Wedding Abang Sheera

Saturday, 6 January 2024

Bulan November 2023 dapat jemputan dari Sheera untuk majlis kahwin abang sulung dia. Sheera tak ajak ramai pun sebab bukan wedding dia jadi dia ajak Corporate Department je lah itu pun I dengan Syaz je dapat datang. 


Majlis kahwin Shazmeer & Aisyah ni buat dekat Dewan IPK Seksyen 9, Shah Alam jadi tak payah nak risau bab parking sebab luas sangat dekat situ. I dengan adik gerak pukul 12 tengahari sebab nak menyinggah ke AEON Shah Alam lepas tu. Kononnya lepas makan terus gerak tapi hujan lebat pulak masa makan tu. Boleh je nak redah tapi sempat lah lencun dulu. Dah lah nak masuk mall, ada jugak yang selsema esoknya. So kitorang lepak je sampai hujan berhenti. 




Lepak dekat kenduri kahwin bukannya boleh buat banyak benda sangat selain ambil gambar dan makan. Lepastu dengar pengantin bagi ucapan dan cerita macam mana diorang berjumpa. Abang Sheera jumpa jodoh dalam kawasan kejiranan juga, isteri dia kawan dari sekolah, selalu lah datang rumah main game sama-sama. Bila besar jadi suami isteri. Haa senang jodoh diorang. 









Bergambar dekat satu port pun banyak keping, imagine lepak lagi lama, entah berapa keping terhasil. Masa pergi wedding ni pinjam baju adik yang dah lama tak pakai. Nak pakai baju kurung sendiri, semua macam dah pernah pakai. Baju ni a bit besar actually sebab tambah satu saiz. Sebab tu lah banyak menyorok dalam gambar sebab tak cantik sangat bila berdiri. Gedik nak pakai jugak sebab kerawang dekat bahagian dada dengan tangan tu cantik haha

Thank you Sheera dan keluarga jemput kitorang. Makanan sedap tapi segan nak tambah banyak. Power betul polis masak lauk kenduri siap ada gulai daging batang pisang. Semoga pengantin bahagia dan kekal hingga ke Jannah. 

4 comments

  1. lama sungguh tak makan lauk kenduri, btw sweet je cerita pengantin jumpa pasangan

    ReplyDelete
  2. Wah.. menarik.. Selamat penganti baru buat pengantin..
    Wah.. ada gulai daging batang pisang.. lamanya tak makan..

    ReplyDelete
  3. Sebagai seorang perempuan CUya faham bila baju semua dah pernah pakai.. dan kita mesti nak pakai baju lain. Kalau setahun boleh tukar hari2, memang CUya tukar XD

    ReplyDelete
  4. Cantik je akak tengok awak dalam gambar. Makin berseri

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.