Movie Review | Merry Christmas (2024)

Monday, 11 March 2024


Director: Sriram Raghavan
Writers: Sriram Raghavan, Arijit Biswas, Tamojit Das, Pooja Ladha Surti, Anukriti Pandey
Cast: Katrina Kaif, Vijay Sethupathi, Sanjay Kapoor
Production Companies: Tips Films, Matchbox Pictures
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, UFO Moviez (Hindi), Netflix
Genre: Mystery / Thriller
Running Time: 144 minutes
Release Date: 12 January 2024
Trailer:


Berlatarkan kota Bombay pada tahun 1980, Albert (Vijay Sethupathi) pulang semula ke rumahnya setelah 7 tahun berhijrah ke Dubai dan bekerja sebagai arkitek di sana. Jirannya (Tinnu Anand) memberitahu ibu Albert meninggal dengan mudah dan tenang, upacara pengebumian ibunya juga berjalan lancar. 

Pada malam menjelang Krismas, Albert pergi ke sebuah bar dan bertemu dengan Maria (Katrina Kaif) dan anak perempuannya, Annie (Pari Maheshwari Sharma) yang bisu selektif. Albert dan Maria kemudiannya pergi menonton filem The Adventure of Pinocchio bersama-sama. Gara-gara Annie tertidur semasa menontonfilem tersebut, Albert temankan Maria pulang ke apartmennya. 


Sementara menunggu Maria letak Annie di katil, Albert melihat-lihat kawasan ruang tamu apartment Maria yang kelihatan kemas dan rapi. Albert gantung hiasan sangkar burung di pokok Krismas Maria sebagai hadiah perkenalan mereka pada malam tersebut. Maria muncul dan mengajak Albert keluar bersiar-siar di luar. 

Dari perbualan mereka Albert dapat tahu Maria mempunyai suami yang baran bernama Jerome ( Luke Kenny) dan kerana perlakuan agresif suaminya, Annie mengalami trauma sehingga tidak mahu bercakap. Albert pula masih belum move on sejak putus cinta dengan kekasihnya, Rosie (Radhika Apte) yang merupakan isteri orang. Walaupun suka sama suka, Rosie tak rasa hubungan mereka boleh pergi jauh lalu pulang ke pangkuan suaminya. 


Sekembalinya mereka ke apartment Maria, Jerome kaku di kerusi kayu bersama pistol di tangan. Albert tak mahu menelefon polis kerana kisah silamnya. Apa rahsia yang disembunyikan oleh Albert, kena tengok lah dekat Netflix. 

Naskhah misteri thriller Merry Christmas, karya terbaru Sriram Raghavan merupakan adaptasi dari novel Perancis, karya nukilan Frederic Dard berjudul Le Monte-charge (Bird in Cage). Filem yang berlatarkan Hari Natal menggunakan sebaiknya suasana pada hari perayaan tersebut. Dengan berlatarkan kota Bombay pada tahun 1980-an, bandar tersebut tampak hidup dengan pelbagai latar budaya yang dipaparkan menerusi lensa Madhu Neelakandan. 


Personally, I ada expectation yang tinggi untuk Merry Christmas sebab filem Sriram sebelum ni, Andhadhun (2018) mempunyai jalan cerita yang unik dan segar, sarat juga dengan saspens dan teka-teki. Berbeza dengan Merry Christmas yang dibikin dalam pace yang perlahan, dialog yang minimal dan kurang menyengat penceritaannya. Tapi masih lagi seronok untuk ditonton sebab watak Maria dan albert sama-sama ada misteri tersendiri. Perbuatan masing-masing mengundang pertanyaan terutamanya selepas Jerome ditemui mati di apartment Maria. Bila masuk watak Ronnie (Sanjay Kapoor) yang miang, momentum Merry Christmas mula meningkat dan semakin menarik. 

Disebabkan Andhadhun juga, mata tak berhenti tengok hint yang disembunyikan oleh pengarah sama ada melalui pakaian yang dipakai oleh Maria ataupun props yang digunakan seperti swan origami ataupun lagu yang dipasang oleh Maria. 


Lakonan antara kekuatan utama dalam naskhah Merry Christmas di mana Vijay Sethupathi mendapat ruang yang banyak untuk melontarkan watak Albert yang cuba lari dari dosa silamnya. Fresh pairing bila Sriram pilih Katrina Kaif untuk melakonkan watak Maria yang tertarik dengan peribadi Albert. Chemistry Vijay dan Katrina tak lah kuat sangat tapi Sriram pandai sorok kelemahan tu dan hasilkan hubungan yang lebih natural. Music score dari Pritam makin menghangatkan lagi perasaan antara dua watak utama ni dengan lagu Raat Akheli Thi dendangan Arijit Singh. 



Kalau ikutkan, filem Merry Christmas ni mempunyai jalan cerita yang kuat sebab kalau dibikin dalam template romantic comedy pun menjadi. Walaupun dalam keadaan genting, bila Maria dapat tahu rahsia Albert, tergelak jugak tengok babak tu. Sama juga bila Maria endahkaan Albert bila Ronnie muncul hulurkan bantuan. 


Filem Merry Christmas mungkin bukan selera semua peminat filem atau penonton kasual tapi filem ni layak diberikan perhatian walaupun cuma sekali sahaja. Sesuatu yang lain dari kebiasaan dan percubaan berani dari Sriram Raghavan dan production team yang terlibat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

2 comments

  1. Bila tengok tajuk ingat movie Mat Salleh tapi Bollywood ya....Katrina Kaif ni memang lawa.

    ReplyDelete
  2. Saya selalu suka cara kakak mereview Movie2k ini. Apalagi sampai ada rating. Dan Krn ini lumayan tinggi, oke, saya akan tonton 👍

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.