Movie Review | Fighter (2024)

Thursday, 25 January 2024


Director: Siddharth Anand
Writer: Hussain Dalal, Abbas Dalal, Ramon Chibb, Siddharth Anand
Cast: Hrithik Roshan, Deepika Padukone, Anil Kapoor, Karan Singh Grover, Akshay Oberoi, Sanjeeda Sheikh, Rishabh Sawhney
Production Companies: Viacom18 Studios, Marflix Pictures
Distributor: Viacom18 Studios, Netflix
Genre: Action / Drama
Running Time: 166 minutes
Release Date: 25 January 2024
Trailer :


Naskhah terbaru Siddharth Anand, pengarah yang terkenal dengan sutradara untuk filem WAR (2019) dan Pathaan (2023) kini kembali dengan filem terbaru yang berlatarkan dunia Indian Aviation Force. 

Squadron Leader Shamsher “Patty” Pathania (Hrithik Roshan), Squadron Leader Minal "Minni" Rathore (Deepika Padukone), Squadron Leader Sartaj "Taj" Gill (Karan Singh Grover), Squadron Leader Basheer "Bash" Khan (Akshay Oberoi) dan ramai lagi juruterbang terhebat negara dikumpulkan dalam unit Air Dragon di bawah kelolaan Ketua Pegawai Rakesh Jai “Rocky” Singh (Anil Kapoor). Unit Air Dragon ditubuhkan untuk misi menjaga sempadan India-Pakistan di Jammu, Kashmir. 

Patty dan Rocky mempunyai perang dingin sejak tragedi yang menimpa EnJay dalam misi menyelamatkan pasukan komando yang terperangkap di dalam hutan. Bagi Rocky, Patty sentiasa ego dengan Kemahiran dan kebolehan mengendalikan jet pesawat. Patty tak mampu bergerak dalam pasukan kerana sentiasa melanggar arahan dan bersifat individualism. Ujian latihan mereka juga gagal kerana kedegilan Patty. 


Sementara unit Air Dragon hadap konflik di base camp, di seberang sempadan tersebut, tentera Pakistan membantu organisasi Jaish, sebuah persatuan militan yang terlibat dalam serangan Mumbai 26/11. Pengebom pakar bernama Azhar Akhtar (Rishabh Sawhney) mempunyai rencana untuk melakukan serangan terhadap IAF kerana mereka adalah tulang belakang unit ketenteraan India. 

Selepas cemerlang dengan naskhah yang bertemakan ejen perisik untuk francais YRF Spy Universe, Siddharth Anand terbitkan filem yang memaparkan dunia ketenteraan di bawah syarikat produksi sendiri, Marflix Pictures bersama isterinya, Mamta Anand. 

Sama seperti sebelumnya, Siddharth Anand tak mengecewakan dengan menggunakan format yang sama untuk filem Fighter di mana genre aksi menyerlah dari awal sehingga ke hujung cerita. Aerial chase scene lagi kompleks dari chase scene di darat tapi Fighter berjaya wujudkan rasa seronok dan berdebar tu setiap kali tengok fighting duel antara IAF dan Pakistan. Berbaloi lah training selama 3 tahun di bawah seliaan tentera udara dan juga khidmat barisan pengarah aksi -  Oh Se-yeong, Parvez Shaikh dan Sunil Rodrigues. Babak GARUD Commando serang kem militan pun antara highlight Fighter juga. 


Penceritaan yang mempunyai suntikan semangat nasionalisme bersempena Hari Kemerdekaan India yang ke-74 dipaparkan dengan indah melalui lensa Satchith Paulose. Berlatarkan daerah bersalji di India, penggunaan warm tone tersangatlah sesuai untuk menguatkan lagi mood penceritaan yang memaparkan semangat cinta kepada negara dan juga bonding pasukan Air Dragon. Landskap semulajadi daerah Jammu mengukuhkan lagi panorama indah yang menggunakan kawasan gunung-ganang, kawasan sungai atau kepulan awan yang menjadi landskap utama kepada juruterbang seperti yang disebut oleh Minni – ‘In skies we all are equals.’ 

Kalau sebelum ni Siddharth Anand guna game-mode untuk paparkan fighting scenes, kali ni dia ubah kepada visual yang lebih realistik dan mengujakan. Babak Patty muncul dengan bendera India tu chef kiss. Close-up shot Sukhoi Su-30MKI dalam Fighter pun buatkan kita jatuh cinta dengan kehebatan jet pesawat tersebut. No wonder lah jet terbaik dalam IAF. 


Tak hairan lah kenapa Siddharth Anand pilih komposer duo Vishal-Shekhar untuk music album Fighter dan setiap kali pertaruhan dibuat, setiap kali tu juga mereka tak pernah gagal dengan himpunan lagu yang tepat. Kalau Sher Khul Gaye dan Ishq Jaisa Kuch bertindak sebagai promo material, lagu Heer Asmani persembahkan cinta kepada karier dan persahabatan unit Air Dragon, lagu Dil Banaane Waaleya dan Mitti menggugat emosi dan rasa hormat pada parajurit negara. 



