TV Show Review | Treasure Map Season 3 Episod 62: 🌿 TREASURE Finding Inner Peace 🤙 Punishment for Getting Angry

Sunday, 4 February 2024


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor: TREASURE Youtube account
Genre: Variety Show
Running Episodes: 16 episodes (20:03 minutes for episode 62)
Release Date : 01 September 2023 – 04 January 2024
Video : 


Lepas penat bermain dalam Episod 60 dan episod 61, staff YG Entertainment bawa TREASURE healing di kawasan perkampungan yang terletak berdekatan dengan laut. Dalam episod ni semua ahli TREASURE akan dapat penalty sekiranya mereka marah. Belum buat greeting pun lagi, Asahi dah geram dengan Doyoung sebab lambat. 

Doyoung: what’s the prepared theme?
TREASURE: What is it?
Doyoung: It’s TEU-PEACE!
TREASURE: ONE PIECE!!!


Konsep TEU-PEACE adalah gabungan TREASURE dan Inner Peace. Menerusi pelbagai ujian yang akan diberikan sepanjang TREASURE berada di kawasan tersebut, mereka akan cuba capai tahap ketenangan jiwa. Marah dan sakit hati adalah dilarang sama sekali untuk episod ni. 

Sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh TREASURE lah sebab semua pun jenis kepala angin terutamanya Jeongwoo, Haruto dan Junkyu. Jaehyuk yang comel tu pun senang annoyed dengan benda kecil. Jihoon pula gunung berapi aktif dalam TREASURE. Doyoung seorang je yang terpaling tenang dari musim pertama sampai sekarang. Mungkin sebab tu dia jadi emcee. Pelekat muka dia pun yang terpaling comel antara semua sebab tak pandai nak marah. 


Doyoung: To reduce anger and annoyance, we’re gonna address each other politely and use honorifics.
Jihoon: How long are we gonna do this? Even at the company?
Doyoung: [awkward laugh]

Sekiranya ada member TREASURE yang marah atau geram dan ahli lain sebulat suara mimic muka atau perbuatan tersebut adalah marah, ahli tersebut akan dapat pelekat marah. 
Doyoung: The member who gets the angriest gets a penalty. They have to feed and send our baby Junghwan to school. 
Junghwan: Why am I forced to involved in the penalty? 


Berdekah tengok maknae tanya soalan tu bila dapat tahu apa penalti yang akan diberikan. Tak pasti lah kenapa baby cow tak nak terlibat dengan sesi penalti. Mungkin sebab dia dah besar kot, dah tahun akhir dah kat sekolah. Malu kalau kawan dengan juniors tengok sebab pergi sekolah kena hantar lagi. 

Tapi macam menggamit kenangan je kalau ada yang dapat penalti tu sebab masa musim pertama Treasure Map dalam Episod 26, Junkyu hantar Junghwan pergi sekolah. Musim ketiga pun ada juga penalti tu. I mean, it would be an awwwdorable moment since we’ve witnessed baby’s growth after two seasons. Masa tengok Junkyu hantar baby cow pergi sekolah tu pun dah happy. One of heart-warming episode. Mungkin juga sebab Junghwan dah boleh agak Jihoon akan kalah jadi dia tak nak kena torture macam Jeongwoo dulu. 


Masa tahu konsep Episod 62 ni, I predict episod ni mungkin akan jadi episod yang tenang tapi ternyata salah. Banyak meme dan benda kelakar yang terhasil dari episod ni. Moment yang sweet dan plot twist pun banyak juga. 

Seronok bila tengok Asahi having fun dalam episod TEU-Peace ni, berbeza dengan Asahi dalam Episod 16 & Episod 17 di musim pertama bila dia struggle untuk bercakap. Sisi extrovert dia mungkin dah meningkat sampai 40% dah sekarang. Mungkin juga dia happy nak join TEU-Peace ni sebab game yang perlukan kerjasama memandangkan Asahi tak suka game yang berlawan atau bergaduh sesama sendiri. 


Seronok tengok Episod 62 ni sebab sinematografi cantik dengan caption yang heartwarming dari editor. Panorama kawasan luar bandar dengan landskap laut dekat belakang tu buatkan episod ni nampak lebih cantik. Video masing-masing pun on point sebab shooting guna natural light. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.