TV Show Review | Treasure Map Season 3 Episod 66-67: Living in Asahi Living as Jihoon

Monday, 5 February 2024


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor: TREASURE Youtube account
Genre: Variety Show
Running Episodes: 16 episodes (18:02 minutes for episode 66) (17:41 minutes for episode 67)
Release Date : 01 September 2023 – 04 January 2024
Video : 


Sebelum ni dalam TREASURE MAP Season 2 Episod 32, staff YG Entertainment buat episod yang kreatif di mana TREASURE members kena hidup sebagai Choi Hyunsuk ataupun Kim Junkyu. Kedua-duanya mempunyai karakter dan cara hidup yang berbeza. Sama juga dengan Episod 66 dan 67 di mana Park Jihoon seorang extrovert dan mempunyai jadual yang sibuk dan padat sesuai dengan karakter dia. Sementara Asahi pula seorang yang artistik, romantik, tenang dan introvert. 

Team Jihoon : Doyoung, Junkyu, Junghwan, Haruto
Team Asahi: Hyunsuk, Jaehyuk, Jeongwoo, Yoshi


Terkejut juga bila tengok line up untuk kedua-dua team sebab Hyunsuk rapat dengan Jihoon dan ada personality traits yang sama. Tak sangka dia pilih untuk masuk Team Asahi. Jeongwoo tu tak hairan sangat sebab dia 0104 unit jadi dah banyak kali spend time sama-sama dengan Asahi dan Jaehyuk.

Tak pasti kenapa Junkyu pilih untuk masuk Team Jihoon sedangkan dia suka melepak dalam bilik. Mungkin balas budi Jihoon join team dia dalam Episod 32 dulu. Dalam episod tu triplets (Jihoon, Junkyu & Doyoung) ada dalam satu team, dalam Episod 66 pun melekat juga. So, they’re basically inseparable. Glad baby cow join Team Jihoon sebab ada moment diorang bersama. 


Team Asahi start dengan check pakaian sama tak dengan Asahi, minum air mineral 2 liter, main Halli Galli dan menyanyi dengan gitar. Team Jihoon pula mulakan hari dengan melawat art exhibitions. Since Jihoon selalu update dekat Twitter, Instagram atau Weverse aktiviti seharian dia setiap minggu, it’s kinda expected lah. 

‘I can’t stay in one place for too long, I really enjoy experiencing new things. As knowledge accumulates, as an artist, I unknowingly gather inspiration.’ – Park Jihoon. 


Sebelum ni pun ada TMI Jihoon dengan Yoshi spend a day together. Dalam episod tu Jihoon dengan Yoshi lepak dekat fancy restaurant. Sama juga dalam Episod 66 ni, bila Jihoon ajak semua Jihoon yang lain makan dekat fancy restaurant supaya mood dekat galeri seni tadi tak lari. Kalau sembang pasal makanan kegemaran Jihoon, mesti lah steak separuh masak. 

Dalam episod ni boleh nampak citarasa Asahi dah mula terpengaruh dengan Jaehyuk dan Jeongwoo sebab dia dah mula suka dengan makanan Korea. Sebelum ni dia suka makan makanan Jepun tapi sekarang dia suka makan budae jjigae. Senang sangat Jeongwoo dengan Jaehyuk nak selamatkan diri dari kad kuning sebab diorang punca Asahi ikut eating habit bila makan budae jjigae. Celur dulu mi dalam kuah budae jjigae lepastu makan mi alas dengan penutup bekas. 


Lepas habis makan tengahari, Asahi ajak semua Asahi lain join dia minum kopi dan makan croissant dekat rooftop Treasure’s Guesthouse. Memandangkan Asahi adalah orang yang klasik dan vintage, nak minum kopi kena kisar sendiri lepastu bancuh. Dulu Jeongwoo tak mampu pun nak minum kopis ais dalam Episod 32 tapi dalam Episod 66 dia dah boleh bancuh kopi ais sendiri. Awwdorable moment jugak lah sebab tengok TREASURE members membesar depan mata. 

Dalam Episod 66 ni boleh nampak lah Hyunsuk penat dengan kerja, sebab tu dia pilih untuk masuk Team Asahi. Kebanyakan masanya dia tengok Asahi dengan member lain have fun. Screentime dia tak banyak dalam Episod 66 tapi naik balik dalam Episod 67, maybe sebab Asahi ajak keluar have fun dekat Han River. 


Betul lah cakap Jihoon, personaliti dia dengan Asahi sebenarnya tak banyak beza pun sebab diorang ada jadual penuh dengan aktiviti, keluar jalan-jalan, ambil gambar tu wajib kemudian makan. Tidur bukan dalam kamus hidup Jihoon dan Asahi. Tdiur tu Haruto dengan Junkyu je lepastu main game. Anyway I had fun with both episodes. Kalau kena pilih mungkin I akan join Team Asahi sebab sejenis hati ada taman bunga hiksss~!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.