka berkahwin secepatnya lantas memberi masa kepada Satya untuk meminang dalam masa 3 bulan. Ira pula buat keputusan untuk pindah saja di hadapan rumah Widi alang-alang anak mereka bakal berkahwin, apa salahnya tinggal berdekatan.
Semuanya nampak indah dan bahagia pada awalnya namun Mel merasa terbeban kerana semuanya agak terburu-buru. Bahkan dia juga tak sempat kenal Satya dengan sebaiknya, apatah lagi dia baru saja putus cinta. Majlis perkahwinan idamannya juga musnah bila Widi dan Ira aturkan semuanya tanpa berbincang dahulu dengan Mel dan Satya.
Bila Mel harapkan Satya untuk pertahankan majlis mereka, lelaki tersebut hanya menurut sahaja kata-kata ibunya seperti lembu dicucuk hidung. Akibatnya Mel minta supaya perkahwinan tersebut dibatalkan saja.
Kalau ada yang fikir filem Mohon Doa Restu arahan Ody C. Harahap mengetengahkan Jefri Nichol dan Syifa Hadju sebagai watak utama, salah sama sekali sebab watak utamanya adalah dua ibu yang seronok bakal berbesan. Dari awal hingga ke pertengahan cerita seronok tengok perasaan excited dan keletah mereka berdua supaya Satya dan Mel berkahwin.
Kekuatan Mohon Doa Restu semestinya terletak pada dinamik Cut Mini dan Sarah Sechan yang berkawan rapat sejak zaman muda lagi. Disebabkan karakter mereka yang extrovert, anak-anak jadi introvert dan lebih banyak menurut saja. Tapi bila kedua-duanya langar boundaries dan privacy, mula tercetus lah konflik dan drama antara dua orang sahabat baik dan juga dua keluarga.
Tak ada masalah dengan lakonan Jefri Nichol dan Syifa Hadju kerana watak mereka juga tak banyak dikembangkan sebagai pasangan muda yang bakal berkahwin mengikut aturan keluarga. Sayangnya tak mudah untuk kita masuk dalam dunia mereka walaupun ada momen yang sweet dan romantik sebab chemistry tak ada. Watak Mel juga menjengkelkan sampaikan konflik yang dibawa masuk rasa terpaksa. Orang Kedah kata saja buat teruk.
Tu belum masuk watak sampingan Astrid (Dea Panendra), kawan baik Mel yang sentiasa mabuk. Mungkin watak dia dibawa masuk untuk kuatkan elemen komedi tapi sepanjang masa belum ada satu momen pun yang dia berjaya hadirkan rasa kelakar tu. Pelik tengok dia menari kucing dekat tepi sofa sedangkan Widi, Ira, Satya dan Mel tengah berbincang perkara serius.
Sama juga dengan watak Arief yang sepatutnya jadi watak yang sedarkan Mel tentang perkahwinan tapi timing tu tak kena. Solusi yang dia tawarkan pun makin mengelirukan jalan cerita. Sudahnya dekat second half tu layan untuk tahu ending sahaja. Ada lah momen yang menarik dalam filem ni tapi perjalanan tu tak seronok. Bila tengok ending pun macam stress juga lah sebab membazir.
Sinematografi yang dibawakan oleh Muhammad Firdaus menguatkan filem komedi dua buah keluarga lantas diperkukuhkan lagi dengan music score oleh Ricky Lionardi menjadikan filem Mohon Doa Restu santai untuk ditonton bersama keluarga.
Andai saja penulis fokus pada konflik ibu-ibu yang lebih sudu dari kuah sampai merosakkkan hubungan Satya dan Mel, mungkin lebih seronok untuk ditonton. Dialog yang diberikan oleh watak Widi dan Ira juga sudah cukup menghiburkan untuk filem Mohon Doa Restu. Sayang lah penulis masukkan terlampau banyak drama sedangkan filem ni boleh bergerak dengan satu konflik sahaja.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10
Even pas main di bioskop saya juga tak tertarik nonton film ini. Cut mini dan Sarah Sechan oke, tapi pemain lain buat saya masih B saja. Jadi dah terbayang filmnya bakal seperti apa..
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Even pas main di bioskop saya juga tak tertarik nonton film ini. Cut mini dan Sarah Sechan oke, tapi pemain lain buat saya masih B saja. Jadi dah terbayang filmnya bakal seperti apa..
ReplyDelete