TV Show Review | Treasure Map Season 3 Episod 63: 🌿 Those Who Find Peace Will Avoid Flour 😢‍🌫️

Sunday, 4 February 2024


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor: TREASURE Youtube account
Genre: Variety Show
Running Episodes: 16 episodes (25:36 minutes for episode 63)
Release Date : 01 September 2023 – 04 January 2024
Video :


Lepas ujian bertenang secara individu kemudiannya ujian tulis perkataan secara berkumpulan dalam Episod 62, TREASURE perlu bertenang melalui ujian ketiga iaitu Teamwork Training. Dalam ujian ni TREASURE kena lalu beberapa halangan tanpa pecahkan atau jatuhkan belon yang diberikan oleh staff. Risau bila tengok platform acupressure dengan limbo. Agak mustahil untuk TREASURE lepas dengan tenang. 

Dekat awal ujian lagi editor terpaksa potong beberapa klip sebab TREASURE dah mula naik angin sebab belon dah nak terlepas. Baru lepas satu halangan dah macam-macam jadi sampai tak larat nak gelak. Bila TREASURE dah bertenang, dah bincang strategi nak pakai, diorang start balik ujian tadi. Kali ni Hyunsuk berada di hadapan barisan untuk pastikan ahli lain tak mengamuk macam masa Jihoon jadi ketua barisan.  


Bertenang sebelum ujian tak bermaksud TREASURE kekal tenang semasa ujian. Yang terpaling tenang pun boleh geram sebab stress. Nak hadap acupuncture platform satu hal, mana nak jaga belon lagi, nak hadap perangai member yang lain pun mengundang juga. 

Haruto: Yaaa!! Please go quickly!!
Junkyu: Just go!!
Jeongwoo: Stop!!!
Hyunsuk: Just come!!


Tak tahu lah macam mana editor buat kerja dekat dalam editing room sebab suara TREASURE menjerit boleh pecah gegendang telinga. Siapa yang lontarkan idea ni untuk Treasure Map deserved a raise. Lepas habis ujian ketiga, Yoshi minta jumlah pelekat dikira dan Yoshi juga berada di tempat pertama untuk penalti TEU-Peace. 

Ujian keempat berpatah balik kepada ujian individu bila ahli TREASURE perlu duduk di bawah belon yang berisi tepung. Belon perlu melepasi garisan selamat supaya tali boleh ditarik. Sekiranya gagal, ahli tersebut akan mendapat penalti. Ujian ni agak sukar lah untuk TREASURE sebab kebanyakan ahli tinggi belaka. 


Doyoung: It feel scarier than bungee jumping!
Jeongwoo: Scarier than bungee jumping? Overcoming this will makes you a more mature man!

Ramai yang nervous masa buat ujian ni sebab kena berlawan dengan masa. Jarak safe line dengan thorn crown bukannya jauh sangat pun. Berdekah tengok Junkyu nervous sebab dia telan air liur kuat sangat. Punya lah nervous sampai Jeongwoo pun tak sampai hati tengok dia kena penalti so dia bagi lagi satu peluang. Muka Junkyu masa dapat peluang kedua tu comel sangat. Awww kyeopta~!!


‘Asahi, it’s okay if you get hit with flour because you are already white.’ – Hyunsuk

Sama macam Episod 62, episod ni pun seronok tengok TREASURE cuba untuk bertenang. Diorang dah cuba untuk bertenang tapi tetap gagal dengan jayanya. Walaupun muka TREASURE penuh dengan tepung tapi visual tetap on point, tak macam kita kalau kena tepung. Orang tengok pun dah urut dada cari nyawa. Staff YG Entertainment pun melayan bila diorang nak buat slo-mo shot kibas tepung dari muka. 

Penalti akhirnya ditentukan oleh TREASURE untuk member yang gagal mencapai ketenangan. Mereka perlu daki bukit Ansan untuk tengok matahari terbit dan buat sesi meditasi dekat bukit tu. Pukul 3 pagi dah bangun untuk daki bukit dalam gelap. Nasib baik bukan Hyunsuk yang dapat penalti sebab dia penakut teruk. Silap haribulan matahari dah terbit pun dia baru menapak berapa langkah sampai kena tukar penalti lain.


‘Even though we’ve failed, the fact that we did the training is important.’ - Yoshi

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.