Drama Review | More Than Friends (2020)

Monday, 12 February 2024


Director: Choi Sung-bum
Writer: Jo Seung-hee
Cast: Ong Seong-wu, Shin Ye-eun, Kim Dong-jun
Production Companies: JTBC Studios, Zium Contents 
Distributor: JTBC, Netflix, VIU
Genre: Romantic / Drama 
Running Episodes : 16 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 25 September – 28 November 2020
Trailer :


Gyung Woo Yeon (Shin Ye-eun) mula jatuh cinta pada Lee Su (Ong Seong-wu) sejak zaman sekolah menengah. Bila Woo Yeon confess perasaan dia pada lelaki tersebut, Lee Su tolak dan minta mereka berkawan saja lalu pergi sambung belajar di Amerika Syarikat. Ketika pulang semasa cuti semester, Lee Su berjumpa dengan Woo Yeon dan bersiar-siar di kota Seoul dan sekali lagi Woo Yeon luahkan perasaannya. Dan sekali lagi juga Lee Su tolak perasaan tersebut dan ingin kekal sebagai kawan baik sahaja. 

Sejak dari pertemuan tersebut, Woo Yeon tutup hatinya untuk bercinta. Walaupun dia jalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki, dia akan segera putuskan hubungan tersebut sebaik saja kekasihnya ucapkan ‘I Love You’. 


Setiap kali mabuk, Woo Yeon akan drunk call Lee Su dan luahkan isi hati sebab nombor telefon sudah lama tak diguna pakai. Tiada siapa juga akan jawab panggilan tersebut sehinggalah setahun kemudian, CEO On Joon-soo (Kim Dong-jun) beli nombor tersebut. Dengan tenang dia mendengar semua luahan hati Woo Yeon sehingga lah dia bertemu Woo Yeon tanpa sengaja. 

Dalam masa yang sama juga Lee Su mendapat tawaran dari CEO On Joon-soo untuk bekerjasama dengan Woo Yeon hasilkan sebuah photo book di bawah terbitan syarikat Metaphor Publishing House. Semakin banyak masa mereka luangkan bersama, semakin Lee Su sedar yang dia jatuh hati pada Woo Yeon. 


Naskhah romantik drama More Than Friends arahan Choi Sung-bum memberi fokus kepada tema mental health di mana trauma akan memberi kesan kepada relationship. Bukan saja hubungan cinta malah terhadap persahabatan juga. Trauma yang digunakan jelas dipaparkan melalui watak Lee Su dan Kim Young-hee (Ahn Eun-jin). 

Lee Su membesar dalam keluarga yang berantakan di mana ibu bapanya sentiasa bergaduh hampir setiap malam hingga menganggu tumbesarannya. Semasa sekolah Lee Su lebih banyak mendiamkan diri walaupun dia agak popular di sekolah dan jarang bercerita dengan rakan-rakannya. Bila menginjak dewasa pula Lee Su perlu menggunakan pil tidur supaya memori ketika kecil tak menghantui. 


Sementara itu, Kim Young-hee sentiasa rasa insecure walaupun sudah bercinta dengan kekasihnya, Shin Hyun-jae (Choi Chan-ho) selama 10 tahun. Dia tak pernah bercerita tentang masalah diri, keluarga lebih-lebih lagi tentang kewangan. Young-hee juga mengelak setiap kali Hyun-jae menyebut tentang kahwin. Dia sentiasa bagi alasan yang duit belum cukup untuk kahwin kerana dia datang dari keluarga miskin. Jangankan dengan Hyun-jae, dengan Woo Yeon atau Han Jin-joo (Baek Soo-min) juga tak pernah diluahkan perihal masalah hidupnya. 

Konflik yang diketengahkan dalam drama More Than Friends agak solid untuk sebuah naskhah drama bila dialog sarat dengan nasihat dan keluhan tentang kehidupan. Namun olahan adalah musuh utama untuk naskhah terbitan JTBC Studios. Dari awal lagi dah boleh agak yang Woo Yeon akan bercinta juga dengan Lee Su sebab screentime Ong Seong-wu dengan Kim Dong-jun jauh ketara perbezaannya. Tapi okay lah sebab penulis tunjuk juga plot di mana Woo Yeon bercinta dengan CEO On Joon-soo yang baik peribadi dan tenang dalam apa jua situasi. 


