Badminton Session, Lead Sport Badminton Center, Kota Damansara

Wednesday, 21 February 2024


Dah lama tak turun main badminton dengan colleagues jadi aktiviti riadah tahun 2024 ni kita start dengan badminton. Asalnya nak buat tournament boling tapi sebab susah nak cari tempat yang ngam, kita proceed dengan badminton dulu. 

Awal bulan Februari haritu dah buat warm-up session tapi 4 orang je boleh turun sebab last minute plan. Kali kedua ni ramai sikit yang dapat datang sebab buat pada hari yang kebayakannya available which is hari Jumaat. Awalnya takut nak kacau hari Jumaat sebab ramai nak balik kampung rupanya ramai onzzz je. Even Datuk Hisham dengan Datin Rafidah pun boleh join sekali. 




Ikutkan kitorang book 2 badminton court je tapi sebab malam tu hujan lebat sangat, dapat lagi satu extra court dekat bahagian belakang. Puas lah semua orang main walaupun satu jam sebab tak payah nak tunggu giliran team sekian sekian habis main. 


Rezeki jugak sebab ada Anaqi yang comel untuk kutip shuttle. Sampai merah muka berpeluh teruk berlari sana sini, nak deliver service terbaik punya pasal. 








Nak book badminton court dekat sini agak susah lah sebab ramai yang main. Lambat sikit je penuh ataupun dapat waktu yang tak sesuai untuk main macam pukul 7 malam sampai 8 malam. Waktu tu tak cun sebab nak solat Maghrib, even pukul 8 malam agak awal sebab waktu Maghrib masuk lambat jadi kita pun habis solat lambat. Habis solat memang terkejar drive pergi Lead Sport Badminton Center dari Oasis Square Ara Damansara. Kalau dah seronok main macam minggu ni lepastu nak extend memang tak dapat lah. 








But anyway kitorang seronok je spend time main badminton sama-sama walaupun banyak kali miss nak smash. Dah cukup satu jam sesi main badminton, sambung pula setengah jam sesi kutip gambar. Kita yang bukan geng iPhone ni mampu tengok dekat tepi je. Dah keluar dari court sambung pulak bergambar dekat luar court. 

Bila beriadah ramai-ramai macam ni rasa seronok nak main sebab ramai. Yang tak pandai main boleh belajar, yang pandai main boleh show off skills, yang tak suka main boleh jadi tukang sorak dekat tepi ataupun ambil gambar. Sebab seronok ramai yang turun join badminton, next week dah confirm ramai jugak yang turun. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.