Pengarah: Kuntz Agus
Penulis Skrip: Bagus Bramanti, Hanan Novianti
Pelakon: Bryan Domani, Mawar de Jongh, Fadly Faisal, Donny Alamsyah, Yesaya Abraham, Zoul Pandjoul, Pangeran Lantang
Syarikat Produksi: Rapi Films, Screenplay Films
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 118 minit
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2023 (Indonesia)
Trailer:
Diadaptasikan dari sebuah novel berjudul Galaksi karya nukilan Poppi Pertiwi yang idterbitkan pada tahun 2017 mengisahkan tentang pemuda bernama Galaksi Aldebaran (Bryan Domani). Dia merupakan ketua geng motor Ravispa di SMA Ganesha. Ravispa sentiasa menjadi buah mulut di sekolah kerana tingkah laku mereka. Jika pelajar lain yang menganggu pelajar SMA Ganesha, geng Ravispa akan bertindak tapi sekirangnya mereka membuli pelajar SMA Ganesha, pelajar lain cuma tutup mata sahaja.
Kerana perkara tersebut, Kejora Ayodhya (Mawar de Jongh) mengelak dari mempunyai kaitan dengan geng Ravispa dan fokus dengan aktiviti paskibra (Pasukan Pengibar Bendera Pusaka). Namun pertemuan demi pertemuan secara tak sengaja membuatkan Kejora dan Galaksi semakin rapat dan mula jatuh suka.
Galaksi cuba untuk berubah menjadi pelajar yang baik dan fokus kepada pengajian kerana pengaruh baik Kejora namun perubahan tersebut tak disukai oleh Ravispa kerana Galaksi adalah ketua geng mereka. Geng Avegar dari sekolah musuh pula semakin berani mengganggu ketenteraman pelajar SMA Ganesha sehinggakan Nyong (Zoul Pandjoul), kawan baik Galaksi dimasukkan ke hospital akibat cedera dibelasah Avegar.
Naskhah romantik drama dari pengarah Kuntz Agus membawakan kisah cinta cliché di mana watak lelaki merupakan watak ketua geng motor jatuh hati dengan gadis yang baik. Tapi tak hairan lah sebab kisah asal disiarkan di Wattpad di mana selera pembacanya memang begitu kerana kebanyakannya adalah pelajar SMA yang menternak fantasi yang sama.
Tak ada masalah pun untuk kisah fantasi seperti ini cuma yang bermasalah bila skrip belum cukup kuat untuk wujudkan suasana romantis yang kuat antara hero dan heroinnya. Chemistry Bryan dan Mawar dah cukup cemerlang setiap kali muncul babak bersama tapi sayang lah terbatas dek skrip yang lemah. Watak Kejora tak dikembangkan dengan baik sedangkan dia adalah watak penggerak untuk Galaksi.
‘Laks, gue tahu lo yang selalu maju ke depan kalau ada apa-apa yang terjadi sama anak-anak Ganesha. Ya, meskipun gue nggak setuju dengan cara yang lo pilih. Tapi gue tahu mereka semua percaya pada lo dan sekarang lo nggak percaya sama gue. Dan lo lebih milih buat nyembunyiin loka lo. Biar ku obatin ya, Laks?’ - Kejora
Patutnya penuls masukkan lah unsur-unsur yang berkaitan dengan astronomi sebab Kejora wujud di Galaksi jadi dari nama mereka berdua pun dah nampak takdir dah tertulis untuk jadi pasangan cinta. Bintang Kejora yang paling cantik dan banyak digunakan dalam puisi dan lagu tapi filem ni tak ada keunikan langsung dari sudut tu. Dah la tu, banyak pula babak yang tonjolkan tentang Ravispa dan Avegar.
Ada beberapa babak juga mengelirukan terutamanya kisah keluarga Galaksi di mana ayahnya, Ginanjar (Donny Alamsyah) adalah punca Galaksi berubah menjadi agresif dan mencari kekuatan pada Ravispa setelah kematian ibunya. Tak diceritakan kenapa Nova lebih rapat dengan Ginanjar walaupun Galaksi selalu dipukul. Banyak sub-plot untuk mendukung watak Galaksi tapi tak dikembangkan dan fokus pada hal yang tidak perlu.
Sinematografi hasil kerja Arfian antara good point dari filem Galaksi yang mengangkat latar masyarakat Indonesia baik suasana kekeluargaan, institusi sekolah mahupun masyarakat sekitar. Tone grading yang digunakan juga buatkan setiap babak terlihat cantik dan hangat. Wardrobe dan art team juga bagus dalam menghasilkan set dan kostum yang sesuai dengan karakter kesemua watak.
Kalau nak layan sebab Bryan dan Mawar, tak ada masalah tapi jangan expect banyak lah dari jalan cerita. One time watch.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 5.5/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.