TV Show Review | Treasure Map Season 3 Episod 64: 🎬 My BF Is TREASURE 🎬

Monday, 5 February 2024


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan, Jin Ye-eun
Production Company: YG Entertainment
Distributor: TREASURE Youtube account
Genre: Variety Show
Running Episodes: 16 episodes (24:32 minutes for episode 64)
Release Date : 01 September 2023 – 04 January 2024
Video : 


Dalam TREASURE MAP musim ke-3 meneruskan tradisi di mana wujudnya short movie yang bertemakan parody dari K-drama popular seperti Descendants of the Sun, Secret Garden, Coffee Prince, The Heirs, Stairway to Heaven, Lovers In Paris dan banyak lagi. Konsep filem pendek parodi tersebut menggunakan konsep yang sama dengan drama Hidayah Daebaking. 

Babak bermula dengan watak Kim Yeoju (Jin Ye-eun) yang bermonolog sendirian kerana sunyi tanpa teman lelaki kemudiannya disapa oleh seorang nenek tua (Choi Hyunsuk). Kelakar tengok nenek ni sebab rambut dah beruban, muka pun dah berkedut tapi jam dekat tangan tak nak kalah. Pakai Rolex sekali dengan pakej cincin batu. 


Nenek tadi jual satu set VHS tape dengan 10 tajuk filem berbeza. Kim Yeoju pilih ‘Caring Boyfriend’ sebagai permulaan. Dia bertemu dengan Kapten Yoo Si-jin (Park Jihoon) yang muncul dalam baju celoreng tentera Korea. Awalnya rasa romantik tapi makin rimas pula bila semua perkara ada pertanyaan sampaikan nak berus gigi ataupun cuci muka pun tanya pendapat girlfriend. 

Kim Yeoju pilih tape kedua dengan Free-Spirited Boyfriend di mana dia bertemu dengan Ji-hoo (Kim Doyoung) pemain biola yang kacak. Tapi terlampau jiwa bebas pun susah juga sebab dia peduli pasal diri dia je. Tak ambil masa yang lama pun untuk Yeoju pilih VHS tape ketiga dengan ‘Loyal Boyfriend’ di mana dia bertemu dengan Cheol-su (Yoon Jaehyuk) dari drama A Moment to Remember. Awalnya Yeoju bahagia tapi lama-kelamaan dia berasa pelik dengan sikap Cheol-su. Sama juga dengan lelaki, Yeoju tak bahagia dengan pilihan ketiga tersebut. 


‘Yeoju…I actually have a confession. I only know you… I mean, I don’t know Korean except for your name. Maybe there’s an eraser in my head. I don’t know any other word but you.’ – Cheol-su

Personally, I tak berapa suka dengan filem pendek parodi ni sebab skrip tak cukup kuat untuk hadirkan babak komedi. Lakonan Jin Ye-eun kurang meyakinkan sebagai pelakon utama di mana dia perlu wujudkan suasana yang kelakar dan romantik. Mungkin sebab impak Hidayah lebih kuat sampai pelakon lain tak mampu nak deliver dengan cemerlang. 


Boleh kata reaction Jin Ye-eun lebih kepada control cantik walaupun masuk babak menyampah atau pasrah sedangkan Lee Sae-young all out dengan mimik muka yang kelakar. Sayang lah sebab TREASURE dah berlakon dengan bagus macam Jihoon, Doyoung, Jeongwoo ataupun Hyunsuk. Kali ni So Junghwan dengan Asahi tak dapat screentime yang banyak. Kecewa bila tengok watak Asahi sebab masa dia jadi barista tu komedi dia nampak canggung. Jauh beza dengan watak kelakar dia dalam parodi, It’s Okay…That’s Friendship (2021).

Walaupun filem pendek parodi cuma bedurasi sepanjang 24 minit tapi wardrobe team dan art team bagi perhatian pada pakaian yang digunakan dan juga props yang digunakan. Macam dalam babak parodi Descendants of the Sun, Jihoon guna iPhone 7 sebab drama tu tayang pada tahun yang sama smart phone tu popular. Sinematografi yang digunakan dalam filem pendek ni diberikan sentuhan sama macam K-drama, dreamy and warm. 


Anyway, it’s a great attempt from YG Entertainment through this short film. It just… not my type of comedy. Maybe tahun depan TREASURE boleh terbitkan web drama genre thriller crime macam The Mysterious Class (2022) sebab TREASURE lebih cemerlang dalam genre yang serious. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.