Cast: Kumail Nanjiani, Elizabeth Banks, Keegan-Michael Key, Awkwafina, Danny DeVito
Production Companies: Universal Pictures, Illumination
Distributor: Universal Pictures
Genre: Comedy / Adventure
Running Time: 83 minutes
Release Date: 19 October 2023 (VIEW Conference), 22 December 2023 (United States)
Trailer:
Di sebuah tasik Moosehead, di sekitar New England, sebuah keluarga itik liar membuat persiapan untuk musim sejuk yang bakal tiba sementara sekumpulan itik yang lain berhijrah ke kawasan lain. Bagi Mack Mallard (Kumail Nanjiani), tak perlu berhijrah pun sebab belum tentu lagi keadaan tasik di tempat lain selamat dan selesa seperti di Moosehead.
Isterinya, Pam (Elizabeth Banks) sudah lali dan biasa dengan sifat degil dan pendirian Mack yang beri pelbagai jenis alasan supaya mereka tinggal sahaja di situ. Tapi anak-anaknya, Dax (Caspar Jennings) dan Gwen (Tresi Gazal) teringin untuk keluar mengembara dan pergi ke Jamaica setelah mendengar cerita itik betina (Isabela Merced) yang menawan hati Dax.
Kerana tersentak dengan kata-kata dan keadaan Uncle Dan (Danny DeVito) yang menua dan bersendirian di tasik Moosehead, Mack beranikan diri menjadi ketua pengembaraan mereka sekeluarga ke Jamaica. Dalam perjalanan ke sana mereka berjumpa dengan burung merpati bernama Chump (Awkwafina) dan membawa mereka berjumpa dengan Delroy (Keegan-Michael Key), burung kakak tua yang terperangkap dalam sangkar kepunyaan chef.
‘He's like a predator, but instead of eating you, he serves you to a bunch of lazier predators.’ – Chump
Naskhah yang bertemakan pengembaraan arahan dan penulisan Benjamin Renner mengetengahkan sebuah keluarga itik yang belum pernah keluar dari tasik Moosehead sejak kecil hanya kerana ketakutan melampau seorang ketua. Plot utama Migration ringkas saja tapi yang buatkan filem ni menghiburkan bila karakter watak dan konflik yang dimasukkan sehingga ke hujung cerita.
Watak Mack Mallard yang awalnya penakut mempunyai perkembangan yang paling banyak sebagai ketua keluarga. Sama juga seperti Dax yang mula menginjak remaja bilamana penghijrahan tersebut bukan saja membuka mata tentang dunia luar malah explore juga positive traits dalam diri dia. Watak Gwen dan Chump antara favorite characters dalam Migration sebab banyak kerenah dan kelakar.
Memandangkan filem Migration bersifat family-oriented jadi perbualan yang dimasukkan lebih terjaga dan bersifat santai. Bukan setakat golongan kanak-kanak boleh layan filem ni tapi juga orang dewasa sebab sarat dengan pengajaran melalui mesej-mesej sosial yang dimasukkan. Watak utama dan sampingan tak banyak dalam Migration jadi mudah sangat untuk ingat watak dan personaliti masing-masing.
Tapi mungkin tak semua dewasa boleh terima beberapa babak yang dimasukkan sebab manusia digambarkan sebagai jahat menerusi watak chef yang sembelih itik untuk dimakan padahal tak ada masalah pun kita makan binatang yang halal dimakan. Sama juga lah bila chef tu ambil stok daging itik tapi digambarkan sebagai pemangsa yang kejam padahal dia dah bayar untuk pastikan restoran dia cukup stok supaya pelanggan tak lari.
Bila sembang pasal filem animasi, visual adalah elemen utama dan Illumination menggunakan penggunaan warna yang cantik dan memukau. Pelbagai jenis burung yang cantik buat cameo dalam filem ni, sambil kita tengok sambil belajar jenis-jenis burung dan kenapa mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat.
Kudos to production team sebab berjaya hidupkan kehidupan yang indah di Jamaica sepertimana diceritakan oleh Delroy pada separuh masa pertama. Filem Migration juga berlatarkan musim luruh jadi panorama hutan tampak memukau dengan kombinasi warna pada musim tersebut. Musik latar hasil kerja komposer John Powell yang terkenal dengan filem Happy Feet mengukuhkan lagi suasana riang yang digambarkan sepanjang pengembaraan keluarga Mallard.
Keseluruhannya Migration adalah sebuah naskhah yang santai, ringan untuk ditonton bersama keluarga di hujung minggu.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10
Saya tebak yg membuat film ini seorang vegan, makanya seolah manusia jahat karena memakan itik 🤭. Beberapa kali banyak lihat propaganda ttg vegan yang menyuruh Orang2 utk tidak makan protein hewani, dan beralih ke nabati. Atau tumbuhan. For the sake of animals. Tapi macam mana, toh dalam agama selagi halal tak dilarang juga 😅
Tapi terlepas dari itu, nampak bagus ceritanya kan 👍saya suka juga ilustrasi dari filmnya.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
macam best jee!
ReplyDeleteSaya tebak yg membuat film ini seorang vegan, makanya seolah manusia jahat karena memakan itik 🤭. Beberapa kali banyak lihat propaganda ttg vegan yang menyuruh Orang2 utk tidak makan protein hewani, dan beralih ke nabati. Atau tumbuhan. For the sake of animals. Tapi macam mana, toh dalam agama selagi halal tak dilarang juga 😅
ReplyDeleteTapi terlepas dari itu, nampak bagus ceritanya kan 👍saya suka juga ilustrasi dari filmnya.
nak tengok movie ni sebab nampak cute itik-itik tu hahaha
ReplyDelete