Movie Review | Catatan Si Boy (2023)

Friday, 2 February 2024


Pengarah: Hanung Bramantyo
Penulis Skrip: Upi Avianto
Pelakon: Angga Yunanda, Syifa Hadju, Arya Vasco, Rebecca Klopper, Carmela van der Kruk, Alyssa Daguise, Gemi Nastiti, Diandra Agatha, Naimma Aljufri, Ara Ajisiwi, Elmand, Michael Olindo, Lukman Sardi, Meriam Bellina, Dede Yusuf, Marcella Zalianty 
Syarikat Produksi: MD Pictures, Dapur Film, MVP Pictures
Pengedar: TGV Pictures (Malaysia), Amazon Prime Video
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 126 minit
Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2023 (Indonesia), 23 November 2023 (Malaysia)
Trailer:


Filem yang dibikin semula dari filem Catatan Si Boy arahan Nasir Cheppy yang ditayangkan pada tahun 1987 mengisahkan tentang Boy atau nama penuhnya Randy Tanoedirja. Boy merupakan anak sulung kepada pasangan jutawan di Jakarta. Hidup serba mewah, cerdas dalam pelajaran, aktif dalam sukan tinju, baik hati juga menjaga ibadahnya. Hidup Boy juga dilengkapi dengan kehadiran Nuke (Syifa Hadju) yang cantik, memahami dan baik. 

Malangnya kisah cinta mereka tidak dapat diteruskan kerana dihalang oleh Papa Nuke (Lukman Sardi). Walaupun Boy mempunyai peribadi yang baik juga datang dari keluarga senang tapi tak bermakna dia akan biarkan anaknya bercinta dengan orang yang tak pandai hormat akan peraturan negara. Pekerja Papa Boy (Dede Yusuf) cuba untuk merasuah supaya perniagaannya berjalan lancar. 


Orang tua Nuke menghantarnya belajar ke Amerika sementara Boy terpaksa teruskan kehidupan seperti biasa setelah cintanya terhalang tanpa alasan munasabah. 

Setahun berlalu, Boy bertemu dengan Vera (Alyssa Daguise) di kampusnya. Vera bukan saja cantik, seksi malah pandai mengambil hati Boy yang sedih dan kesepian. Boy masih lagi belum boleh melupakan Nuke tapi adiknya, Ina (Rebecca Klopper) nasihatkan supaya berkawan saja dulu dari biarkan sedih hati melarat. 

Filem Catatan Si Boy arahan Hanung Bramantyo menggunakan penceritaan yang berlatarkan pelajar kampus dan anak orang kaya jadi dengan mudahnya, filem ni menjadi filem santai yang berkesan. Menggunakan Angga Yunanda yang comel dan kacak sebagai watak utama, sutradara kreatif buatkan Catatan Si Boy yang mempunyai catatan biasa menjadi seronok sebagai sebuah cerita. Dialog yang digunakan oleh Upi Avianto terlihat sebagai entertainment material yang kuat. 


‘Mas Boy, kita ini tinggal di negara yang berflower. Jadi Tuhan yang menentuin, Mas Boy yang jalanin, ya kita semua yang ngomentarin.’ – Emon (Elmand)

Filem Catatan Si Boy menggunakan sinematografi yang berlatarkan panorama bandaraya Jakarta moden. Menerusi lensa Galang Galih, filem Catatan si Boy menguatkan screenplay untuk mengukuhkan karakter dan jiwa muda Boy yang ingin corakkan masa muda dengan perkara yang menyeronokkan. Kreatif lah juga pengarah bila dia pandai sorok kelemahan pelakon dengan menggunakan pan shot dan close-up untuk pukau penonton dengan chemistry Angga dan Alyssa. 



Filem Catatan Si Boy terbitan MD Pictures, Dapur Film, MVP Pictures mempunyai himpunan lagu yang mempunyai lirik sesuai dengan jalan cerita. Lagu Catatan Si Boy nyanyian Slank menceritakan personality Boy pada babak intro. Dengar lirik dia macam kelakar sebab Boy adalah watak yang serba serbi sempurna. My personal favourite is Berdua – Rebelsuns. 

Selain kekuatan chemistry Angga dengan Alyssa, babak romantik antara Angga dengan Syifa pun seronok je nak layan. Cuma kelakar lah masa diorang pergi bercuti dekat pulau peribadi tu sebab Nuke cadang untuk tanam surat dekat kawasan teluk kecil. Dah la tanam tak dalam, kalau air pasang tu confirm hanyut. Nasib baik lah, filem santai, terletak elok je lah suratnya. Dalam filem ni boleh nampak lah yang cantik bukan segalanya sebab Boy tetap sayang dengan Nuke, bukan saja kerana rupa paras tapi sebab sifat memahami. Vera lagi cantik dari Nuke tapi pentingkan diri. 


Siblings bond antara Boy dan Ina pun comel sebab bergaduh macam anjing dan kucing tapi bila saling memerlukan, kedua-duanya selalu ada. Babak Ina ajak Boy solat sama-sama tu comel sebab Ina tahu Boy tak nak makan tapi tetap utamakan solat masa patah hati. Dengan cara macam tu je Ina boleh tengok dan pujuk Boy. 

Rasanya filem Catatan Si Boy ada sekuel sebab dekat outro Boy ada cakap ‘sampai ini saja dulu catatannya itu’. Hopefully produser boleh cari pengarah yang lebih bagus supaya naskhah romantik drama ni terlihat lebih menarik.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8/10

2 comments

  1. okay bukan genre yg AD minat hahahah

    ReplyDelete
  2. Seriuuuuus ada remake nyaaa?? 😄😄. Ini film legend soalnya. Dan saya pernah nonton yg versi pertama, dimainkan oleh Onky Alexander, Paramitha Rusady dan meriam Bellina.

    Mungkin Krn saya udah nonton versi awal, jadi ntah kenapa kalo liat ini ya ingetnya Ama Onky 😄😄.

    Tapi tadi liat trailer, oke laaah cocok juga diperanin Ama Angga 😍🤭. Saya jadi pengen nonton versi remake ❤️

    Kalo aslinya memang ada beberapa kak. Sampe 5 atau 7 , saya tak ingat. Banyak sangat saking legend nya 😂. Apalagi Onky dan Paramitha sempat pacaran lama gara2 main di film ini. Bisa jadi remake nya bakal dibuat banyak juga 😁

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.