Fighter merupakan filem ketiga untuk kolaborasi Hrithik Roshan dan Siddharth Anand selepas Bang Bang! (2014) dan WAR (2019). Semakin banyak filem mereka bersama, semakin banyak kebolehan Hrithik yang ditonjolkan. Baik dalam babak aksi mahupun babak emosi. Kalau Deepika Padukone adalah muse kepada Sanjay Leela Bhansali, dengan mudahnya boleh kita simpulkan Hrithik Roshan adalah muse Siddharth Anand. 

Dinamik Siddharth Anand dan Hrithik terserlah dalam beberapa babak sampaikan please smile tinggalkan impak. Banyak close-up shot yang Sid guna untuk watak Patty sebab emosi yang Hrithik paparkan melalui pandangan mata. Jatuh cinta, rasa bangga, marah atau sedih semuanya terletak pada pandangan mata. 


Kehadiran Deepika sebagai juruterbang helikopter diwujudkan untuk elemen feminism dan romance angle kepada watak Patty. She did great for Minni but I feel she need to emote more. Mungkin juga Deepika tak fit macam Katrina dalam Bang Bang ataupun Tiger Shroff dalam WAR. Bila sharing screen dia tenggelam walaupun berdua dengan Anil Kapoor apatah lagi dalam kumpulan yang besar. Dalam lagu Sher Khul Gaye pun dia tenggelam dengan backup dancer. Chemistry and screen presence Deepika tak mampu nak match tahap Hrithik. 

I lebih berminat nak tengok babak tegang antara Patty dan Rocky. Dari pandangan Rocky pun dah boleh agak yang tragedi 2 tahun lepas ada kaitan dengan Rocky sebab cara dia beremosi sangat. Semua keputusan dia buat pun lebih ikut emosi dan cara Patty melawan pun speaks volume. Tapi bila masuk second half baru nampak yang nature Rocky memang emosi sebab dia mengamuk teruk depan Chief bila dapat tahu Pakistan langgar janji. 


Terkejut juga bila Karan Singh Grover dapat meaty role dalam Fighter sebab dia dah lama diamkan diri. Bila tengok lakonan dia sebagai Taj, watak tu nampak hidup sebagai watak sampingan yang setia di sisi Patty. Dinamik Taj dengan Patty antara kekuatan dalam Fighter. Sama juga dengan watak Bash yang idolakan Patty sebagai top fighter di IAF. Hopefully KSG dan Akshay Oberoi dapat offer lebih banyak lepas Fighter. 

Boleh kata line-up yang Sid bawa masuk memang hebat untuk angkat penceritaan patriotik tanpa terasa preachy. Berbeza lah sentuhan Siddharth Anand di bawah syarikat produksi sendiri sebab dia dapat express lebih banyak tanpa perlu terikat dengan satu template saja macam di YRF. Filem Fighter tak sepenuhnya bergantung dengan watak Patty tapi bagi ruang untuk watak-watak lain berkembang dengan baik. 

Second half Fighter lebih banyak tekankan babak emosi untuk beberapa sub-plot awal yang diketengahkan pada first half. Sebab persahabatan yang kuat dalam unit Air Dragon dekat awal tadi, bila masuk babak genting di second half dah mula rasa emosi. Banyak kali juga lah nangis untuk beberapa babak. Macam mana menangis tengok Uri: The Surgical Strike (2019), macam tu lah juga menangis tengok Fighter sebab pengorbanan tentera ni besar. 


Walaupun banyak positifnya namun filem Fighter tetap ada kelemahan juga pada babak dan input cliché yang sama seperti filem-filem Bollywood lain. Cara barisan penulis paparkan pihak Pakistan dan penglibatan pihak tentera dengan kumpulan militan. A bit extreme lah bila dalam filem ni tonjolkan kuasa yang dipegang oleh Azhar sedangkan boleh guna elemen manipulasi. Pelik juga lah bila ada watak yang dibunuh untuk kuatkan babak emosi sebab kalau ikutkan cerita asal, pihak Pakistan setuju lepas dan bebas seperti yang dijanjikan. Dekat hujung cerita pun a bit draggy juga bila Patty bergaduh lama dengan Azhar sedangkan boleh cut it short. 

Fighter mungkin tak menjanjikan penceritaan yang kuat bagi sesetengah orang tapi keindahan visual dengan formasi seragam yang cantik juga aerial stunts yang ditonjolkan berbaloi untuk ditonton. Beberapa dialog ada impaknya tersendiri untuk suntik semangat patriotism dan mengangkat pelbagai mesej sosial yang diketengahkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.