Director: Ha Byung-hoon
Writer: Ha Byung-hoon
Cast: Seo In-guk, Park So-dam, Go Youn-jung, Yoo In-soo
Production Companies: SLL, Studio N, Saram Entertainment
Distributor: Amazon Prime Video
Genre: Thriller / Action / Drama
Running Episodes: 8 episodes (38-64 minutes per episode)
Release Date: 15 December 2023 – 05 January 2024
Trailer :
Selepas 7 tahun berusaha untuk mendapatkan kerja di Taekang Group, Choi Yi-jae (Seo In-guk) mengambil keputusan untuk bunuh diri. Bukan saja kecewa dengan karier stabil yang tak kunjung tiba, dia juga patah hati selepas putuskan hubungan dengan Lee Ji-su (Go Youn-jung). Perlakuan membunuh diri dibenci oleh Death (Park So-dam) apatah lagi Tuhan. Dek perbuatan yang pentingkan diri ni, Yi-jae mendapat hukuman dengan perlu melalui 12 kematian yang ngeri.
Kematian tersebut akan dialami oleh roh Yi-jae dalam badan manusia yang bakal mati. Sekiranya Yi-jae berjaya selamatkan badan tersebut dari ajal, dia dapat hidup dalam badan tersebut dan mati dengan tenang. Jika dia gagal, neraka adalah tempat dia untuk terima hukuman. Peraturannya mudah, Yi-jae cuma perlu bermain tanpa membunuh manusia lain.
Badan pertama yang dipilih oleh Death ialah Park Jin-tae (Choi Si-won), bakal CEO Taekang Group. Beliau berada di dalam sebuah pesawat peribadi yang bakal terjunam kerana kerosakan enjin. Tak mungkin lah Yi-jae berjaya selamatkan diri dari keadaan tersebut. Badan kedua pula adalah Song Jae-seop (Sung Hoon) yang gemarkan sukan lasak. Dia menerima tawaran untuk mendarat tanpa payung terjun dengan ganjaran sebanyak 300 billion won. Percubaan dia untuk mengelak kematian juga gagal.
Seterusnya Death menghantar Yi-jae untuk masuk ke dalam badan Kwon Hyeok-su yang akan membunuh diri kerana dibuli teruk oleh rakan sekelas. Yi-jae berjaya gagalkan cubaan remaja 17 tahun tersebut dari membunuh diri malangnya dia dibunuh. Berjayakah Yi-jae menggunakan lagi 9 peluang untuk hidup di dunia?
Drama Death’s Game hasil sutradara kreatif Ha Byung-hoon diadaptasikan dari webtoon karya ilustrasi Lee Won-sik dan Ggulchan yang diterbitkan pada tahun 2019. Naskhah Death’s Game mempunyai dua bahagian di mana watak Yi-jae mula bermain permainan dan ingin membalas dendam pada bahagian kedua.
Plot dikembangkan dengan baik bersama emosi yang kuat menerusi manusia-manusia yang dirasuki Yi-jae. Elemen dramatik juga hadir bila watak Yi-jae mula sedar ibu dan teman wanita yang dia tinggalkan hidup dalam kesedihan. Bukan makin berkurang beban yang ditanggung malah semakin bertambah. Tak diceritakan pula kenapa Yi-jae obsess dengan jawatan dalam Taekang Group sampai dia bertindak untuk bunuh diri bila gagal dalam interview.
Dekat awal episod macam geram juga dengan Death sebab permainkan emosi Yi-jae tapi semakin cerita bergerak, semakin kita sedar yang manusia terlalu ambil mudah dengan nikmat Tuhan. Bunuh diri bagi kesan kepada keluarga dan kenalan sekeliling juga. Dekat Episod 8 memang sedih teruk. Sub-plot diceritakan dengan baik cuma ada masanya sub-plot lebih mendominasi sampai tersasar dari plot utama.
Sinematografi Death's Game berlatarkan bandaraya Seoul yang sentiasa sibuk tanpa dan bersilih ganti dengan neraka. Beberapa babak menggunakan CGI terutamanya babak Yi-jae dengan Death kurang meyakinkan. Entah kenapa pengarah gambarkan neraka macam tu sebab tak menakutkan pun. But apart from these scenes, visual untuk babak kejar-mengejar di jalanraya, babak café Jang Geon-u (Lee Do-hyun) dan beberapa babak aksi dipaparkan dengan cantik menggunakan teknik kamera yang bersesuai dan juga drone.
Babak aksi yang digunakan untuk watak Lee Ju-hun (Jang Seung-jo), seorang fixer yang bekerja dengan organisasi rahsia antara kekuatan dalam Death's Game. Seronok tengok Yi-jae guna kebolehan Ju-hun untuk lari dari musuh. Sama juga dengan babak Jeong gyu-cheol (Kim Jae-wook) berlawan dengan Park Tae-woo (Kim Ji-hoon).
Bijak lah casting director cari pelakon sebab semuanya berkarisma dan maskulin, sesuai dengan persona Yi-jae kecuali beberapa watak. Pengarah bagi Kim Jae-wook conquer screentime sebab dah tahu audience akan terikat dengan watak tu. Tak ada langsung peralihan antara Seo In-guk dengan Jae-wook macam watak lain sepanjang episod tersebut.
One of a great thing bila layan drama yang memang khas ditayangkan dekat streaming platform sebab pelakon dapat peluang menyerlah dalam ruang yang diberi oleh penulis dan pengarah. Walaupun kebanyakan pelakon dapat ruang yang singkat tapi impak tu mempengaruhi mood penceritaan dan kukuhkan lagi screenplay.
Boleh kata naskhah Death's Game adalah medium untuk menyampaikan mesej sosial kepada penduduk Korea kerana masalah bunuh diri yang semakin tinggi. Sama macam drama Tomorrow (2022). Cuma curious dengan ending sebab nak tahu macam mana Yi-jae nak halang Park Tae-woo dari buat kerja gila. Death’s Game deserves a sequel!
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.