Sakit sebenarnya nak habiskan drama More Than Friends ni sebab semua watak-watak wanita toksik sangat terutamanya Woo Yeon. Tak faham kenapa dia nak meroyan bila Lee Su tolak cinta dia padahal tolak dengan cara baik. Lepas dah confess tu, Lee Su okay je kalau diorang berkawan baik sebab dia selesa dengan Woo Yeon. Betul lah Lee Su kata walaupun diorang kawan dari sekolah tapi diorang tak ada lah rapat mana pun. Jadi kenapa Woo Yeon cinta mati sangat dengan Lee Su sampai tak boleh move on walaupun couple dengan 10 orang lelaki lain? 

Tak cukup dengan tu, Young-hee dengan Jin-joo benci dekat Lee Su sebab buat Woo Yeon menangis. Kalau dah dia tak suka, mana boleh paksa? Tak ada seorang pun yang cuba untuk tahu kenapa Lee Su tak suka open up walaupun watak Young-hee ada trauma yang sama. It just doesn’t add up. Even parents Woo Yeon pun salahkan Lee Su padahal dosa Lee Su cuma tolak cinta Woo Yeon in nicest way he can. 


Lepas tu, penulis tambah watak CEO On Joon-soo untuk menderita di tangan Woo Yeon. Bila dah banyak kali kecewa dengan Lee Su, dia bagi harapan dekat CEO lepastu minta putus bila dapat tahu Lee Su suka dengan dia. Bila CEO bagi dia ruang untuk bertenang, dia salahkan CEO sebab tak contact langsung padahal dia yang kata jangan contact. I was like????? I tahu lah code No means Yes tapi drama ni berlatarkan suasana cinta orang dewasa. Watak-watak yang wujud digambarkan sebagai matang. 

Sembang pasal watak Young-hee, I faham dia terbeban dengan kekurangan keluarga yang miskin dan sentiasa perlukan duit tapi tak faham kenapa dia perlu layan Hyun-jae macam orang asing. Dia tak pernah cerita pasal keluarga sebab takut Hyun-jae lari cari orang lain padahal bila Hyun-jae tahu pun, dia tak ada masalah pun untuk tolong sebab dia sayang. Dia bagi love, comfort, care and everything sudahnya Young-hee minta putus. I tahu lah dia rasa insecure tapi di mana konsep budi yang baik dikenang jua? Apa mesej sosial yang ingin disampaikan oleh penulis? 


Sama juga dengan Jin-joo yang desperate nak ada cinta tapi bila watak Jin Sang-hyeok (P.O), dia malu nak bagitahu orang. Tak tahu kenapa dia malu bercinta dengan chef, mungkin tak sama taraf dengan dia yang bekerja sebagai peguam dan produk keluaran Seoul National University. 

First half drama More Than Friends ni dengan second half dia tak ada beza pun sebab dok repeat konflik yang sama. Lagi rasa nak maki Woo Yeon bila dia minta putus dengan Lee Su gara-gara sunyi tak dapat video call selalu padahal sedia maklum Lee Su bekerja di luar negara sampai kena masuk kawasan kampung yang tak ada line. Kenapa entah perempuan macam Woo Yeon ni boleh dapat lelaki-lelaki baik dalam hidup dia padahal toksik teruk. Boleh pula watak Lee Su tu tahan dengan Woo Yeon padahal dera mental dia setiap masa. Penat tau duduk dalam relationship yang insecure, macam hidup dekat ladang periuk api pun ye jugak. Silap langkah, meletup.


Masa pilih drama ni dengan harapan boleh healing rupanya makin stress! Chemistry Ong Seong-wu, dengan Shin Ye-eun pun tak kuat sangat untuk tumpang rasa bahagia bila masuk babak romantik. Positive points yang I kutip dari drama ni dekat career angle Woo Yeon sebagai kaligrafer. Tak tahu pula peluang kerjaya meluas sampai macam tu. Nice to watch that part. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.