Kempen "Jom Beli Produk Hijau" Kerjasama MGTC & Shopee Menyaksikan Rakyat Malaysia Membeli-Belah Secara Mampan | Daripada Kertas ke Cat: Kepelbagaian Produk Hijau Pacu Kepenggunaan Mementingkan Alam Sekitar
Kempen Jom Beli Produk Hijau, sebuah kempen kolaborasi antara Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Shopee, telah berjaya mempromosikan habit membeli-belah mampan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dilangsungkan selama empat bulan dari September hingga Disember 2023, kempen ini bertujuan untuk menggalakkan kepenggunaan yang mementingkan alam sekitar dan mempromosikan kelestarian dalam pasaran Malaysia.
|
(left) Ir. Ts. Shamsul Bahar Bin Mohd Nor, Group Chief Executive Officer of MGTC and (middle) Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability, YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad at the Jom Beli Produk Hijau |
Kempen ini mencapai kadar penggunaan baucar 100% berjumlah RM60,000 terhadap produk yang ditandakan dengan MyHIJAU, satu pengiktirafan dari Kerajaan untuk produk dan perkhidmatan yang telah mendapat pensijilan hijau serta mematuhi standard alam sekitar tempatan atau antarabangsa. Pencapaian ini menunjukkan komitmen kukuh pengguna dalam menyokong produk mampan tempatan dan perubahan habit pembelian ke arah yang lebih mesra alam.
Sejumlah 1,195 penjual tempatan menyertai kempen ini dan lebih 3,600 produk hijau disenaraikan. Produk kertas merupakan kategori produk hijau paling cemerlang yang menyumbang 73% kepada jumlah jualan. Produk cat pula menyumbang 17% jumlah jualan, sementara 9% adalah daripada produk pencuci. Selebihnya, disumbangkan oleh produk pembungkusan biojisim dan produk kategori dapur. Ini menunjukkan kepelbagaian pilihan barangan mampan yang tersedia buat pengguna.
|
PaperOne is one of the top sellers in the Jom Beli Produk Hijau campaign |
Jenama tempatan seperti PaperOne, Readycare, dan Bina Paint merupakan penjual terbaik, di mana komitmen mereka terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kualiti produk mampan memenuhi keinginan pengguna, pada masa yang sama membantu kejayaan kempen Jom Beli Produk Hijau.
Trend ini selaras dengan hasil tinjauan “Shop Green with Shopee" pada tahun 2022, yang mendedahkan bahawa pengguna Malaysia kian mencari barangan mampan. Tinjauan ini menunjukkan kenaikan tiga kali ganda terhadap kecenderungan memilih produk yang mempromosikan penggunaan lebih pintar berbanding tahun-tahun lalu. Tambahan lagi, pencarian kata kunci dalam platfrom Shopee seperti 'pre-loved,' 'pre-owned,' 'warehouse clearance,' 'demo unit,' dan 'thrift,' menunjukkan menunjukkan minat yang makin berkembang terhadap pembelian mampan dalam kalangan pengguna.
|
Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability, YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad during the Jom Beli Produk Hijau Campaign Closing Ceremony |
Ir. TS. Shamsul Bahar Bin Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) MGTC menyatakan kegembiraannya terhadap kejayaan inisiatif kempen Jom Beli Produk Hijau, “Kempen ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kolektif terhadap kelestarian alam tetapi juga menunjukkan permintaan yang semakin berkembang terhadap produk hijau. Respons positif pengguna menunjukkan kesedaran yang semakin berkembang terhadap impak penting setiap keputusan yang dibuat untuk kesejahteraan planet. Kerjasama dengan Shopee membawakan kelebihan dalam landskap digital dalam mencapai pengguna secara lebih meluas. Ia juga membolehkan kami untuk mendemonstrasikan matlamat kami iaitu produk hijau mudah didapati oleh setiap pengguna, dan sokongan yang diterima ini menunjukkan bahawa permintaan terhadap alternatif mesra alam itu wujud.”
Shopee, platfrom e-dagang terunggul di Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan pembeli dengan produk mampan tempatan. Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, 'Kami berbangga menjadi sebahagian dari kempen Jom Beli Produk Hijau yang bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap kepenggunaan yang mementingkan alam sekitar tetapi juga menyokong perniagaan tempatan yang komited tentang kelestarian. Kempen ini menunjukkan komitmen berpanjangan kami dalam memacu perubahan positif dalam pasaran.”
|
Readycare is one of the top sellers in Jom Beli Produk Hijau campaign |
Kempen ini menunjukkan usaha seluruh pihak berkepentingan dalam mempromosikan kelestarian di Malaysia. Shopee kekal berdedikasi dalam memupuk kepenggunaan yang mementingkan alam sekitar dan menyokong perniagaan mampan tempatan. Upacara Penutup Kempen Jom Beli Produk Hijau telah dlangsungkan pada 22 Februari 2024 di HQ MGTC dan dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad.
******************************
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membantu para peniaga mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.